Ahad, 12 Jun 2016

Sayang Bertompok Tompok ~ Benci Merata Rata..!


Layan...

BAZAR RAMADHAN.

1. Seperti biasa saya ke bazar Ramadhan untuk membeli aneka jenis masakan yang hanya terdapat di bulan puasa.

2. Hari pertama saya ke bazar di Putrajaya. Lokasi bazar telah dipindah tetapi pelanggan ramai seperti biasa.

3. Hari kedua saya ke Kampung Baru. Saya kagum dan gembira kerana pihak berkuasa sudah mendirikan bumbung untuk melindungi gerai dari hujan dan panas. Kain berwarna-warni menghiaskan siling yang juga mengurangkan panas matahari.

4. Tanpa dirancang saya bertemu dengan pegawai yang bertanggungjawab menghiaskan bazar Ramadhan Kampung Baru dan saya ucap tahniah kepadanya. Katanya tahun hadapan keselesaan dan keindahan pasar itu akan diperbaiki lagi.

5. Sekali lagi saya ucap tahniah kepadanya.

6. Sebelum saya masuk kereta, dia menyatakan kegembiraannya bahawa dia diberitahu saya tidak akan pergi ke Sungai Besar dan Kuala Kangsar

7. Saya terpaksa jelas bahawa saya akan berkempen dikedua-dua tempat. Bulan puasa bukan masanya untuk kita bersikap kasar. Saya akan cuba elak dari menggunakan perkataan yang kasar.
8. Sesungguhnya saya tidak faham bagaimana ada orang yang masih sokong Najib. Di Brazil dan Kenya dan beberapa negara lain, tidak banyak bukti yang menunjukkan pemimpin mereka terlibat dengan rasuah atau salah guna kuasa. Tetapi tuduhan masih dibuat terhadap mereka. Presiden Brazil digantung jawatannya oleh hakim besar supaya tidak mengganggu siasatan terhadapnya.

9. Di Malaysia juga Presiden UMNO dan Perdana Menteri pernah meletakkan jawatan apabila ternampak rakyat tidak lagi sokong mereka.

10. Tetapi bukti salahlaku Najib adalah jelas dan didedah secara terbuka sehingga ke seluruh dunia dan tidak dapat dinafikan olehnya. Berpuluh akhbar dan TV negara-negara asing menyiarkan laporan yang dilengkapi dengan gambar dan dokumen dan surat berkenaan salah guna kuasa oleh Najib dan kehilangan berbillion duit 1MDB dan wang beribu juta berada dalam akaun peribadi Najib. Benar di Malaysia akhbar arus perdana tidak pernah siar perkara-perkara ini. Tetapi media sosial menunjukkan rakyat mengetahui akan kesalahan Najib dan sudah tidak percaya padanya. Rakyat menuntut supaya dia berhenti dari menjadi Perdana Menteri.

11. Dibawah Najib parti UMNO ditolak dan dikecam oleh orang Melayu dan ramai ahli; UMNO sudah jadi lemah dengan pencapaian yang terburuk dalam PRU 13. Besar kemungkinan UMNO akan kalah dalam PRU 14, jika Najib memimpinnya. Semua ini berlaku semasa kepimpinan Najib.

12. Rakyat Malaysia berasa amat malu apabila berada di negara lain kerana ditanya apa sudah jadi kepada negara kamu. Ada orang asing yang berkata “rasuah” apabila mereka ketahui kerakyatan pelawat dari Malaysia. Ada rakyat Malaysia, apabila ditanya di luar negara dari mana mereka datang enggan menyebut Malaysia kerana malu. Demikianlah malunya mereka dengan keadaan di negara mereka. Najib sendiri melarikan diri apabila akhbar asing cuba menemuinya. Amat memalukan apabila dia terpaksa guna jalan belakang bagi mengelak di soal akhbar.

13. Tetapi di Malaysia masih ada ahli dan pemimpin UMNO yang mempertahankan Najib, yang cuba menunjuk kebaikan Najib. Walaupun mereka gagal namun mereka terus menyokong Najib.

14. Saya tidak menjadi ahli mana-mana parti sekarang. Parti saya UMNO sudah tidak mencerminkan UMNO yang ditubuh pada 1946 di Istana Besar, Johor Bahru. Ia sudah dirampas oleh Najib dan diguna untuk mempertahankan dirinya. Saya tinggalkan parti Najib ini untuk jadi rakyat biasa.

