Khamis, 9 Jun 2016

Penjilat..!


Patut ler..!

Mereka bukan lagi wakil rakyat, tetapi orang suruhan Najib – Mahathir

Mahathir mendakwa ada ahli UMNO yang mengakui disogok RM1 juta hingga RM2 juta yang menyebabkan mereka tidak mendedahkan jenayah yang berlaku

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa mulut ahli-ahli UMNO telah disumbat dengan dedak yang menyebabkan mereka tidak dapat bersuara atau menegur presiden parti, Datuk Seri Najib Razak.
Ini kerana kata bekas Perdana Menteri itu, ada ahli UMNO yang mengakui disogok RM1 juta hingga RM2 juta yang menyebabkan mereka tidak mendedahkan jenayah yang berlaku.
“Mereka mengia apa sahaja. Sesungguhnya mereka bukan lagi wakil rakyat yang (dipilih rakyat) tetapi sudah jadi orang suruhan Najib. Dasar dan perjuangan parti tidak lagi menjadi tanggungjawab mereka.
“Demikian juga dengan Ketua-ketua UMNO Bahagian. Mereka tidak ada suara lagi setelah melihat seorang naib ketua bahagian yang menegur presiden dipanggil oleh polis, disoal, dimasukkan dalam tahanan dan dihadapkan ke mahkamah,” katanya menerusi catatan terbaru beliau di blog chedet.cc. hari ini.
Tambahnya, apabila ada pemimpin yang menyeleweng, perlembagaan negara ini memberi hak kepada wakil rakyat untuk membuat undi tidak percaya dalam Dewan Rakyat.
“Tetapi kerana dedak dan berbagai jenis tekanan, selain daripada dua orang ahli UMNO, ahli-ahli UMNO yang lain dan BN tidak berani menyokong usul tidak percaya jika diusulkan.
“Rakyat kehilangan suara secara menyeluruh. Semua peruntukan dalam Perlembagaan dan undang-undang berkenaan kebebasan bersuara sudah dibatalkan.
“Melapor kepada polis berkenaan jenayah yang dilakukan oleh pemimpin juga bukan sahaja tidak berkesan tetapi yang melapor sendiri dimasuk dalam tahanan,” katanya.
Dedak ropernya yop..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

24 ulasan:

  1. Begitulah...perlu ada gerakan yg keras..wang dan wanita boleh sebabkan umno tumbang..berapa lama lagi mohd najib mampu bertahan..bukit kalau ditarah setiap hari pasti rata..yg penting kayuh berlahan2 biar sampai tujuan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg aku tahu gerakan menyerang Bini pandai ,itu mulakan oleh pkr,

      Padam
  2. Lu suda tiada integriti..apa yg lu cakap hilang dianvin lalu.Amacam lu punya drpun menipu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lu tipu lu punyia amak tatak pigi sikola apasat? Sikalang ciakap bolo.

      Padam
    2. Heh heh.

      Gebang pasal integriti.
      Beliau dah terbukti berjasa merubah landskap negara dlm banyak bidang.
      Bukti dah banyak, bersepah dan Najib pulak tak ada idea, cuma yg dia tahu transform idea org lain.

      Cuba ko senarai, apa perubahan yg Najib buat selama ni?

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  3. He.he.he APA bodoh tun m cakap ini ketika tun m berkuasa dulu 'dun dari umno semua dapat Wang untuk ADA program umno bersama rakyat, kalau tak ada macam mana ADA program untuk parti Dan Rakyat bersama umno, suruh je tun m buat parti sendiri tak payah tak payah bagi peruntukan dun, nak harap duit Dari kerajaan negeri Dan kerajaan pusat lambat peruntukan disampaikan Dan harap peruntukan kerajaan negeri Selangor alamat lambat Dan tak kasi peruntukan tersebut, ingat tak semasa pas memerintah terengganu tun m dengan senaja lembat peruntukan pada negeri ITU hak harap tin milo pun tak cukup, dengan ADA 1juta Dan 2juta ITU boleh ia digunakan ketika dalam kecemasan, ingat lagi peruntukan bagi pada dun umno ITU berjaya bawa pulang mayat rakyat Malaysia di vietnam, kalau tunggu peruntukan pusat Dan kerajaan negeri alamat mayat ITU tak bawa ke Malaysia disebab lambat terima peruntukan itu.

