Sabtu, 11 Jun 2016

Berani Ke..?


Niat kerana Allah pasti akan berjaya menghadapi apa jua keadaan..!

UMNO, tegur-tegurlah sikit


Ada pihak yang menyalak kononnya empat tahun lagi  Malaysia akan melangkah menjadi negara maju.  Tetapi  ironinya pemberian bantuan khas  kepada kakitangan awam sebanyak RM500  sempena Hari Raya  dianggap "meringankan" beban.  

Ini menunjukkan  walaupun RM500 bukanlah sebesar mana pada masa ini tetapi dalam kalangan yang berpendapatan rendah, jumlah RM500 sudah besar.  Bagi yang berkerja dengan gaji minimum, RM500 adalah setengah bulan gaji.  Kalau dalam kalangan rakyat menganggap RM500 sebagai "meringankan beban" ini menunjukkan paras kemiskinan masih tinggi.

 Maka kita yang waras  wajar  bertanya apa perlunya isteri  Perdana Menteri,  Rosmah Mansor  membelanjakan RM1.4 juta semata-mata untuk pergi menerima anugerah yang "entah apa-apa" di Istanbul, Turki baru-baru ini.  Rakyat perlu tahu pembaziran  yang dilakukan oleh  pemimpin dan keluarganya mungkin secara tidak sengaja  membelanja RM1.4 juta duit rakyat.

Teguran terhadap sikap begini  sepatutnya datang daripada dalam kalangan pemimpin UMNO sendiri.  Tetapi malangnya pendedahan begini datangnya daripada pemimpin pembangkang,  Rafizi Ramli (Ahli Parlimen Pandan)  yang dianggap sebagai bermotifkan politik oleh pemimpin UMNO.

Kalau pemimpin pembangkang bermotif politik, elok sangatlah pemimpin UMNO sendiri yang menjuarai  dalam tugas menegur pemimpin mereka. Tetapi malangnya mereka diam, sunyi dan bisu.

Pegawai Khas  Rosmah Mansor, Rizal Mansor  tidak menafikan pendedahan  Rafizi bahawa jet peribadi  kerajaan yang membawa Rosmah untuk menerima anugerah di Istanbul  disewa   RM68 juta untuk dua bulan.  Jet mewah itu untuk kegunaan rasmi  Yang diPertuan Agong, Permaisuri Agong dan Perdana Menteri.

Rosmah hanya menggunakan jet itu selama 26 jam, kata Rizal. Kalau dibahagikan,  satu hari sewanya RM1.4 juta. 

Bagi sebuah negara yang kakitangan  awamnya  gembira tidak terkata  dengan bantuan kerajaan sebanyak RM500,  nilai  RM1.4 juta  tentunya  sangat besar. Apa lagi  nilai yang sebanyak itu dibelanjakan untuk membawa isteri  seorang Perdana Menteri menerima anugerah.  

Daripada penyelidikan saya,  anugerah yang diberikan kepada Rosmah itu bukanlah  Anugerah Nobel dan tidak sepatutnya duit rakyat dihanguskan  semata-mata untuk tujuan tersebut.

Kenapa tidak menggunakan penerbangan komersil?  Saya percaya belanjanya tidaklah setinggi menggunakan jet peribadi. Tetapi  kata Rizal,  Rosmah mempunyai jadual yang ketat  termasuk  ada majlis  yang Permaisuri Agong yang perlu dihadiri di Kuala Lumpur.  

Di sinilah perlunya akal dan sikap yang bertanggungjawab.   Akal diperlukan untuk memilih di manakah yang harus diberi keutamaan antara menerima anugerah yang "entah apa-apa" dengan majlis yang dihadiri oleh  Permaisuri Agong.  Saya percaya nama Malaysia tidak akan tercela sekiranya  bukan Rosmah sendiri yang datang menerimanya.

