Isnin, 6 Jun 2016

Di Doakan Semoga Cepat Sembuh..!


Katanya...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dilaporkan dalam keadaan stabil setelah mendapatkan rawatan di  Unit Rawatan Rapi (ICU), Kedah Medical Centre (KMC), semalam.

Setiausaha Politik beliau, Datuk Shaiful Hazizy Zainal Abidin berkata, Ahmad Bashah kini sedang berehat sehingga kembali pulih sepenuhnya.

"Beliau keletihan dan berasa tidak sihat sejak beberapa hari lalu. Ketika hadiri mesyuarat 
jentera parti petang semalam, keadaan beliau sangat lemah dan kami putuskan beliau perlu dirujuk ke hospital," katanya.

Menurutnya, kenyataan rasmi berhubung keadaan kesihatan Ahmad Bashah akan dikeluarkan kerajaan negeri dalam masa terdekat.

"Dakwaan beliau terjatuh dan pengsan adalah tidak benar," katanya.

Lewat petang semalam, Ahmad Bashah dikatakan rebah ketika menghadiri mesyuarat jentera parti, di Hotel Grand Alora, untuk mempengerusikan mesyuarat jentera Umno Kedah yang akan dihantar membantu PRK Kuala Kangsar sekitar  7.00 malam.

Beliau kemudian dikejarkan ke KMC dan dimasukkan ke ICU sekitar 7.30 malam.


Keletihan rupanya..! Penat jadi MB ni..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

12 ulasan:

  1. Kurang TIDOR ke.................?????
    Kesian. Terpaksa tidor dalam ICU

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kurang tidur tu lebih kurang serupa TAK CUKUP LENA lah. Apa pun semoga MB kedah cepat sembuh dan terus berbakti.

      Padam
  2. Hahaha, Putera M kata: Keletihan rupanya..! Penat jadi MB ni..!

    Kawan pun nak ulang lah: Keletihan rupanya..! Penat jadi MB ni..!

    BalasPadam
  3. Maklum lah tak biasa kerja kuat.

    BalasPadam
  4. Bukan senang kerja nak cari sponsor untuk team bola ni.

    BalasPadam
  5. Kerja kuat ramai orang buat. Masalah tak manage time bebetul, kot. Tak kontrol mesyuarat, selalu meleret hingga banyak jam pun tak habigh. Itu pasai dulu selalu tidur di upacara yang dia tak perlu bercakap.

    Maalom lah, pelajaran dia tak sampai ke situ.

    Dia dan puak dia kata Mukhriz tak kerja kuat, hujung minggu ke KL. Dia kerja kuat, tapi merely putting the time into the work - not the work into the time.

    Apahal pun, doakan dia sembuh awal. Tapi tak mahu cakap sokong dia terus jadi MB ke tak.

    BalasPadam
  6. Semua Ketua bahgian mau dia x mau Boboi, aku nak buat macamana...balik2 aku jahat...

    BalasPadam
  7. Bila kau kata "Semua Ketua bahgian" aje dah tahu kau mengarut. Takkan takda Ketua Bahagian dalam puak Mukhriz.

    Korang Projib memang tak guna otak bila cakap, macam boss kau jugak, itu pasal kes 1MDB dah sampai ke 7 negara luar menyiasat sekarang. Masih jadi PM sebab dia gunakan segala kuasa yang ada untuk menjaga kepentingan dia.

    BalasPadam
  8. Saya sebagai rakyat marhaen mendoakan agar DS Ahmad Bashah cepat sembuh..dikhabarkan telah dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang..

    BalasPadam
  9. Kes Banglo lajak laris dipulangkan srmola ke SPRM sbb perlu lengkapkan lagi siasatan... nnpk sprm sengaja ambil mudah dan cincai dng laporan supaya lapiran itu nnok cacat.... taktik melambat lambatkan kes dan sekiranya lapuran tak lengkap diterima pun srbagai krterangan mahkamah tokong akan terlepas juga nnti...Ternyata SPRM sengaja melambat lambatkan kes dan mencacatkan lapuran yg mereka buat.... hampehhh. ...

    BalasPadam
  10. Kerja jadi pemimpin ni, mental dan fizikal mesti kuat.
    Terutama yg melibatkan tekanan ke atas perasaan.

    BalasPadam
  11. Kalau dah merampas hak dari orang lain, ibarat kerja bawah mata pedang, sebab Allah tak redha orang yang merampas hak orang lain dengan kekejian. Sambil dok hospital tu bawakla banyak muhasabah sebelum terlambat. Usia pun dah senja.

    BalasPadam