Isnin, 28 Disember 2009
Hishammuddin Cukup-Cukuplah Tidur!!!
Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil keterangan daripada ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah berhubung kenyataannya yang didakwa cuba menakut-nakutkan polis.
"Kita akan memanggil Hian Wah dalam waktu terdekat untuk dirakam percakapannya bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
Beliau berkata kenyataan ADUN itu dalam media yang mengarahkan polis menghentikan siasatan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng adalah satu kesalahan dan seolah-olah cuba menakut-nakutkan pihak polis.
"Ingin saya tegaskan, Yang Berhormat jangan cuba menakut-nakutkan kita dengan memberi arahan supaya tidak meneruskan siasatan ke atas Guan Eng," katanya.
Komen Penulis
Rakyat sedang menanti hasil dari siasatan pihak polis ini, sesungguhnya rakyat terbanyak ingin melihat pihak polis PDRM bertegas dan sedia mengheret sesiapa jua yang dibuktikan sabit melakukan kesalahan. Penulis juga percaya bahawa PDRM komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
Sudah banyak perkara yang jelas melanggar akta dan undang-undang terjadi disebabkan oleh pihak pembangkang, beratus-ratus laporan polis dibuat namun ianya masih lagi tidak berjaya untuk dikemukakan ke mahkamah bagi tujuan pendakwaan.
Isu penderhakaan kepada raja-raja terutama kepada Paduka Seri Sultan Perak, Isu duit zakat, isu hak keistimewaan, isu Islam agama rasmi, isu khalid gereja, isu bahasa, isu ladang babi, isu sivakumar, isu nizar, isu azan, berkait lina joy, isu berkait kartika dll yang jelas setakat ini hanya tinggal laporan polis dan tidak mendapat 'perkenan' dari AG untuk diambil tindakan.
Persoalannya apakah AG terlalu kekurangan pendakwaraya yang berkaliber untuk mendepani puak-puak jahiliah dari DAP dan PKR terutamanya yang banyak dibarisi oleh barisan peguam atau AG sendiri terlalu kerdil takut dan bacul serta ada diantara mereka yang mempunyai hati perut seangkatan dengan pembangkang dalam menggagalkan apa jua kes yang cuba nak dibawa?
Sesungguhnya kebiadapan pembangkang terutama pemimpin-pemimpin DAPig dalam mengeruhkan perpaduan kaum dan membangkitkan perasaan sakit hati berkenaan agama dan lain-lain perkara yang sebelum ini dianggap sensitif telah sampai kepada peringkat bahaya. Jangan sampai orang melayu/islam mengambil tindakan sendiri dan dikala itu semuanya tidak berguna lagi...
Apakah Menteri Amaran tidak merasakan sesuatu yang memalukan dan tercabar sekiranya puak pembangkang sudah sampai kepada peringkat melampau dengan mengarah dan mengugut pihak polis untuk memberhentikan siasatan! Apakah Menteri Amaran melihat moral anggota PDRM yang dihina sebagai suatu bahan jenaka dan tidak perlu kepada pembelaan yang tegas dan 'keras'? Apakah Menteri Amaran GAGAL melihat bahawa jolokan demi jolokan yang dibuat oleh DAPig telah menimbulkan suasana tidak tenteram dikalangan rakyat? Apakah ini juga sudah membuktikan bahawa KPI Menteri Amaran sudah amat baik dan cukup disenangi oleh Perdana Menteri?
Hishammuddin perlu membuktikan bahawa beliau bukan sahaja 'jantan' didalam gelanggang UMNO malah beliau juga merupakan jaguh kepada rakyat dalam menegakkan undang-undang negara serta menjadi pembela kepada setiap insan yang bertugas di bawah kementerian yang beliau terajui.
Beliau bukan sahaja perlu membuktikan bahawa darah 'turki' kepimpinan ayahanda dan nenda yang beliau warisi amat diperlukan oleh rakyat dan ahli parti malah hubungan sepupu juga bukannya satu kepastian untuk beliau merasa 'selamat' dalam dunia politik yang serba mungkin kini.
Seharusnya beliau sedar bahawa apa yang beliau warisi dan ada kini merupakan kekuatan untuk membuktikan bahawa beliau sebenar-benarnya pemimpin yang berani, tegas, bijaksana dan dinamik dalam setiap gerak dan tindakan. Pemimpin yang kental ialah pemimpin yang berjaya menempuh dugaan baik diwaktu susah dan senang, seperti kentalnya beliau apabila berjaya memohon maaf dalam isu keris satu masa lalu...
Lu fikir La Sendiri!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Hishamuddin dok diam dan hanya menunggu masa bila dia nak jadi TPM dan seterusnya PM!
BalasPadammemilih jalan selamat kadang kadang belum tentu selamat..siapa menteri kabinet yang akan jadi panglima perang Najib?nampak macam semua layu tak bermaya je..
BalasPadamsalam pemerhati,
BalasPadammungkin! segalanya mungkin, kerana hidup adalah serba mungkin ...
terima kasih
salam anon 1804,
BalasPadamsetuju bahwa politik ialah seni serba mungkin..
setakat ini belom ada wajah-wajah panglima sebenar bukan sahaja kepada najib malah kepada UMNO itu sendiri...kita tengok arus 2010 nanti, mudah-mudahan UMNO berubah kepada yang lebih baik
terima kasih
tak pernah aku setuju DS hishamnuddin jadi Menteri KDN... dia tak layak.. dia penakut... dia terlalu memikirkan implikasi sesuatu tindakan tuh walaupun tindakan tu adalah utk survival bangsa dia sendiri..
BalasPadamcium keris pun nk mintak maaf.. apa kejadahnya! ingat sikit, asal usul tanah bertuah nih bertuankan melayu berajakan Raja-raja MELAYU!
Nasib org melayu skrg betul2 dihujung tanduk yg tak sampai berapa milimeter tuh... klu berterusan mcm nih.. tak mustahil satu hari nnti frasa "Melayu dan legasinya" hanya boleh didapati dkt Muzium2 je..
salam Tasek,
BalasPadamtidak sekali-kali kita membenarkan melayu dan legasinya ke muzium....tidak!
terima kasih