Sikap yang bertanggungjawab pula  ialah berkira-kira untuk membelanjakan wang rakyat.  Saya tidak mempertikaikan  kelayakan Rosmah menggunakan jet peribadi kerajaan tetapi  sebaik-baiknya di tempat yang  keperluannya  sangat mendesak.  Kalau asal sahaja ada kelayakan dan digunakan dengan tidak berhemah,  itulah  yang dinamakan pembaziran  dan penyalahgunaan kelayakan.

Pemimpin yang baik dan berjiwa rakyat  akan  sentiasa memikirkan perihal keperitan rakyat.  Ketika sebahagian besar rakyat terpaksa ikat perut  dan terpaksa membuat dua tiga kerja untuk menampung kos sara hidup yang melonjak,  di sinilah perlunya pemimpin yang ada keinsanan yang tinggi.  Tidak cukup sekadar menasihatkan rakyat jangan membazir pada bulan Ramadan tetapi pemimpin sendiri tidak menunjukkan sikap berbelanja yang berhemah.

Bagaimanapun saya percaya  tindakan  Najib mengizinkan Rosmah menggunakan jet peribadi  bukan suatu yang disengajakan.  Mungkin ada sedikit kelekaan yang niatnya baik tetapi kesannya tidak begitu baik.  Di sinilah perlunya pemimpin-pemimpin UMNO   dan wartawan-wartawan  berpengaruh   menegur atau menyedarkan pemimpin utama mereka yang mungkin terleka.

Saya tidak percaya  Najib akan mengambil tindakan ke atas mereka kerana menegur dengan tujuan yang baik.  Tetapi kalau diambil tindakan atau dipecat sekalipun apa salahnya kerana membuat sesuatu yang baik untuk  rakyat.  Apalah gunanya hanya menjaga "tembolok sendiri" dan takut hilang jawatan padahal  kita boleh mengubah keadaan itu  sekalipun diri menjadi korban?


Tapi kalau niat kerana lain..memang ler takde keberanian..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

24 ulasan:

  1. Memang tak masuk akal. Alasan guna jet kerana jadual ketat. Asasnya hippo tak layak gunakan jet tersebut. Cakaplah alasan apa pun. Terima anugerah bukan tugas rasmi. Tugas rasmi contoh menghadiri persidangan, itu pun bersama suami yg berjawatan pm.
    Permata adalah sebuah projek. Kalau sebab ini nak dihalalkan, semua isteri2 menteri yg menjadi penaung sesebuah projek layak menggunakan jet tersebut utk urusan resmi diluar negara.
    Unno jangan nak yes je. Salah pun korang kata yes. Kalau tak melibatkan duit negara, lantaklah dia. Rakyat ikat perut jimat cermat, yg atas boros.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mari kita buat MATEMATIK MUDAH.

      Sila KIRA berapa JUMLAH BRIM yang kita dapat dalam SETAHUN??

      Cuba KIRA berapa JUMLAH GST yang kita bayar untuk barang keperluan kita dalam SETAHUN??

      JUMLAH yang mana LEBIH BESAR ??

      Tangan kanan MEMBERI, tangan kiri MENGAUT (malah lebih lagi).

      Padam
    2. Kalau dia kecualikan rakyat pendapatan rendah dari GST lain lah, ye tak? Bikin cukai jenis lain le. Cukai rakyat yang pendapatan tinggi saja. Yang bukan rakyat juga.

      Apa? Takut pelaburan asing lari? Kalau lari pun bukan sebab kena cukai. Lari sebab khuatir politik tak stabil akibat kelakuan politik tak betul, songlap duit berbilion dsb nya.

      Padam
  2. Tak yah nak kona baring alih tiang gol lagi la wooii... DEKLARASI SELAMATKAN MALAYSIA APA DAH JADI.. TAK YAH SOROK3 KATA DAH SMPI 2 JUTA TAK KAN NAK SOROK2 TIANG GOL LAGI... TUNJUKKAN SENARAI TU... BUDAK BUAH NAGA DEBAB TU MCM DAH MEROYAN TAK.SAMAN2 LAGI BUDAK AZZAMIDDIN.... MOMOK BILANPLAK NAK SAMAN BUDAK TU....

