Khamis, 30 Jun 2016

UMNO & Perubahan Zaman..!


Dulu..perjuangan parti..! survival parti..! Sekarang? diri..!

Zaman Umno Keturunan dan Perjuangan Sudah Berlalu


A Kadir Jasin


MOHON keizinan membuat satu lagi catatan peribadi yang sedikit sebanyak mencerminkan pergolakan politik tanah air kita dan pilihan yang wajib kita lakukan demi kelangsungan (survival) Malaysia.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Hari ini, 29 Jun 2016 genaplah setahun saya menarik diri secara rasmi daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar) atau nama Inggerisnya United Malays National Organisation (Umno).

[Teruskan perjuangan rakyat. Tandatangani Deklarasi Rakyat buang Najib di sini.]

Saya keluar hampir setahun lebih awal daripada bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menarik diri pada awal Mac lalu dan pembuangan bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin pada 24 Jun.

Saya menjadi ahli berkartu (card-carrying member) Umno lebih tiga dekad. Saya lahir dan membesar dalam keluarga Umno. Arwah ayah saya menyertai Umno sejak penubuhannya pada tahun 1946 dan pernah menjadi ahli jawatankuasa bahagian.

Umno bukan Umno saya lagi
Tetapi menjelang pertengahan tahun lepas, saya berasa amat yakin dengan kata-kata ayah saya sebelum dia meninggal dunia tujuh tahun lalu. Katanya: “Umno hari ini bukan Umno aku lagi.”

Tidak berapa lama sebelum dia meninggal, dia juga memberhentikan langganan Utusan Malaysia. Utusan Melayu (jawi) dan kemudiannya Utusan Malaysia adalah bacaan wajib keluarga kami.

Alasan pemberhentian langganan Utusan Malaysia adalah ia “bukan surat khabar aku lagi.” Dia membaca Berita Harian sebagai pilihan kedua hanyalah ketika saya menjadi pengarangnya.

Kopi, rokok dan Utusan Melayu/Utusan Malaysia adalah permulaan harinya untuk berpuluh tahun lamanya. Dia berhenti merokok dan membaca Utusan, tetapi terus meminum kopi. Dia juga tidak keluar Umno secara rasmi seperti saya.

Melayu dan Umno

Ramai orang Melayu menjadi ahli Umno kerana talian sejarah. Bagi mereka Umno adalah parti keturunan. Merekalah ahli sebenar (tulen/original) Umno. 

Mereka menjadi ahli kerana altruisme. Mereka tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Bagi mereka, Umno adalah parti merdeka, parti pembela bangsa dan parti yang membawa pembangunan.

Hari ini, ramai ahli Umno adalah ahli rekrut. Ahli yang diheret masuk hinggakan ada yang tidak tahu pun yang mereka ahli Umno. Nama mereka didaftarkan oleh Ketua Cawangan dan yuran dibayar bagi pihak mereka.

Bilangan ahli keturunan semakin hari semakin kecil. Secara literal, Umno mati bersama kematian mereka. Boleh kata semua pendukung Umno dari generasi ayah saya sudah tidak ada lagi.

Ayah saya mewajibkan anak-anaknya balik mengundi menggunakan “petua” (“fatwa”) derhaka kalau tidak balik mengundi. Tapi pada Pilihan Raya Umum 2008, dia tidak mengeluarkan lagi petua itu. 

Adik saya yang tugasnya membawa ibu dan ayah saya mengundi memberitahu mereka tidak keluar mengundi pada pilihan raya Umum 2013.

Sejak beberapa hari lalu, berikutan pembuangan Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, ramai bertanya pendapat saya mengenai kalau mereka juga perlu keluar Umno.

Saya kata, saya mungkin bukan orang paling sesuai menjawabnya kerana saya tidak berkecuali. Saya tidak berkecuali kerana saya telah mendahului mereka keluar Umno. Sentimen saya diwarnai oleh tindakan itu.

Biar Najib Tahu

Cuma saya kata, kalau hendak keluar eloklah buat secara rasmi macam saya buat supaya Presiden Umno, Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone, Mohd Najib Abdul Razak, tahu.

Biar Mohd Najib tahu kita keluar Umno. Dia tak peduli tak apa.
Saya mengutus surat penarikan diri kepada Ketua Cawangan saya dengan salinan kepada Ketua Bahagian dan Setiausaha Kerja Umno Malaysia.

Saya nyatakan sebab-sebab saya tarik diri. Antaranya saya tidak dapat lagi menerima kepemimpinan Umno yang dikepalai Mohd Najib dan kalau saya kekal pun, saya akan menjadi duri dalam daging dengan kritikan-kritikan saya.

Dalam kes saya, Setiausaha Kerja Umno pusat, Datuk Rauf Yusoh mengesahkan penarikan diri saya dan mengucapkan terima kasih atas sumbangan saya kepada parti selama ini.

Saya kata lagi, mereka (Muhyiddin dan Mukhriz) boleh kembali semula ke pangkuan Umno jika keadaan berubah mengikut apa yang mereka idamkan.

Buat saat ini, apa yang boleh saya katakan adalah amat menyedihkan bahawa Umno yang berjaya memperbaiki kehidupan generasi ayah saya dan mengangkat generasi saya menjadi warga kelas menengah kini tidak lagi mampu menjamin kehidupan generasi anak dan cucu saya.  

