Rabu, 29 Jun 2016

RASUAH TETAP RASUAH..!


Agama dan budaya bangsa tetap melarangnya..!

1. Rasuah adalah suatu jenayah yang dipandang keji dan kotor oleh semua masyarakat manusia. Ia dianggap lebih kotor dari mencuri. Sebabnya ialah kerana sementara mencuri dilakukan terhadap orang yang berada, tetapi rasuah menyasar orang miskin dan daif. Nasib mereka yang miskin ini menjadi lebih buruk kerana terpaksa menyuap rasuah. Masyarakat dan negara yang miskin tidak dapat dimajukan kerana rasuah meningkat kos dan melewat keputusan dan pelaksanaan. 

2. Ada pihak yang cuba menghalalkan rasuah dengan mendakwa jika wang yang diterima diguna bukan untuk tujuan sogokan dibuat, maka ia tidak menjadi rasuah. Ia tidak menjadi jenayah sebaliknya ia menjadi halal. Oleh itu terimalah sogokan rasuah kerana ia tidak menjadi jenayah dan ia halal jika tidak laksana tujuan rasuah diberi.

3. Walaupun wang sogokan tidak diguna untuk tujuannya, tetapi wang atau pemberian rasuah masih menjadi jenayah dan ia tidak boleh dihalalkan. Pegawai tinggi yang menerima 100 juta Ringgit rasuah akan dikenakan tindakan samada dia tunai atau tidak tunai tujuan rasuah yang diberi kepadanya.

4. Ada yang berkata rasuah tidak termasuk dalam jenayah hudud. Ia tidak akan dihukum di dunia. Ia hanya akan dihukum di akhirat.

5. Pendapat ini seolah-olah memperkecilkan hukum akhirat dan menggalakkan amalan rasuah kerana tidak akan dihukum di dunia. 

6. Pendapat seperti inilah yang merosakkan moral masyarakat manusia dan menghalang proses kearah bertamaddun. Masyarakat ini tidak akan dipercayai kerana moralnya rendah.

7. Dalam PRK baru-baru ini parti pemerintah menghulur duit, beras dan barangan elektrik sebagai cara sogokan untuk mendapat undi.

8. Penerima pula disuruh bersumpah ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’, supaya mengundi parti yang sogok mereka. Jika mereka tidak undi seperti sumpahan mereka, maka segala pemberian itu adalah haram dimakan atau diguna oleh mereka.

9. Ramai yang terima bahawa sumpah mereka apabila ditunai maka penerimaan mereka menjadi halal.

10. Sebenarnya pemberian kepada mereka adalah haram kerana ia adalah sogokan rasuah. Rasuah tetap rasuah dan tidak halal bagi pemberi dan penerima. Tidak melaksana tujuan rasuah tidak akan menghalalkan rasuah. Balasan di dunia mungkin tidak berlaku kerana yang menghulur rasuah adalah juga mereka yang dipertanggungjawab mengawal rasuah. Pihak mereka ini lebih berdosa kerana sengaja tidak melaksanakan tanggungjawab mereka mencegah rasuah, sebaliknya merekalah yang melakukan rasuah.

11. Ada juga mereka yang berpendapat bahawa jika duit rasuah yang mereka terima diguna untuk kebajikan atau ibadat, maka mereka terlepas daripada membuat kesalahan bahkan mendapat pahala. Pendapat ini datang dari orang yang ingin menyedapkan hati mereka.

12. Sebenarnya wang hasil pencurian atau rasuah tetap haram. Kebajikan atau ibadat yang dibuat tidak akan halalkan wang yang haram.

13. Ramailah yang sedia terima wang untuk buat ibadat haji dan umrah tanpa bertanya dari mana datang wang yang mereka terima. Kita tidak dipaksa oleh agama untuk buat kerja haji jika kita tidak mampu. Kita tidak dipaksa curi dan samun atau melakukan jenayah rasuah supaya dapat menunaikan ibadat haji.

14. Tetapi ada pendapat bahawa ibadat ini, walaupun dari punca kewangan yang tidak halal, maka mereka sudah penuhi rukun kelima ini dan yang menghadiahkan belanja haji, terlepas dari dosa rasuah.

15. Agama Islam memberi kelonggaran tentulah kerana tidak hendak membebankan umat Islam sehingga mereka terpaksa berjenayah untuk membiayai perlaksanaan ibadat ini.

16. Tidak ada dalam Al Quran atau Hadith yang sahih yang menyuruh orang Islam mengamalkan rasuah atau menyamun atau mencuri supaya dapat buat kebajikan dan ibadat.

17. Yang menyebabkan adanya orang yang cuba menghalalkan rasuah, matlamat mereka ialah kerana kepentingan duniawi seperti umpamanya politik. Dalam masyarakat yang menghalalkan rasuah, yang berkuasa dan kaya boleh menindas yang miskin. Ini adalah oleh kerana segala urusan pentadbiran akan menanggung kos rasuah. Keselamatan rakyat juga akan terabai kerana sebahagian dari dana pemerintah akan diselewengkan. Pihak berkuasa akan menipu rakyat sepanjang masa.