15. Demikianlah perbezaan parti milik Najib dengan UMNO sehingga apabila perwakilan dilarang menyebut atau membahas 1MDB dan 2.6 billion dalam akaun Najib semasa mesyuarat agung dan diluar, mereka akur. Tidak ada bantahan. Sebaliknya dahulu perbahasan terbuka tidak pernah dilarang. Semangat kebangsaan UMNO yang berjaya menolak Malayan Union, memerdekakan Malaya dan Malaysia, membangunkan negara sehingga dihormati dunia sudah tidak lagi ada pada ramai ahli dan pemimpin UMNO.
16. Saya tidak ada parti. Namun sebagai rakyat Malaysia saya tidak boleh mengasingkan diri daripada gerakan rakyat untuk menyingkir Najib. Mereka sudah lancar Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib. Saya sokong Deklarasi ini dan sudah tandatanganinya. Hakikatnya pilihanraya kecil ini bukan untuk menukar Kerajaan atau dasar Kerajaan. Jika BN kalah pun Kerajaan Najib tidak akan jatuh.

17. Tetapi kekalahan BN akan memberi mesej kepada Najib secara jelas bahawa rakyat menolak kepimpinannya. Penyertaan saya hanya untuk menerang dan mendesak pengundi akan pentingnya Najib ditolak dan deklarasi rakyat disokong. Jika Najib menang maka ia akan terus menekan rakyat kerana mempercayai rakyat bersetuju dengan segala perbuatannya .

18. Selamat berpuasa.


Lu Fikir La Sendiri!!!

43 ulasan:

  1. Kepada pengundi k.kangsar Dan Sg besar,

    Lakukan Dan tegakkan lah yang Hak kita tolak yang batil!!!

    Janganlah kita bersekutu Dan bersubahat dengan pemimpin yg korup,salahgunakuasa, menyeleweng, zalim Dan menganayai rakyat bernama Najib.

    Terbitkanlah sedikit rasa malu rakyat Dan pengundi k.kangsar Dan Sg besar Bagaimana seorang tua berumur 91 tahun berjuang membela nasib rakyat.

    Terbitkanlah sedikit rasa malu kamu wahai pengundi k.kangsar Dan Sg besar bila seorang tua berumur 91 tahun melihat rakyat negara jiran hidup merempat tiada maruah kerana mempunyai pemimpin yg korup.

    Fikir2kan lah masa depan anak2 kita, undi calon yg amanah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awas, kalau calon amanah, pemimpin atau ketua tidak, tak guna juga undi calon itu.

      Kalau calon amanah tapi kuat bersuara, bantah mana yang tak betul, lain lah. Dia ada hak buat gitu, kita demokrasi.

      Tapi kalau 1MDB dah terhutang RM53 bilion, tanah 500 ekar bekas Lapangan Terbang Antarabangsa Sungai Besi tak tau apa nak jadi, RM2.6 bilion (kemudian di laporkan sebagai RM4.2 bilion) masuk ekaun ekaun bank Najib di diamkan aje, mana boleh undi calon begtu?

      Padam
  2. Macam macam habuan di "hujankan" si Najib untuk meraih undi di dua PRK tuh. Kasi RM500 kpd pekebun kecil getah. Tapi tak kasi kpd pekebun kecil sawit atau penanam padi.

    Kata nya bukan sebab PRK, tapi apa kedarah nya umumkan masa kemepn PRK? Boleh ambil RM500 itu esok nya pula.

    Terakhir, umumkan Kuala Kangsar di adakan universiti. Dah berapa universiti dl negara ini sekarang? Buat keputusan kerana PRK ke atau ada ikut kajian berkenaan nisbah jumlah universiti kpd jumlah penduduk yang negara maju dapati sesuai ke?

    Nanti kepala negeri lain dalam negara ini pun nakkan universiti jugak, amacam? Kena le bagi satu universiti jugak di Kangar, Perlis.

    Astaghfirullah.

    BalasPadam
  3. Saya baru keluar negara dan saya bangga dengan Malaysia.. TUN tolong jangan buat cerita bodoh..dengan Najib rakyat lebih merasai nikmat kejayaan Negara..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan lah coba nak cakap macam kamu sorang aje keluar negara. Tak bijak tuh - aku guna perkataan baik di bulan puasa ini, walau pun kamu gunakan perkataan bodoh.

      Kalau nak muji Najib pun, beri lah fakta, hujah yang munasabah, dan contoh yang pembaca boleh caya.

