Jumaat, 17 Jun 2016

PANAS ~ 1MDB Di Tuntut 26 Bilion Di London..!


Mana mahu lari bro..!

Layan...

Kerana 1MDB Kita Kena Saman di London


A Kadir Jasin

MAPPADULUNG sudah tidak boleh bohong. Temberang dia makin hari makin terang.

Temberang Nujum Pak Belalang sudah tak laku. Satu dunia sudah tahu dan hari ini timbul lagi satu.


Pak Arab dah mengamuk.

Berita dari London,  tempat kegemaran Mohd Najib. Katanya, dia ada mansion (rumah mewah) di situ.

International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS (Aabar), telah buat permintaan timbang tara kepada Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London tuntut AS$6.5 bilion (RM26 bilion) daripada 1MDB dan kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF).

"RFA prihatin terhadap kegagalan 1MDB dan MOF untuk menjalankan obligasi kontrak di bawah Lembaran Terma Terikat (BTS) seperti yang dinyatakan dalam pengumuman IPIC GMTN Limited pada 10 Jun 015 (RNS Nombor 7064P)," kata IPIC dalam kenyataan yang dihantar kepada Bursa Saham London, hari ini. Baca lengkap di sini.

Menteri Kewangan Diperbadankan disaman di sini
Jelas Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak tipu. Dia kata, 1MDB tak akan jejas negara.

Nah sekarang Kementerian Kewangan yang dia jadi bos dah kena saman di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London. Beban siapa tanggung? Kita rakyat jelata lah.

IPIC menyatakan bahawa kegagalan 1MDB dan MOF dalam menjalankan tanggungjawab mereka, melangsaikan tunggakan atau mengemukakan cadangan yang boleh diterima telah menyebabkan IPIC tiada pilihan alternatif selain meneruskan tuntutan berjumlah AS$6.5 bilion menerusi timbang tara.

"Tuntutan itu akan ditentukan oleh tribunal timbang tara yang akan terdiri daripada tiga orang penimbangtara menurut Lembaran Terma Terikat dan peraturan-peraturan LCIA ," kata IPIC dalam kenyataan itu.

Apa lagi tipu-helah Mohd Najib dan pemakan-pemakan dedak dia nak kata?

Tolonglah, jangan terus perbodoh pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar, khususnya, dan rakyat jelata dengan cerita dongeng kononnya Mohd Najib pakar urus ekonomi yang dahulukan rakyat.

Bukan semua rakyat jahil dan boleh disuapkan dedak.

Wallahuaklam


Amacam???

Ada yang seram sejuk ke? 

Lu Fikir La Sendiri!!!

16 ulasan:

  1. Baru kena saman. Hukum dah jatuh ke? Hikhikhik.....setakat sampai semalam la....mana nujum pak belalang pihak deklarasi rakyat data curi yg betul tekaannya?

    Goldman sach sinagpore...dah kantoi. Switzerland pun dah sunyi sepi. Hikhikhik.....

    Sumber tak de nama....jidin pulak yg kantoi main dengan bini org. Mana nak letak muka??

    WKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKA.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenyang makan dedak nie...banyak ahjib tabur ke td...hepi semacam?
      Tapi btul gak baru kena saman blum jatuh hukum lagi kn....tp kalo x branie nak saman tu kira takut ke mmg ahjib salah?

      kui kui kui...

      Padam
    2. Ok la tu dah saman..itu menunjukkan si penyaman yakin dia benar..

      Bandingkan dengan najip...saman pun takut. Difitnah konon...Kah kah kah

      Padam
    3. Najib dah kena saman dek rakyat sejak PRU13. Terutama nya kaum Cina. Membongkok ke belakang nak ambik hati diorang pun, di kasi Tsunami Cina.

      Amat teruk sekali saman rakyat ia lah pasal 1MDB dan berbilion Ringgit masuk ekaun dia, bni dia dan anak tiri dia.

      Tak kisah lah dah hakim ke belom. Besok rakyat di Sg Besar dan K Kangsar akan hakimkan dia.

      Jangan undi Najib atau calon2 dia. Kalau undi, dia akan melanda landa dan jahanam negara.

      Padam
    4. By-elections: EC expects lower turnouts, Aidilfitri, weather among factors. Expected to be only 75% - at PRU13 Sg Besar 88%.

      Amacam agak nya calon2 Najib kalau kurang pengundi keluar.
      Aku harap pengundi tunjukkan tak setuju Najib melaknat 1MDB.

