Selasa, 14 Jun 2016

Kenapa Menghina Diri..!


Rakyat malah dunia masih lagi terkesan dan akan terus terkesan dengan pembubaran pasukan penyiasatan diatas tu..! Tiba tiba kedengaran...

Kenapa tiada laporan SPRM Rosmah guna jet - portal pro-Umno

Sebuah portal pro-Umno mempersoalkan alasan untuk tidak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pendedahan pengggunaan pesawat peribadi kerajaan oleh isteri perdana menteri, Datuk Seri Rosmah Mansor.
“Melalak salah guna kuasa sini, melalak salah guna kuasa sana tapi mana laporannya, apa kesalahannya?” kata Mykmu.net.
Mungkin persoalan di atas mampu menarik pengundi sekaligus memenangkan calon calon di PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar 18 haribulan Jun ni nanti..!
Persoalan di atas tu juga bakal menyebabkan dunia memohon maaf dan menarik balik semua artikel dan dokumen yang didedahkan selama ini..!
Tak gitu?
Lu Fikir La Sendiri!!!

30 ulasan:

  1. Hahaha, suka aku baca kau sebut MyKemut, Putra M.

    Habis lah satu dunia kena saman dek Najib bila tarik balik dan minta maaf atas semua laporan dan tuduhan 1MDB dan berbilion Ringgit masuk ekaun dia, bini dia dan anak tiri dia.

    Beribu billion US dollars le dia dapat dari ganti rugi dll yang Mahkamah sedunia akan anugerahkan kpd dia.

    Ooooops, lupa - Najib kena saman SR, WSJ, NYT dll dulu. Kalau menang, baru le boleh dapat ganti rugi berbillion tuh.

    Tapi PRK Sg Besar dan K Kangsar pun tak tentu menang, macam mana? Aku rasa ramai pengundi dengor aje pasal 1MDB terhutang RM53 bilion dan berbilion Ringgit masuk ekaun dia dll dah nak muntah, apa tah lagi nak undi Najib punya calon.

    BalasPadam
  2. Edarkan je gambar Jho Low tengah joli duit 1MDB kat pengundi2...tengook apa da org kata nnt

    BalasPadam
    Balasan
    1. "Edarkan je gambar Jho Low tengah joli duit 1MDB kat pengundi2...tengook apa da org kata nnt"

      Juga gambar ketika najib main golf dengan golf ketika rakyat bertarung nyawa menghadapi banjir!!!

      Padam
    2. ##Maap... "dengan obama", (kena banyak bersabar nihhh sampai tersalah tulis, tak boleh lupa perbuatan najib)

      Padam
  3. Pendirian sombong angkuh puak Najib saperti biasa. Cabar rakyat merepot ke SPRM sebab mereka tahu bahawa Najib ada kuasa yang boleh di gunakan supaya tidak akan di ambil tindakan apa apa pun.

    Dulu gunakan kuasa "tangan ghaib (hidden hands)" memberhentikan Gani Pattail dari jawatan Peguam Negara dengan serta merta tanpa notis atau alasan yang munasabah. Dan tukarkan tempat kerja pegawai2 tinggi SPRM dan PDRM yang menyiasat 1MDB tapi tak jadi sebab Tuhan kabulkan sembahayang hajat setaf SPRM.

    Mereka yang berkempen di dua PRK itu perlu sebarkan perkara itu sebanyak mana yang boleh. Pengundi yang tahu tidak akan sanggup mengundi calon calon yang mewakili puak Najib saperti itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuhan itu kaya. Mana yang salah guna kuasa, menipu membohong, mengsonglap duit berbilion Ringgit akan di balas nya.

      Aku doakan Tuhan balas nya di dua PRK ini.

      Padam
    2. "Cabar rakyat merepot ke SPRM sebab mereka tahu bahawa Najib ada kuasa yang boleh di gunakan supaya tidak akan di ambil tindakan apa apa pun."

      Tepat bro!!!

      Padam
  4. Korang sedor ke nama dia LOW TAEK JHO? The bloke living up to his second name?

    BalasPadam
  5. "Cabar rakyat merepot ke SPRM sebab mereka tahu bahawa Najib ada kuasa yang boleh di gunakan supaya tidak akan di ambil tindakan apa apa pun."

    Inilah najib bro!!!

    BalasPadam
  6. Kalau betul pun Najib buat mcm yg didakwa (seolah bunyinya semua kuasa ada ditangannya), sepatutnyalah kita redha dan bersyukur kehadhirat Illahi krn semua itu adalah hasil kebijaksanaan seorang pemimpin yg menidakkan semua lain-lain kuasa-kuasa yg ada agar tidak berupaya mencabar kuasa/tindakan PM.