      Tapi kalau kamu kata "TUN tolong jangan buat cerita bodoh" tanpa beri alasan atau penerangan itu, mau tak mau aku kena kata kamu amat bodoh. Aku rasa Tuhan ampunkan aku sebab aku dah beri justifikasi bagi nya.

      Padam
    2. 8.20 apa yg kau merepek?? Kau fikir kau sorang je yang pegi overseas ke?? Kerana dedak kau nak nafikan kenyataan.

      Orang overseas pandang Msia sebagai negara korup. Media2 mereka melabelkan Msia negara korup.

      Di US mereka tau pasal reporter Australia yang kena tangkap, soal dan dihalau balik. Media US la yang paling rancak cakap pasal korupsi juta2 Msia.

      Di Australia kisah reporternya dibawa ke balai tu meletop satu negara. Di Uk cerita korup Msia ni disebut2 dalam media.

      8.20 kalau nak temberang pun janganlah lebih2 sampai nampak sangat bodohnya. Kau nak tipu sape?? Tipu diri sendiri ke??

      Padam
  4. Susah negara kalau di pimpin dek seorang macam Najib nih. Dasar dasar dan keputusan dia banyak yang tak selari dengan Perlembagaan negara.

    Contoh nya, umumkan 1000 ekar di luluskan untuk sekolah Cina. Itu menggalakkan sekolah yang tak menggunakan BM sebagai bahasa pengantar.

    Pada hal Perkara 152 Perlembagaan mengatakan bahawa bahasa negara ini ada lah BM, bahasa ibunda boleh di gunakan ha nya "selain dari untuk tujuan resmi" dan sekolah ada lah urusan resmi mana mana negara di dunia.

    Teruk kita kalau undi UMNO/BN dan BN menang di 2 PRK itu. Sebab Najib akan melanda landa dengan dasar dan keputusan saperti itu. Tak boleh kalau tak selari dengan Perlembagaan negara. Perdana menteri mesti hormati dan ikuti Perlembagaan sapenuh nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaman Tun, CINA yg jadi jutawan dan menguasai perniagaan di Malaysia (kecuali anaknya dan 1,2 kerat melayu).Sekarang baru kita nampak banyak Melayu nak mula berjaya dalam perniagaan.Najin buat lebuhraya TAMPA TOL tapi lebuhraya Tun sampai anak cucu kena tanggungg kenaikan TOL..dan lain2

      Padam
    2. Kat mana LEBORAYA NAJIB TANPA TOL ITU..........??????

      Padam
    3. Hah, tadi ruang balasan tak boleh keluar di sini. Sekarang nak salin komen saya yang keluar di bawah ke sini:

      hashim hassan 12 Jun 2016 8:51 PG,

      Kau kata "Zaman Tun, CINA yg jadi jutawan dan menguasai perniagaan di Malaysia"? Juling ke kau nih? Atau tutup mata? Atau di tutup dek gadis Golok di mana kau baru pergi luar negara tuh?

      Kau tak sedor ke bahawa Najib buang ISA dan nak buang Akta Hasutan yang melindung Perkara 153 Perlembagaan berkenaan Kedudukan Istimewa Melayu, buang Kementerian Pembangunan Usahawan yang membantu membimbing usahawan Bumiputera yang takda budaya berniaga beribu tahun, tak macam usahawan Cina yang Najib nak tolong tuh? Sampai ketepikan DEB, nakkan Melayu bersaing dengan dan mampos di buli dek Cina, yang kasi harga lain, terma perniagaan lain di bnding dgn Cina, dsb nya.

      Tak sedor bahawa Tun dah dapatkan 23% kekayaan korporat untuk Melayu? Dan seorang billionaire timbul di zaman pemerintahan dia - Syed Mokhtar Bukhari?

      Najib tak berani pun nak kira berapa % kekayaan korporat tu yang tinggal di bawah pemerintahan dia, takut dah merosot. Yang billionaire timbul di zaman dia ia lah yang ada RM2.6 bilion (kemudian di katakan RM4.2 bilion) masuk dalam ekaun2 bank dia.

      Kudut macam itu.

      Padam
    4. Weiii Hashim.....ye betul cakap ko sekarang ni memang ada Melayu yg berjaya. Ada berbilion dalam akaun. Bini bershopping sakan angkut berbiji2 berderet2 beg. Sewa kapalterbang bermilion2. Buat majlis kawin juta2. Rumah harga berbilion2 kat luar negara.