Bagi saya, era Umno sudah berlalu. Begitu juga PAS. Cara Umno dan PAS mengepung dan mengandangkan orang Melayu-Islam dengan menggembar-gemburkan sentimen bangsa dan agama tidak boleh diterima lagi.

Jika diteruskan ia akan mengepung orang Melayu-Islam dalam penjara minda yang semakin hari semakin sempit, mundur, jumud, tidak bertoleransi dan anti-kemajuan.

Kita perlu tabur angin perubahan supaya kita boleh melayari ombak perubahan.

Wallahuaklam.


Ada Najib kesah???

Lu Fikir La Sendiri!!!

17 ulasan:

  1. Dalam hati Daeng Najib, peduli apa sesiapa nak tarik diri. Asalkan jangan tarik dia.

    Tapi begitu ramai yang tak nak tarik, tapi nak tolak dia. Cuma dia pegang dan gunakan banyak kuasa.

    Kita tunggu lah masa. Takkan dia tak tergelincir pun. Ada masa dia lalu jalan yang berlendir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesan rombak kabinet dah hilang ke? Yang hilang portfolio jadi Menteri di JPM, amacam cerita? Yang letak semua jawatan gomen dan parti sebab hilang kepercayaan kpd si Bugis amacam?

      Keturunan UMNO Semporna macam mana?

      Padam
  2. Mana ada lagi tradisi UMNO Tun Razak pada anak dia. Tun pertahankan dan majukan hak dan kepentingan Melayu sedaya upaya. Najib lebihkan kpd kepentingan Cina, tak giatkan mempertahan dan memajukan hak dan kepentingan Melayu.

    Banayk contoh nya boleh di keluarkan. Siapa mahu, sila beri tahu.

    BalasPadam
  3. Mohd najib.....kita bising2 pun tak guna...kesetiaan sekadar bermusim..diberi wang dan jawatan pasti senyap..perlu ada gerakan yg keras menentang mohd najib..inilah perdana menteri yg tk dihormati rakyat..ProOO00ootTt

    BalasPadam
  4. komentar kadir jasin ikan masing tua ni pun jadik ... asal ada bahan spin nak kutuk dan beri persepsi buruk pada DSN ... kesian protun ni semua ... elok lah go fly kite !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ngapa kau tak tolong tukarkan persepsi buruk Daeng najib tuh? Asyik komen takda isi aje buat ape? Go bang balls!!

      Padam
    2. why wasting time ?? all are malice and slander !!! that why nothing that madey and protun do effecting DSN ... DSN is busy doing his job as PM ... protun and madey busy wasting time ... better go fly kite !!!

      Padam
    3. Apasal Bahasa Inggeris plak? Orang seua Bahasa Melayu. Kau Mat Cabok ke? Bunyi mcm gengster aje. Tapi jenis selalu bang balls!!!

      Padam
    4. 8:19 PTG dah ngaku kalah ye. wasting time kalau coba tukarkan persepsi buruk Jibo, kata dia. Tak kisahkan survival parti gamak nya.

      Tapi yg makan dedak mungkin ahli parti pun idak. Asalkan dapat dedak aje, boleh melompat, menyalak sana sini le.

      Padam
  5. Bagi Kadir Jassin, "era Umno sudah berlalu." Bagi aku, belom lagi. Cuma nak "berlalu"kan era Najib.

    Kalau dia tak undur atau di gantikan sabelom PRU14, era UMNO berlalu ke, lantak lah. Bior bungkus UMNO/BN pada masa itu. Asal Najib di bungkus sama.

    BalasPadam
  6. Budak kadir jasin tu tak banyak mana pun 'sumbang'an pada negara... sbb lawan sbb dah disingkir dari jawatan nya dulu... skg bila suma dah tak ada mula membising .... elok masuk parti PKR..atau DAP atau buat parti baru sama boboi.. momok dll.... masa tuhh ko membising la siang malam... umno tak perlu orang mcm nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jing Projibo,

      Kau takda hormat pun orang tua ye? Kau panggil Kadir Jassin tu Budak.

      Kau panggil bapak kau oi, ke? Kau panggil emak kau ... aku rasa nak carut kan kau tapi ni bulan puasa.

      Kau tak di ajor, di didik, di bimbing dek mak bapak kau di masa kecik ye. Depa ke sawah padi, biorkan kau main di tepi kandang kambing sesorang. Kau jalan jalan, lapar, kau ambik tahi kambing, masuk mulut, kau makan. Itu pasal tiap kali kau bukak mulut, busuk.

      Padam
  7. Suma protun golongan budak budak yg dah tak dapat projek kuasa dah tak ade... tu pasal meroyan mcm budak budak... pasal tu nnpk tua matang tapi perangai kalah budak... ssbb tu la elok panggl budak budak.... ahakss

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena sebiji dek 10:12 PTG.

      Menggelupor kamu.

      Padam
  8. Menang dapat arang kalah dapat abu.

    BalasPadam
  9. Sour grapes ada dalam mana mana bahtera. Pilihan yang ada ialah terjun dan berenang. Kalau ada sabut timbul, kalau batu faham2 ajelah.

    Pilihan lain ialah 'marahkan nyamuk kelambu dibakar'. Namun ini adalah indikasi hipokrasi 'sayang di mulut tidak di sanubari.

    BalasPadam
  10. bagus sekali info yang di share , menarik dan dapat di terima terimakasih

    BalasPadam