    Boleh ke najib sumbat 3juta ahli umno sila jawab?
    Najib hanya bagi 1juta pada dun Dan ketua bahagihan dengan amanah duit gunakan untuk keperluan parti Dan Rakyat ketika peruntukan lambat

    Kalau ADA kematian Dan Rakyat Wang kecemasan nak peruntukan perubatan untuk pebedahan suruh je tun m keluarkan duit gaji dia sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Najib hanya bagi 1juta pada dun Dan ketua bahagihan? Sapa cakap? Bukan semua DUN dan Ketua Bahagian dapat. Dari RM4.2 juta itu anyak yang dia guna untuk perbelanjaan sendiri.

      Pigi Hawai bini shopping pun pakai credit card Yang SRC International top up dari masa ke masa. Hidup dia paling mewah antara semua PM di Malaysia ini. Bini dia pigi Turkey pun pakai executive jet sewa. Ko ingat yang bayar kepala apak dia?

      Jangan undi UMNO di 2 PRK itu. Supaya UMNO kalah dan jadi tekanan tambahan dan Bugis Lanun itu di gantikan.

      Padam
    2. Yang tun maksudkan duit dr Najib bukan dr umno... Mana Najib dpt duit begitu mudah beri berjuta juta pd bahagian umno?...tolong berikan sumber duit Najib... Ulang sekali lg duit Najib...salah tun lg

      Padam
    3. Tak paham apa 204 cakap - duit Najib...salah tun lg?

      Setahu aku mana Najib ada duit senndiri. Adid adik dia dah bantah kenyataan PMO mengatakan ada "legacy of wealth" yang anak tiri dia alih alih jadi kaya, ayah mereka Tuan Razak tidak kaya.

      Duit itu semua dari 1MDB lah, yang dia songlap, yang Tun kata masuk ke ekaun dia melalui "circuitous payments" melalui banyak tempat.

      Padam
    4. He.he.he najib ADA duit tapi dia tak gunakan duit sendiri yg bagi ITU duit umno pada ketua bahagian ,kalau masuk banyak tempat bagi satu bukti najib masuk Wang 1mbd kedalam akaun pribadi dia, sehingga sekarang tun m gagal bagi bukti, anak tiri najib kaya sekurang2 nya dia tak harap tendar kerajaan seperti macam anak tun m itu, malah logi petronas pun tun m sangup jual pada anak dia ketika minyak naik 95tong ITU harta Rakyat jual pada nepostism ADA faham Tak fanatik.

      Ada malah adik najib belajar luar negara tangung oleh atok dia ADA faham tak, ayah dia tak kaya tak keturunan dia kaya raya ADA faham tak, atok najib dia penah milik saham genting Dan milik macam2 hartanah Pahang Dan johor, lain kali belajar salah silah keturuhan seseorang itu, atok najib tak bankrap pun.

      Kalau tun kata kau mencuri kau kau marah tak 2:73, kau pun mengaku sebab sikap bodoh Dan fanatik

      Padam
    5. Macam inilah ini atok keluarga najib dulu dia ADA saham genting Dan milik saham genting keturuhan makan tak habis tapi saham dah jual bagi sebab haram, anak beranak atok najib makan tak habis harta dia, malah anak beranak atok dia buka syarikat masing2,

      atok najib bernama mohamad Noah omar

      https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Mohamad_Noah_Omar

      Padam
    6. Tak usah temberang lah wahai Mamat 4:57 PTG dan 5:00 PTG.