      Ko tentu bangga dgn billionaire Melayu sekor ni weh....!!!

      Padam
  5. Hashim Hassan jangan jadi bodoh..saya baru balik dari luar negara..Malaysia dicemuh kerana Najib. Fullstop.

    Banyak dpt habuan ke?

    BalasPadam
  6. Amboi anon 8.20am negara mana yang anda pe tu??....negara Thai ka??...

    BalasPadam
  7. Cai hashim...

    " ..dengan Najib Rakyat lebih merasa nikmat kejayaan negara.."

    Kah..kah..kah..hih..hih hih..kih..kih..kih.. Wah..wah..wah..boo..boo..boo..doh..doh..doh..

    Nak tergelak Kakchah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa nak digelak..kalau kamu melayu duduk di bawah DAP kamu tak dapat nak beli rumah pun.

      Padam
    2. Ramai sangat ke MELAYU dapat beli rumah di bawah NAJIB....????
      Cer beri contoh kat mana..............???????

      Padam
    3. Hashim, kamu Jing Projibo yang pakai nama pulak sekarang ke?

      Sama aje taktik kamu - anggap semua yang tak suka Najib sebagai DAP.

      Buat pura pura tak pernah dengar Protun.

      Padam
    4. Blah laaaa.....melayu sekarang yg berijazah pon payah nak beli rumah yg elok2. Yg mampu cuma rumah biasa je. Gaji tolak loan rumah, kereta, belanja dapur, susu & lampin anak, tolak gaji baby sitter, bayar income tax, bayar GST......mampu sangatla melayu nak beli rumah dgn kos sara hidup yg tinggi ditambah dgn GST lagi.

      Hashim lu datang dari planet mana???

      Padam
  8. JANGAN LUPA KLIMEK PRK - MENTANG INI KALILAH BLACKOUT LAGI.
    DAFTAR SEBAGI PEMANTAU KIRA UNDI

    UKM Teluk Intan UKM... sebuah Universiti akan dibina di Teluk Intan dalam masa
    terdekat ini apabila calon Melayu dari GERAKAN Mah Siew Keong menang magik dalam PRK P076.
    Ini kerana janji dalam menifesto Mah tertera akan dibina sebuah universiti di Teluk Intan dan
    memang wajib pun Mah tunaikan janji ini kerana keputusan dibawah ini:

    59,927 Total Pengundi410 Pengundi
    Awal59,517 Pengundi Hadir
    392 Pengundi Awal Mengundi39,850
    Pengundi Hadir Mengundi40,242
    Jumlah Kertas Undi Diterima 19,919 DAP20,157 BN550 Rosak
    40,626 Jumlah Pengundi (Awal & Biasa) Keluar Mengundi

    PERSOALAN TIMBUL???
    >>> Bagaimana sejumlah 40,626
    undi dikira secara keseluruhan
    (DAP+BN+Rosak+Awal)
    sedangkan jumlah Pengundi
    Awal + Pengundi Hadir yang diisytiharkan adalah
    40,242?
    >>> Maka, macammana boleh
    TERRR......LEBIH UNDI sebanyak 384
    Undi/Pengundi?
    NOTA : BN menang dengan majoriti 238 Undi!
    SPR Harus
    Jawab...Bagaimana Magic boleh berlaku?
    Jadi Sebuah UKM ( Universiti Kiraan Magic )wajar diujudkan di Teluk Intan untuk kekalkan kemenangan secara magic calon-calon BN..hahaha......

    BalasPadam
  9. Dah main copy paste pulak Projib nih. Itu yang bikin rakyat fedap kat Naib. Ada penyokong pun tak reti nak keluarkan pendapat sendiri bedasarkan fakta dan hujah yang munasabah.

    Camna nak undi calon Najib - pemikiran sama camtu.

    BalasPadam
  10. samaada SPR bodoh tak tahu atau kamu apek yg bodoh kena tipu..inilah ulasan saya.TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. kamu ke yang copy paste itu? Awat tak habaq? Projib memang selalu tak berterus terang ke? Banyak sangat nak di sembunyi ke?

      Padam
  11. hashim hassan 12 Jun 2016 8:51 PG,

    Kau kata "Zaman Tun, CINA yg jadi jutawan dan menguasai perniagaan di Malaysia"? Juling ke kau nih? Atau tutup mata? Atau di tutup dek gadis Golok di mana kau baru pergi luar negara tuh?