18. Inilah sebabnya mereka yang berhajat menyalahguna kuasa Kerajaan sanggup menghulur rasuah daripada duit yang didapati secara halal atau tidak halal atau mempergunakan duit Kerajaan dengan cara yang salah. Bagi mereka ini rasuah yang dihulurkan dalam pilihanraya adalah satu pelaburan yang akan hasilkan pendapatan yang tinggi dan kuasa yang berterusan untuk menerima rasuah lagi.

19. Ingatlah, wahai pemberi dan penerima rasuah bahawa walaupun terlepas dari hukum di dunia tetapi di akhirat sogokan rasuah tidak akan menyelamatkan mereka dari api neraka.

Mana pergi mufti dan para ulamak? apakah semuanya dah tersampok? apakah semuanya dah kena penyakit cinta dunia?

Cinta buta..! cinta pemimpin buta..!

Jahanam..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

27 ulasan:

  1. Berita berita luar negara menggunakan istilah "corruption and money laundering". Atau rasuah dan mendhobikan duit, membersihkan duit kotor, Google translate kata mengubahkan wang haram.

    Istilah itu di gunakan media asing bila melaporkan siasatan ke atas salah laku berkaitan 1MDB di 7 negara luar.

    Yang RM4.2 bilion masuk ekaun Najib, RM1 bilion masuk ekaun bini dia, RM1 bilion masuk ekaun anak tiri dia tu duit haram kot. Di aturkan dek Jho Lo yang bergambar dengan Najib, Rosmah dll bersama seorang Arab tuh.

    BalasPadam
  2. Memang betul apa yang Chedet kata itu.

    Rasuah dalam apa bentuk pun rasuah jugak. Haram jugak. Gunakan duit rasuah untuk konon nya menolong orang lain tak lari dari kelakuan rasuah. Malah jika yang menerima nya tahu wang itu datang nya dari rasuah atau punca atau cara yang di anggap rasuah, menerima nya pun ada lah rasuah. Itu haram.

    Tapi yang terima dalam ekaun bank dia berbilion Ringgit, gunakan untuk beli undi di PRU atau PRK, itu haramjadah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PRK baru-baru ini .. hulur duit, beras dan barangan elektrik ... ramai lah yg makan duit haram.....anak haram depa yg sogok....tidak yg kena sogok... sebab tak faham itu haram ...

      Padam
    2. Dua2 anak haram bin jadah

      Padam
  3. Masih ingat slogan BCA dan Kepimpinan melalui teladan sewaktu Tun jadi PM.

    BalasPadam
  4. Bab ni la baru timbul halal haram.... masa jadi PM bailout anak dan kroni tak pulak membising... suma jadi setan bisu.... pppppiiiiiiirahhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. SETAN BISU TU ENGKAU LA IBLIS!!!

      Padam
    2. Anon 9:23 masa dilahirkan mak dia kena masa sama dengan Babi tengah melahirkan!!

      Padam
    3. Mak kau lahirkan kau rupa babi 1036.

      Padam
  5. Mamat 923 ni asik ungkit pasal bailout..rasanya dia memang budak2 lagi masa krisis matawang 1998 tu..sebab tu asik menda yang sama diulang2..sebelum aku ulas..sila rujuk balik kepada isu-isu semasa krisis tersebut ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia orang tua saka baka. Dah takda keroje. Sentiasa keluor blogging sapenuh masa. Di sini sana. Kena hentam semata.

      Di panggil Jing Projibo. Sebab dia selalu mengejing orang kakaka hahaha. Menyamar berbagai. Dah jadi professional. Macam Kacang Merah DAP.

      Dia dah takda nilai murni pun. Kata apa saja, buat apa saja. Mcm bos dia. Kita mesti teruskan belasah dia.

      Padam
  6. Ape ape pun kena ucap makacih kat tun momok ni..kiki... makacih sbb momok wat Deklrasi Slmt Mesia walaupun DR pembohong penipu utk selamatkan boboi.. ternyata PKR berpecah 2 dan anwar aljub lagi teruk kena main sama tun momok... tun momok jadi kan anwar aljub pluralist mampos pupus... makacih yerr momok....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perkataan momok, boboi dll itu ia lah tanda nyata dia Jing Projibo. Selalu di guna nya di sini sana. Ada masa dia desperate, bahasa kotor dan lucah keluor.

      Tak sebiji fakta atau hujah pun di keluorkan nya untuk membantu Najib. Jenis yang Najib kata masa kempen PRU13 - bangang, hamjadah. Menyebabkan Najib dapat Tsunami Cina, hilang popular votes dan dapat keputusan yang paling teruk dalam sejarah UMNO dan negara.