    BalasPadam
    Balasan
    1. SIBUK KEMPEN NAK KALAHKAN CALON UMNO, SEKARANG, MAT. NANTI SPORE COURT CASE NAIK, KAU TENGOK LE DA KELUOR KE NAMA BOSS KAU. KALAU TAK, TUNGGU SIASATAN PIHAK BERKUASA AMERIKA. ATAU 5 BUAH NEGARA LAIN TUH.

      Padam
  3. Dulu Arwah tun abdul razak pernah menyuruh isterinya tun rahah membeli tiket kapal terbang jika ingin mengikuti beliau atas urusan negara.

    Hari ini anaknya najib melakukan perkara diluar tabii apabila menyewa sebuah kapalterbang selama 26 jam dengan kadar sewaan bernilai 1.5 juta semata mata untuk rosmah pergi ambil hadiah di turki.

    Persoalan lain, kenapa berpuluh puluh beg diangkut masuk terus kedalam kabin penumpang kapalterbang. Kenapa tak masukkan saja kedalam bahagian simpan barang pesawat?

    Adakah ini bermakna terdapat barang bernilai ingin diseludup keluar negara?

    Ternyata perbuatan pembaziran dan penyeludupan ini adalah kerja petualang dan pengkhianatan terhadap rakyat dan negara ini!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus malumat tu, Bang - Arwah tun abdul razak pernah menyuruh isterinya tun rahah membeli tiket kapal terbang jika ingin mengikuti beliau atas urusan negara.

      Dengan skandal 1MDB terhutang RM53 bilion dan RM2.6 bilion (kamdian di laporkan RM4.2 bilion) masuk ekaun ekaun bank dia, kesian ruh Tun Razak di kubur nya.

      Tak boleh nak undi UMNO di bawah pimpinan Najib di 2 PRK tuh pada 18 Jun ini. Kalau tak, akan melanda landa kelakuan tak betul macam itu.

      Padam
  4. Lah macai ini cakap najib menbazir ,lihat tun m Dan keluarga dia ke hulu kehiri naik jet pribadi tak pun orang bising, lupa mukhriz naik jet pribadi tiap minggu balik k.l Tak ADA orang hiding pun ITU hak dia.

    Lupa CAI program permata untuk kanak2 belajar untuk program persembahan di turkis, APA program anwar buat untuk pkr hanya melancap depan labtop,

    Kepada macai protun atau macai rba' bini jakowi naik sewa jet pribadi untuk ada kan program negara,bini PM British sewa britishways untuk program negara dia hadiri, Bini obama pun pergi ke jepun naik air force one untuk program negara.

    Aku cadangan ahli pkr naik tongkang jika pergi indon hadiri program parti pkr ITU, aku cadangkan bila anwar jadi PM naik tongkang pergi negara ASEAN jika ADA progaram, pergi turki naik tambang murah

    Tak ada bini PM atau bini president naik jet tambang murah jika menghadiri program negara, sebab faktor keselamatan isteri pm perlu ambil Kira, malah obama atau jakowi pun tak akan benarkan Bini dia naik tambang murah, ADA faham tak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lu tipu...!!! Mukhriz ulang alik alor setar-KL naik Firefly tau tak...!! Lu memang dasar pembelit....!!

      Padam
    2. dr m tu PM ke? asshole

      Padam
    3. Bakpa nak alih tiang gol, Mamat 3:13 PG? Orang nak score gol Najib, apasal ko nak alih kpd Tun Madey pulak?

      Kau dah takut kena score 20-1 ye? Kau sorang aje Projib di sini Jing Projibo Fly Kite, tapi ada 20 Protun.

      Orang tak suruh bini PM naik jet tambang murah, suruh naik penerbangan commercial biasa aje, pasal kau cakap jet tambang murah pulak? Kau ni bodoh sangat ke, Jing Projibo.