    Kau tak sedor ke bahawa Najib buang ISA dan nak buang Akta Hasutan yang melindung Perkara 153 Perlembagaan berkenaan Kedudukan Istimewa Melayu, buang Kementerian Pembangunan Usahawan yang membantu membimbing usahawan Bumiputera yang takda budaya berniaga beribu tahun, tak macam usahawan Cina yang Najib nak tolong tuh? Sampai ketepikan DEB, nakkan Melayu bersaing dengan dan mampos di buli dek Cina, yang kasi harga lain, terma perniagaan lain di bnding dgn Cina, dsb nya.

    Tak sedor bahawa Tun dah dapatkan 23% kekayaan korporat untuk Melayu? Dan seorang billionaire timbul di zaman pemerintahan dia? Najib tak berani pun nak kira berapa % kekayaan korporat tu tinggal di bawah pemerintahan dia, takut dah merosot.

    Yang billionaire timbul di zaman dia ia lah yang ada RM2.6 bilion (kemudian di katakan RM4.2 bilion) dalam ekaun2 bank dia.

    Hamsat lorr.

    BalasPadam
  12. Sdra hashim hassan ini adalah "xxxxx" setara ahmad maslan, rahman dahlan (pasal rumah!!!!), salleh keruak (pasal WSL tak letak sapa source)....dan mereka2 sekepala.

    Tak payah keluar ke negara asing, warga asing yang datang ke malaysia...rata2 bertanya......mereka balik berkata betullah...malaysia memang teruk dan ketawa....mereka kata nasiblah and may GOD help you malaysians

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah, kena sembahayang hajat.

      Dulu ada "tangan ghaib (hidden hands)" yang berhentikan Gani Pattail dari jawatan Peguam Negara dengan serta merta tanpa alasan yang munasabah, tukarkan tempat kerja Pegawai Pegawai tinggi PDRM dan SPRM yang menyiasat 1MDB dan RM2.6 bilion dengan serta merta jugak.

      Setaf SPRM sembahayang hajat, tak jadi di tukar, di makbulkan Tuhan sembahayang hajat mereka.

      Nampak nya selagi Afandi pegang jawatan Peguam Negara, selagi itu keadaan tak bertukar. Mari lah kita smbahayang hajat selalu.

      Padam
  13. momok madey kerala ari tu janji nak tunjuk bukti pasal 1mdb dan derma kat ceramah pan di sekinchan, siap sokong calon pan lagi, tapi 1 habuk bukti pun takde sampai pendengar yg rasa tertipu tinggalkan ceramah pembohongan paling nyata momok madey semasa ceramah.

    rupanya bukti itu ada tergantung dlm seluarnya dan dia malu nak bukak seluar dan tunjukkan, sbb bukti tu dah kecut dan diselaputi bulu beruban ....

    bapak kencing berdiri, anak kencing berlari. pemimpin pembohong semulajadi, penyokong pembohong bersiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Astaghfirrullah....

      Padam
    2. Jing Projibo 10:32 PG,

      Kau ni di masa kecik tak di bimbing mak bapak kau pun, itu pasal biadap dan kurang ajor bukan main lagi.

      Mak bapak kau kerja kuat bertungkus lumus di kebun, ko tinggal di rumah seorang, lapar, merayap di tepi kandang ayam, nampak tahi ayam kau masuk mulut, makan. Itu pasal mulut kau asyik nak terbukak macam jubur ayam, busuk menaus tiap kali kau bukak

      Padam
  14. desperate nampak anon 10:32....orang kalau keluar bahasa camni..orang ni memang dah takde point nak balas...frust dah tu...tu yang sampai nak menghina Tun begitu sekali....

    BalasPadam
  15. Bila tak ada fakta untuk berhujah, orang yang nak menang juga akan menyerang dengan kejian, cemuhan, caci maki dan menghina kejadian Tuhan.
    Memang desperate pun..

    BalasPadam
  16. Mamak Madey main tuduh saja, jika dia ni teramatlah benar sila kemukakan segala maklumat sahih dan terperinci bahawa Najib itu benar-benar melakukan jenayah.

    Jangan bagi alasan yang bukan2. Sekadar cakap umpama tin kosong baik balik susukan bini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah merata dunia tahu, Makcik. Politik itu persepsi. Pengundi undi atas persepsi. Lingkup le UMNO di PRU14 jika Najib tak di ganti.