    Pemimpin itulah skrg ni yg paling sibuk kononnya utk menyelamatkan Malaysia ... ahak ahaks ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. RM53 bilion hutang 1MDB, tanah 500 ekar di Sg Besi, berbilion masuk ekaun sendiri nak rela?

      Kau dah gila ke?

      Tersedak dedak ke, banyak sedut kahak dia?

      Padam
    2. cara protun menjawab komen.
      baca tak habis, jawab dulu hentam kromo.
      otak cetek + sewel.

      Padam
  7. Pencacai jibbo Mykmu.net
    Bercakap macam orang dah senget
    Berpuluh laporan dilaci kabinet
    Bos sampai mata pun kenyit

    Laporan apa semua dah tahu
    Tangan ghaib sentiasa disitu
    yg sarat skandal masih teraju
    Sembunyi tangan buang lah batu

    Jolo dicari dia kemudi
    Tidak dipanggil rakyat menanti
    Dua PRK wahai pengundi
    Jangan di pilih pemimpin khianati



    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kenyit kpd salah jantina di bulan puasa
      Nanti di hamun sengit dan akibat nya membeban dosa

      Tapi kalau Jibo mengenyit Jolo
      Banyak lah $$$$$$$$ akan di tabur

      Tapi kesian Jing Projibo ha nya dapat dedak
      Itu sebab hari hari siang malam asyik melalak

      Pssst FanTun jangan lah risau
      ha nya nak cuba, bukan kemahiran awan nak songlap atau sasau

      Hehe

      Padam
  8. Mungkin SPRM tidak menerima laporan salah laku tersebut! atau kekadang heran jugak kalau ada jabatan kerajaan beri alasan tiada tindakan kerana masih belum menerima apa-apa laporan dr orang awam?

    BalasPadam
  9. Klu ikut SOP..baik sprm ke..atau polis ker...klu takder repot..xkan ada siasatan..walau berlaku dpn mata

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang teruk keadaan di Malaysia ini ialah: Peguam Negara dulu Gani Pattail dah tubuhkan Pasukan Petugas menyiasat 1MDB dan RM2.6 bilion masuk ekaun Najib. Terdiri dari SPRM, PDRM dan BNM.

      Laporan dah di kemukakan kpd Gani dan di laporkan dia sedang buat persediaan ambik tindakan. Tup tup, Gani di lucutkan jawatan dengan serta merta tanpa notis, tanpa alasan.

      Pengganti Gani tak lama kemudian umumkan Najib takda buat kesalahan.

      Jadi, bukan soal takda siasatan. Soal nya ia lah apa tindakan salepas laporan siasatan.

      Keadaan begini yang Tun sediakan Deklarasi Rakyat dan buat kempen Selamatkan Malaysia. Najib perlu di ganti.

      Padam
  10. Bro 8.18 memang terbaek
    Gurindam bro OK dah cantik
    Kita bersama bukan nya pelik
    Negara selamat itu yang molek


    BalasPadam
  11. Jeng, jeng jeng jenggggg .... protun momok musti bengang terloncat-loncat kebelacanan ...

    Kenyataan Media Shafik Abdullah Berkaitan Emas 20 Ribu Tan Mahathir

    Tajuk : Saya Mempunyai Bukti, Mahathir Gelapkan 20 Ribu Tan Emas Milik Negara Di Itali

    Ketika Tun Dr Mahathir sedang ditekan dan ditempelak kerana menyokong pembangkang Pakatan Harapan, kini timbul pula satu dakwaan terbaru yang panas iaitu beliau ada menyembunyikan sejumlah besar jongkong emas di Itali.

    Perkara itu didedahkan oleh seorang pengguna laman sosial dengan nama Shafik Abdullah melalui ruang komen di laman sosial Facebook Ramesh Rao hari ini.

    "Jongkong emas di Itali apa jadi wahai Dr Mahathir bin Mohamad? Mengapa simpan di Itali, apa niat awak bawa keluar kekayaan negara?" kata Shafik.

    Susulan komen itu, Shafik dikecam oleh para penyokong Dr Mahathir di laman Facebook Ramesh dengan kata-kata yang agak kesat serta mengutuknya.

    Menurut beliau, nombor telefon beliau pada mulanya dimasukkan ke dalam satu Group Whatsapp tanpa persetujuannya.

    "Komen saya jelas, pertanyaan saya jelas... komen di Facebook yang saya maksudkan.

    "Setelah saya komen mengenai jongkong emas di Itali di FB DSRR (Ramesh Rao), saya dimaki oleh penyokong Tun yang mungkin tak pernah jejak kaki di Itali," katanya dalam mesej di aplikasi Whatsapp.