      Tentu adik adik Najib akan tendang bontot kau - depa dah kata bapak depa Tun Razak tak kaya. Kalau PMO ada sebut "legacy of wealth" datuk depa, tentu depa pun dah tempeleng benda Allah yang keluarkan kenyataan PMO itu.

      Kau berani kena tempeleng?

      Padam
    7. He.he.he tak berani nafikan fakta atok najib kaya raya.
      Macai RBA he.h.he mana berani cakap. 5:24 cakap siapa atok najib bernama mohamad Noah omar kaya raya ITU,
      Tak akan atok najib seorang guru kot macam ayah tun m itu

      Padam
  4. Tak ADA bersuara jika kes bawa ke mahkamah, yg hang tun m pergi buat undang2 parti umno,dimana ahli yg bawa isu parti ke mahkamah akan buang ITU 'siapa suruh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa Yg berkuasa sekarang? Najib ke tun?...ubahlah undang2 masa zam tun apa masaalah?....ini tidak semua salah tun... Perbetulkan...pm kan bijak n dikelilingi menteri menteri bijaksana n rakyat didahului rasanya tiada masaalah menukar apa Yg tun tinggalkan... Jgn kerja senang semua Yg berlaku salah tun... Buat lah kerja untuk rakyat n negara Jgn menjahanamkan n menyusahkan rakyat

      Padam
    2. Kerja senang songlap duit aje, masuk ke ekaun dia, bini dia, anak tiri dia.

      Tak usah di undi aje UMNO di bawah Najib. Bior kalah supaya UMNO tekan dia supaya undur, atau gantikan dia.

      Gesakan pilihan parti yang di tangguhkan tu di adakan awal sabelom PRU14.

      Padam
  5. Pecacai tukang angkat najis yang telah dibangsatkan oleh u know who, the chief kepala bapak bangsat.

    BalasPadam
  6. Assalam Bro,Najib dapat duit masuk akaun sendiri mula-mula tak mangaku lepas tu mengaku pulak.Kemudian berbelanja pelbagai alasan yang tak masuk akal diberi oleh tukang karut.Najib diam seribu bahasa.Ajak berdebat takut tapi bila bercakap dalam tv seolah-olah dia aja yang betul.......Memang Najib Penipu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Ada banyak lagi bukti bukti dia penipu.

      Pencacai pemakan dedak dia di sini pun dah tak sanggup nak tanya mana bukti lagi. Dia kena timbun bukti hingga nak mampossss. Termasuk bukti pihak berkuasa Spore yang nak bicarakan kes berkaitan 1MDB tak lama lagi.

      Padam
    2. Kalau tak ada bukti, pakat buat sembang je le.

      Padam
    3. Ko nak sembahyang? Sembahyang apa? Bugis Lanun?

      Padam
    4. Guano demo !

      Padam
  7. Salam ramadan,

    Khalifah Omar Abd.Al Aziz (Bani Umaiyah 717-720H) ditegur adiknya Sahal kerana merenggut epal baitulmal dari mulut anak bongsunya.Tak akan berkurang jika ambil sebiji kerana ia masih banyak utk diagihkan pd penduduk.Anak kecil itu pun menangis terus mendapatkan ibunya.Apabila khalifah Omar pulang terbau olehnya akan bau epal dari mulut anaknya.Lantas isterinya Fatimah Abd Al Malik memberitahu epal itu dibelinya kerana kasihankan anak kecil yg menangis itu.Lalu berkata khalifah Omar semasa aku mengambil balik buah tersebut seolah-olah macam aku merenggut jantung ku sendiri tetapi aku amat takut kpd azab api neraka.

    Apa fikiran PM dan penyokong2 beliau terhadap cerita di atas.

    Warna api neraka itu bukan merah atau biru atau putih tetapi hitam.

    Masih belum terlambat utk menginsafi.Subhanaallah Allah maha pengampun terhadap umat2nya.Amin.

    BalasPadam