      Padam
  7. mamat 923 tu cakap betul la, kalau nak mengajar orang tengok diri sendiri dulu, tengok keluarga hang macam mana, anak perempuan tak tentu arah dan ugama nya, anak lelaki bini pakai skirt jalan jalan cam tu nak ajar orang, aku memang setuju dengan 923, setelah abih harta negara dia dan kroni dia sapu sekarang baru nak menyelamatkan malaysia, biasa lah semua kemudahan dah kena tarik, anak dah kena pecat, baru nak cakap sal rasuah orang lain, dulu sampai tak ingat dunia, orang tua ni dulu aku hormat gak sekarang aku anggap dia orang tua dah nyanyuk, sikit pun aku tak hormat, aku yang paling marah dengan orang tua nyanyuk ni bila dia cakap sal hudud cakap lain tak dak curi potong tangan, curi potong tangan, awat rendah sangat ke mertabat islam bila cakap sal undang undang, aku naik geram betul, aku tak pandai gak sal ugama tapi tidak lah sampai menghina ugama aku sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini jugak komen Jing Projibo. Dalam bahasa dan nada berlainan. Satu daripada cara dia menyamar, nak tunjukkan konon dia ada penyokong. Satu hapah tak boleh caya apa dia kata.

      Kita tak payah panjang lebar, hentam dia aje, dahtu keluorkan komen berkenaan pos Putra M.

      Padam
    2. Anon 10:17 masa zaman Tun tak dapat dedak!!!

      Sekarang zaman Lanun Bugis Besar dapat dedak muai sbb tu jadi burung di cabot ekor!!!

      Padam
    3. Anon 10:17 Bongok dan Bahlol!!

      Tun tak mintak pon kau hormat dia lagi dari orang Bongok bangsat macam kau!!

      Yang Tun nak cuma Lanun Besar Bugis penyamun duit rakyat di gugurkan dan Tun tak cakap pon dia benci UMNO!!

      Kenapa perkara senang mcm ni pon orang Bongok mcm kau tak faham???!!!!

      Padam
    4. Kalau dah bongok mana nak faham.

      Padam
  8. "..mereka yang berpendapat bahawa jika duit rasuah yang mereka terima diguna untuk kebajikan atau ibadat, maka mereka terlepas daripada membuat kesalahan bahkan mendapat pahala."

    Sudah simpang siur, tunggang langgang masyarak di buat di zaman Najib ini. Nilai nilai murni dah di humban ke mana mana. Di ajar nya rakyat menipu diri sendiri, menghalalkan apa yang haram.

    Najib mesti di gantikan sabelom PRU14. Kalau tidak, jahanam UMNO/BN. Hingga UMNO Semporna di tinggalkan beratus ahli sekarang. Termasuk yang berjawatan dalam Bahagian itu.

    BalasPadam
  9. Lebih keji apabila firaun menyimpan rahsia rasuah para penjawat di bawahnya dan hanya menggunakan maklumat berkenaan bila sampai waktu sesuai seperti untuk kepentingan kelestarian pemerintahan firaun itu sendiri. ish, ish rakyat boleh nampak sume tu.

    BalasPadam
  10. Yang paling keji sekali adalah apabila ada orang cuba nak tipu rakyat dan Agong dengan 1.2 pucuk surat sokongan dengan mengguna data rakyat tanpa kebenaran. Lepas tu bila orang dah tahu tipu terus senyap. Macam berharap orang akan lupakan penipuan tersebut. Yang terbaiknya semua pemakan dedak Mahathir pun buat buat macam surat sokongan tipu tersebut tak pernah wujud. Rakyat nampak penipuan kamu. Sebab itu kamu tak dapat sokongan rakyat. Jangan tuduh rakyat makan rasuah kalau orang tak percayakan kamu. Bertaubatlah sebelum terlambat. Pintu taubat sentiasa terbuka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku tak caya ini Khlaid Samad MP Shah Alam. Ini Jing Projibo dengan satu lagi usaha menyamar dia.

      Tak masuk akal MP Shah Alam masuk blog mcm takda kerja melayan rakyat di kawasan dia dsb nya.

      Padam
  11. Khalid..agak2 dah suruh Najib bertaubat ke..rasanya dah kot..sebab tu nampak warak semacam aje najib sekarang..bercakap pun macam ustaz dah..tapi..dosa dengan Tuhan boleh lar taubat..dosa makan duit rakyat..ko tanggung la sendiri ya...
    Kalau ya tak dapat sokongan rakyat..buatlar PRU cepat..nak takut apa..bagus PRU cepat supaya Najib dapat mandat yang padat dari rakyat...

    BalasPadam
  12. Sokong pendapat dn saranan saudara mp Shah Alam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni dia Jing Projibo jugak. Coba mengata komen yang dia buat atas nama Khalid Samad di atas itu konon nya betul betul komen MP Shah Alam itu.

      Dia sendiri jugak yang membalas komen yang dia buat, sokong komen yang dia buat. Sangat menjijikkan tabiat dia.

      Padam
  13. Tak ubah seperti Mugabe bercerita tentang rasuah, masuk telinga kiri keluar ikut telinga kanan.

    BalasPadam
  14. Mugabe bercerita ke dengo orang cerita dia korapsi bagi nak mampos?

    Najib tak mau dengor orang cerita di korapsi, betul tak?

    BalasPadam