    Shafik berkata nama group Whatsapp berkenaan ialah Melayu Rasis dan menggunakan gambar Dr Mahathir memakai pakaian seragam Gerak Khas.

    Lebih menarik, beliau berkata semua dokumen berkaitan kewujudan jongkong emas itu akan diterima beliau tidak lama lagi.

    "Semua dokumen berkaitan akan saya terima tak lama lagi.

    "Waktu itu baru kita jelaskan," kata Shafiq.

    Nampaknya, kemunculan cerita terbaru ini amat panas, sama-sama kita nantikan pendedahan dan penjelasan dari Shafik nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kupla teek punya crta.

      Sapa itu Shafik Abdullah?

      Sorang pengguna laman sosial di antara beratus juta di internet. Ada yang cakap pasal berak tepi jalan, ko nak caya? Bodoh. Bangang punya Cai makan dedak, apa saja tipu helah nak mengganas, nak coba tarik perhatian rakyat dari skandal Najib.

      "Semua dokumen berkaitan akan saya terima tak lama lagi. Waktu itu baru kita jelaskan," kata nya.

      Kupla teek.

      Padam
    2. Sampai kiamat pun org tak percaya. Dah boleh baca game jibby. Bila tun kata nak tanya badak bawa keluar 12 beg naik jet ke turki, tetiba je ada malaun tahu tun ada emas. Dari turki beralih tiang ke itali. Dulu takde pun ckp pasal emas.

      Wakakaka....idea longkang.

      Padam
  12. Simpan apa kat Turki tu? Jongkong emas ke? Sebab tu tiba-tiba keluar diversion yang sama. Padahal tak pernah pun orang terfikir pasal jongkong emas sebelum ni.

    BalasPadam
  13. Jongkong emas....plaaak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu hari ratu naga face to face dengan azhar pereka computer muraham apalagi mengelabah la ,terkedu tak berkata2 tula yg gi main tuduh DR tu palsu sapa suruh ni plak jonkong emas plak yang dituduh tu tun madey musuh tun madey..ssunguhnya dan amat percaya yang tun tidakkan gentar seperti biasa akan menjawab dgan penuh yakim yelah brani krana benar pastimya siapa ygng dengar puashati takkan lari
      .
      BUKAN YANG MACAM YANG SATU TU SENTIASA LARI..LARI....LARIIIIII..
      ktbelakang kemain lagi.
      Macamama la rakyat nk percaya pertanyyaan semua tk jawab..macamni ker contoh pmimpin agung tk pernah ada dlam sejarah pun pemimpin yang diam,lari bole jadi legend.

      Kalau diam ,lari jet kalau ada masaalah maknya betula benda tu dia buat..tu yang banyak orang cakap...jadi pada sesiapa yang nk buat dKwaan atas tun pastiikan anda bersedia fizikal mentel kalau tk gila nanti..krana lawan yang ditentang bukan calang2 orang

      Padam
  14. 20000 tan wooo...bkn sikit punya emas...20 000 000 kg..emas..x tau lar Tun tanam kat mana...hahahaha..nak kelentong pun agak2 lar jibbooo

    BalasPadam
  15. Jongkong mas..hih..hih..hih..shafik dolah..kah..kah.kah..jongkong mas 20 ribu tan, kah..kah..kah..modal baru! Keh..keh..keh..

    Dah tegelok kak chah..
    Heh..heh..takde modal lain ke? Wah..wah..wah..kasiyann nye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cita kutip tepi longkang pun nak dibuat hujah. Lainlah kalau sah dalam akan ada billion2 masuk atau ada video tunjuk puluhan beg diangkut masuk jet. Kah kah kah.. bodoh tahap gaban jing2 jibby ni.

      Padam
    2. Cita kutip tepi longkang pun nak dibuat hujah. Lainlah kalau sah dalam akan ada billion2 masuk atau ada video tunjuk puluhan beg diangkut masuk jet. Kah kah kah.. bodoh tahap gaban jing2 jibby ni.

      Padam
  16. Ape? Hantu jerangkong mas 20 ribu setan?
    Ini kena mengena ni:
    Hantu jerangkong : jibbo
    Mas permata 20 ribu tan: makbadak
    Setan: cai2 jibbo dedak

    Ape tadi? Hantu jerangkong mas 20 ribu setan? munafiktulah..eh sorry, shafik abdullah..sorry lah ye, saya ni rabun,nak beli spek takdak duit..GST mahai..

    BalasPadam
  17. 1mdb dah kena saman kat london tu...masih nak kata ia tak jejaskan negara dan rakyat? Udah2la menipu tu.

    BalasPadam