      Padam
  17. bro hashim hassan....

    betul tu rasa bangga kalau kat luar tu org tau dari malaysia...tapi tu duluuuuu.....sekarang hampeh.....malu besar.....

    bro, aku dah lama jugak keluar masuk malaysia ni.....mula dari belajar, backpacking, kerja, tinggal........sejak 1986......sekrg pun msih kat luar........jauh, dekat......

    dulu memang bangga......sekrg mana nak letak muka pun tak tahu.....org asik tanya pasal najib....apa dah jadi.......tu yg payah tu....

    -anti jub-

    BalasPadam
  18. Perkara no 10 tu fakta ke auta tu putra merdeka yahudi...? Bukti tu yg tun momok nak tunjukka pada pengundi di sekincan dan k kangsar... tapi hampeh satu bukti dan document pun tak ditunjukkan oleh tun momok.... bulan piasa ni pun nak jadi agen penipu gak ker....?

    BalasPadam
  19. kejap kata Najib ambil 2 billion kemudian 4.6 bilion sukahati mak bapak kau lah nak cakap berapa...cuba tunjukkan pulak lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Weiiii bahalol.....2.6 bilion tu "derma" (konon)....42 juta tu duit SRC.

      Bangangnya engko...lain kali sebelum cakap buat homework dulu. Baca artikel2 berkaitan. Hadamkan dulu dalam perot boncit engko tu. Dah paham baru cakap.

      Engko tu yg main cakap merapu je. Orang lain cakap ada fakta.

      Kecik2 tak nak mampos dah besar nyusahkan orang.....!! Baghal....!!

      Padam
  20. Apa kejayaan Tun semua Najib dah buat cuma Tun TAK MAMPU beri TUNAI pada rakyat ..maaf TUN mukin rasa terhina itula pasal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa kejayaan tun semua najib dh buat.
      Kahkahkah..

      Bnyk lg yg najib buat lbh dr tun.
      Kahkahkah..

      Berjaya tubuhkan 1mdb dgn modal sejuta dan hutang 42000 juta.
      Kahkahkah..

      Ada billion2 dlm akaun peribadi. Nk lpskn diri palitkan nama umno.
      Kahkahkah..

      Suruh dtg dia lari, suruh jwb dia mngelak, suruh saman dia bg beribu alasan.
      Kahkahkah..

      Hashim hassan tolong jawab.
      Selepas 1mdb diambil alih mof, hutang hutangnya siapa byr?
      Kahkahkah..

      Padam
  21. Kesemua 18 perkara yg disiar tu semua... auta dan fitnah...... bulan puasa pun nak tipu.... tak ke babi namenyer tuhhh......!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Babi tu yang mcmk kau. Membabikan orang bikin kau lebih betul2 babi.

      Padam
  22. Hbis lah negara dan negeri...Cara nak jatuhkan pemimpin cuma perlu tuduh sahaja...lepas itu dia kena letak jawatan. Pemimpin baru juga akan naik dan kita tuduh. Terus letak jawatan. Law mana yang di guna tak tahulah. Yang pelik hanya pemimpin kerajaan sahaja yang beria di suruh letak jawatan. Lim G E tak pulak di suruh letak jawatan. Double standard. Kalau ada baca dari segi undang undang dan moral..dan agama.."Seseorang itu tidak boleh di katakan bersalah sehingga dibuktikan dia bersalah"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu sebab jangan batalkan saman Tun Mahathir. Dalam mahkamah najib boleh buktikan dia tak salah. Boleh buktikan dia bersih lagi suci.

      Keluarkan semua bukti hitam putih. Lawan Tun dalam mahkamah. Tunjukkan Tun M tu yang salah. Jangan main tepis kiri kanan duk mengelak je. Bukti bersih lagi suci tu mana??

      Bersihkan nama pada dunia. Apa yg negara luar laporkan tu salah.

      Masuk mahkamah, biar mahkamah tentukan. Kalau amanah, bersih dan telus, sila buktikan dalam mahkamah.

      Kalau tak masuk mahkamah cam mana nak buktikan betul atau salah???

      Padam
  23. 2.11 najib takut apa kalau tak bersalah?

    Maruah rakyat dimalukan, dicemari oleh fitnah media asing dan siasatan 7 buah negara asing kenapa?

    Kenapa maruah rakyat dan nama negara tak dibela dan dipertahankan oleh najib?

    Cer citer skit?

    BalasPadam