Khamis, 30 Jun 2016

Husni Menjauhkan Diri..!


Mesti bersebab..!

Husni menjauhkan diri dari UMNO


Rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri,  Najib Razak semalam tidak membawa suatu yang menarik kecuali perletakan jawatan Menteri Kewangan II,  Ahmad Husni Hanadzlah.   Husni bukan sahaja melepaskan jawatan dalam Kabinet malah  semua jawatan dalam UMNO; Bendahari Umno dan Bendahari Agung BN, Timbalan Pengerusi Umno Perak, Timbalan Pengerusi BN Perak, Ketua Umno Bahagian Tambun dan Pengerusi BN Parlimen Tambun.

Tindakan  tegas Husni  dilihat  memberikan tamparan hebat kepada Najib di sebalik banyak pemimpin dalam UMNO yang memburu jawatan dan kedudukan yang tinggi, tertinggi dan paling tinggi.  Apa lagi  Husni tidak memberikan alasan spesifik sebaliknya  di atas sebab-sebab peribadi.

Sebagai makluman, Husni telah diarahkan oleh Najib sebagai orang yang bertanggungjawab memberikan kenyataan mengenai skandal 1MDB.  Malah Husni adalah individu yang paling tahu apakah yang berlaku sebenarnya di sebalik skandal tersebut.

Berdepan dengan kejadian begini,  kita perlu membaca yang tersurat dan lebih yang tersirat.  Sebagai wartawan saya sama sekali tidak boleh menerima perletakkan jawatan itu  suatu yang biasa.  Saya melihat ada banyak yang tersimpul di sebalik tindakan Husni itu.  Tetapi wartawan tidak boleh menulis kecuali mendapat lampu hijau dari Putrajaya.

Apa lagi cybertrooper pro Najib sudah mulai  "menembak" Husni. Kalau cybertrooper yang mempunyai hubungan dengan Putrajaya  bertindak demikian,  itu bukan tindakan pandai-pandai.  Mereka sudah mendapat wahyu kerana mereka mendapat upah untuk menyerang siapa sahaja  yang tidak sehaluan dengan tuannya.

Kita yang mempunyai akal dan fikiran jangan "membaca"  semua orang  meletakkan jawatan benar-benar di atas masalah peribadi yang kononnya hanya individu itu sahaja yang tahu.  Biarlah sesetengah pihak cuba untuk memandang ringan apabila ada orang meletakkan jawatan. Hakikatnya mesti ada sesuatu.

Husni seolah-olah mahu menjauhkan diri daripada UMNO sebab itu dia bukan sahaja mengundurkan diri dari Kabinet.  Husni telah memboloskan dirinya daripada warna-warna UMNO yang tercalar integritinya apabila  dilihat bersekongkol dengan perbuatan yang bertentang  integriti.

Karakter Husni sangat jauh berbeza dengan beberapa Menteri yang bertindak sebagai panglima Presiden UMNO,  menyerang dan membelasah orang yang tidak sehaluan dengan ketuanya secara melulu, kebudak-budakan, dangkal  dan sedikit biadab.  Husni bukan begitu,  dia hanya bercakap yang perlu sahaja tentang tugasnya sebagai Menteri Kewangan II.

Kalau hendak diistilahkan sebagai "kehilangan",  UMNO benar-benar kehilangan seorang pemimpin yang tinggi integriti, bertanggungjawab sekaligus memancarkan  pemimpin UMNO yang diperlukan sekiranya UMNO mahu hidup "seribu tahun lagi" (meminjam kata Chairil Anwar).


Lu Fikir La Sendiri!!!

17 ulasan:

  1. husni hanya retak menunggu belah..dah lama hasrat nak berundur ttp najib masih perlukan. kena waktunya dia terpaksa juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapalah macai protun tak cakap bila anwar buang Dari kebenat retak menunggu belah,
      He.he.he

      Padam
    2. 126 komen bodoh

      Padam
    3. Cakap apa pun, aku langsung tak respek husni. Keadaan dah teruk baru nak blah. Dia sama2 bersekongkol dgn bugis. Kenapa dia tak backup tsmy? Kenapa biarkan tsmy dan mukris? Letak jawatan skrg dpt apa??
      Husni....dia sama2 menjadikan keadaan msia parah.
      Husni....you re too late? Takde makna.

      Padam
    4. Begini cara nya tak nak jadi bodoh:

      1. komen berdasarkan tajuk dan isi kandongan pos
      2. bila jawab komen, tuju kpd kes yang di sebut di komen itu
      3. jangan sebut kes yang tidak kena mengena
      4. jika buat demikian, di kata bodoh, terima, jangan marah

      Padam
  2. Robak kebenat perkara biasa dalam pentakbiran negara, tun m berapa kali rombak kebenat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Robak kebenat ni menatang apa? Lobak kabaret? Ombak berkarbonat? Pentakbiran tu menatang apa? Pentakbiran tu macam bila PAS masuk Putrajaya keeee? Mwahahaha.

      Padam
    2. 337 komen bodoh

      Padam
    3. "Robak kebenat".... hahaahahha...bangla pun da dilantik jadi cybertrooper jibby ke??? Pilih la yg berkualiti sikit.. ahahahahagaga

      Padam
  3. integriti dap sedang menungu disumbat ke dalam bambo river selama dua tahun he.he.he, APA lagi tungu macai protun selamatkan integriti dinasti lim ITU, kalau zaman tun m dah lama orang tak sehaluan dengan di sumbat ke bambo river Dan di malukan seperti tun musa, tun ghafar Dan lain orang tak selaluan dengan dengan diarah berhenti, anwar murid tun m pun tun m simpan walau dia tahu anwar kaki jambu,sehingga anwar lawan Bos tun m barulah tun m buang dia, teruk betul tun m ITU simpan orang kaki main belakang Dan orang kasavova selagi orang setia ,selagi ITU tun m simpan orang macam Jenis macam itu, faham2 je lah siapa orang itu
    He.he.he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau ni bodoh. Orang nak selamatkan UMNUU ITU. Kau yang sibuk nak jahanamkan lagi. Mwahahaha. Biol.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  4. Hantu Raya akan melindungi tuannya selagi tuannya sentiasa menjamu telor dan dan darah ayam sebagai makanannya.

    BalasPadam
  5. Anggap jer lah dia nak berehat. Buat apalah susah2 fikir dan speculate nak menabur fitnah jer kerja. Orang tu tak cakap apa pun. Blogger ni makan dedak Tun ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Komen ini ada isi. Tapi menanya blogger in makan dedak tun tu bodoh.

      Padam
  6. Banyak komen bebudak setakat ini. Nanti aku lapang nak tulis komen yang tak kebudakan.

    Sementara itu harap ada lain lain orang yang boleh keluarkan pendapat yang semenggah.

    BalasPadam