      Padam
  2. najib pembohong besar......ko nak bukti?....dia sendiri ngaku..

    mula2 takde duit......kena kantoi.....arab derma......kena kantoi....tak pakai untuk sendiri.....

    tu bukti dia sendiri kasi.....sendiri bohong........

    ni la pak kaduk moden.....telo sendiri dah terlondeh sebelah......macai cakap tak nampak pun...takde bukti......pak kaduk pun percaya dengan macai......

    2 biji telo dah terlondeh......macai pun cakap takde bukti...tak nampak pun.....pak kaduk pun percaya dengan macai......

    tunggu dia kena bogel nanti la........macai pun cakap takde bukti....tak nampak......tapi pak kaduk rasa semacam je.....panas sejuk, panas sejuk......he he.......baru dia sedar.......macai dia semua bongok2..........dengan dia sekali bongok........percaya dgn org bongok.........bongok laaa...

    tak gitu, mr fly kite?

    -anti jub-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sesangat dengan anti-jub. Sokong apa dia cakap.

      Padam
  3. Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone -

    Kalau di Trengganu tuh Mattimung makna Mati kamu.

    Takpa le jangan mintak dia mati tapi mintak di di ganti aje. Atau dia angkat kaki hijrah ke mana dia suka, boleh runding dengan pihak berkenaan gerenti tak dakwa ke apebende.

    BalasPadam
  4. ada bukti bergambar pun masih boleh tak mengaku........ apa nak dihairankan. dunia punya hal boleh tanya penghulu sungai buluh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku harapkan Ah Jib Gor join Penghulu tu di Sg Buluh. Di cell sabelah.

      Padam
  5. 26 bilion duit Malaysia, beb, bukan sikit. Dah le hutang 1MDB tuh RM53 bilion.

    Ini semua rakyat kena beban. Nanti tak cukup duit nak bayar, buat GST entah hape cukai lagi. Takda maaf bagi mu, Ahjib.

    Jangan undi calon2 dia. Orang2 itu semua akan mendiamkan aje, menggalakkan dia buat apa dia suka.

    BalasPadam
  6. THE FRAUDULENT MIND OF NAJIB RAZAK & THE SPENDING-HAPPY FINGER OF WIFE ROSMAH MANSOR
    Malaysia Chronicle -

    Alamak, tak boleh baca. Najib punya orang sudah censor.

    Macam Tun Mahathir kata - Najib only wants praises and will do anything to stop dissent. “He wants to shut the mouths and ears of people and even tries to silence the foreign press.."

    Tapi tak berani nak sue SR, WSJ, NYT etc. Taku lagi banyak pekong keluar.

    BalasPadam
  7. Esok adalah hari mengundi, pastikan calon parti amanah menjadi pilihan.

    Esok akan menentukan siapa menang, walaubagaimana dan apa keputusannya sekalipun, perjuangan mesti diteruskan sehingga Najib Di turunkan.

    Kepada pengundi sg besar dan k.kangsar,

    UNTUK KALI INI SAHAJALAH, para pengundi wajib menunjukan jalan keluar untuk Najib serta pencacainya.

    Janganlah kita bersekongkol dengan pemimpin yg zalim, korup dan menganaiya rakyat bernama Najib.

    Jika Calon Najib tewas sekalipun umno dan bn masih tetap memerintah.

    Jika Calon najib tewas sekalipun bantuan seperti BR1m masih tetap diteruskan.

    Maka UNTUK KALI INI, mohon pengundi sg besar dan k.kangsar pilih dan undi calon parti amanah!

    BalasPadam
  8. Mana pergi beruk2 yg menyalak dok sokong najib ? Dah senak ke perut sumbat Dedak? Kata nak bangga kan mak bapak yg ajar mencarut,maki hamun dan dungu ? Fly kite dah kojol ke....

    BalasPadam
  9. Sunyi sepi plk part ni.
    Mana cai2 najis ni?

    Apsal 1mdb kena saman dkt london?
    Mana go fly kite?
    Mana bangla?
    Mana joe labu bodoh?
    Mana hashim hassan yg baru keluar negara?

    BalasPadam
  10. Halo semua. Kami adalah sekelompok investor swasta dengan lebih dari 10 tahun pengalaman di bidang pinjaman dan investasi. Kami menyediakan semua pinjaman individu dalam semua bidang € 5.000 sampai € 5.000.000. Anda menetapkan periode pembayaran dan tingkat bunga 2%. Keuntungan dengan kami adalah bahwa Anda mendapatkan pinjaman Anda dalam waktu 24 jam dan Anda mulai membayar dari bulan keempat setelah memperoleh pinjaman. Untuk informasi lebih lanjut, hubungi kami melalui email: lavignedupuit@gmail.com

    BalasPadam