      Padam
  5. Chai 3.13 bertaubatlah...

    BalasPadam
  6. 4.02
    napa boboi dan momok buat demo tak berapa nok menjadi di Dataran Merdeka guna porshe rakyat jalan kaki nok mampos....

    BalasPadam
    Balasan
    1. duit rakyat ke tu? itu kereta dia bukan kereta kerajaan

      Padam
    2. Kereta posceh hasil dia melantak 22tahun duit kerajan ADA faham tak CAI, Tampa hasil 22tahun tak dia dapat dia naik kereta posche, dia mana ambil tahu APA berlaku pada proton dia hanya pergunakan proton untuk kroni kaya raya ADA faham tak CAI, dia suruh Rakyat naik proton sedangkan anak dan dia sendiri tak naik proton tak tahu kualiti proton itu.

      Padam
    3. Makna bukti hasil dia melantak 22tahun duit kerajan? Mn bukti? Cakap lah.

      Asyik nak alih tiang gol, asyik nak duduh tanpa bukti, asyik nak negakkan benag bansah dah kena lendir you know who - apa daaaaaa ko boro

      Padam
    4. Sdr.7.38, tulisan pencacai 6.24 ni hasil Dari didikan mak bapa dia, dia sendiri ngaku. Mak bapa dia jugalah menyuruh dia maki hamun orang lain.

      Dia juga beri contoh duit 1mdb HILANG umpama "duit lima ringgit HILANG ditengah jalan"

      Kesian kan pencacai sekor ni?

      I see....

      Padam
  7. Badak dah siap sedia bawa harta karun simpan di turki.
    10 buah beg hand luggage yg nampak sangat berharga.
    Untuk perjalanan ke turki 1 hand luggage barang peribadi adalah normal. Kalau 10 dah mencurigakan. Tiada kastam check pun.
    Terlalu banyak perkara yg disorok dan dirahsiakan tapi ada saja hamba Allah yg sempat merakamkan perbuatan dia. Lambat laun terbongkar juga....berserah saja pada Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. merangkaklah kau nnt diakhirat nk jawab dpn Allah fitnah dahsyat dalam bulan Ramadhan ini. org2 mcm ini 22 tahun lebih mreka biasa hidup mcm xbertuhan, jnji kuasa dlm tgn wang dlm temolok jgn dilepaskan. mtlmat mnjhamkn org lain.

      Padam
    2. 7.06 "merangkaklah kau nnt diakhirat nk jawab dpn Allah fitnah dahsyat..."

      Membaca tulisan pencacai sekor ni, secara otomatik keluar senyuman....

      Ingat ye chai, kita tengok sape yg merangkak.

      Oh ya, kalau senyuman bukan marah apa maksudnya chai?

      Tak perlu takut, tak perlu tunggu diakhirat, kerana di dunia ini Allah akan bayar cash.

      Padam
    3. Kau matlamat apa, Dol 706? Kau masih nakkan orang yang dah merata dunia tahu buat tak betul hingga 7 negara siasat 1MDB tuh ke?

      Padam
    4. Sampai bank yg establish pon kena tutop tu apakebendanya??

      Bayar kat company Aabar palsu. Ada ke bolehkan tak siasat dulu company tu company betul ke tak. Tak teliti dulu ke sebelum bayar? Tapi kata bisnes bilion2 bunnyi gah macam petir berdentum.

      Dah tau Aabar tu Aabar palsu tapi tak de pulak nak siasat sape dalangnya. Sape yg ambik sapu duit tu. Semua senyap je.

      Pastu kata sain tak baca. Tak tau apa2.

      Padam
  8. Ayam kepala musang tu ada badi ke? Takda kot. Tak berani sue WSJ pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tunggu hari selasa akan datang.
      Kalau Selasa datang Najib saman lah. Tapi kalau Selasa tak muncul muncul nampaknya tak saman lah.
      So senang kan kan kan.
      Lepas tu boleh lah fly kite ITU

      Padam