Selasa, 15 Disember 2009
UMNO Kelantan? Ada Ker...?
1. Saya agak terkejut apabila mendapat tahu bahawa amalan kronisme dalam merompak hartanah perbendaharaan Kerajaan Negeri Kelantan.
2. Selepas saya sendiri turun ke Kota Bharu, Kelantan, saya mendapati Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (PMBK BRI) telah menjual beberapa bidang tanah Kerajaan Negeri Kelantan secara kormersial.
3. Saya minta pihak berwajib menyiasat pembelian Tanah Perkuburan Islam di Jalan Hamzah.
4. Saya minta pihak berwajib menyiasat misteri yang menempatkan Pasar Borong Baru Wakaf Che' Yeh yang asalnya merupakan rizab tanah wakaf untuk tujuan perkuburan. Sumber Korporat memberitahu, tanah tersebut dimiliki oleh Sensa Timur Sdn. Bhd. Selebihnya, sila dapatkan penjelasan dari Peguam Nordin Noor.
5. Sila siasat bersama pembelian sebidang tanah wakaf untuk rizab perkuburan Islam di belakang Hotel Perdana. Dipercayai Kelantan Trade Center (KTC) yang sekarang tersergam indah turut didirikan di atas sebahagian kecil tanah wakaf tersebut.
6. Saya juga berharap pihak berwajib dapat menyiasat bagaimana 5 ekar tanah perkuburan di Telipot (Kg. Puteh) yang menempatkan Bengkel MPKB-BRI (hampir 20 tahun) akhirnya dirobohkan, semata-mata untuk dijual kepada seorang kronis EXCO.
7. Satu lagi, dilaporkan, kroni EXCO terbabit diminta membina pejabat "sementara" MPKB-BRI di atas tanah wakaf perkuburan di Panji, tetapi apa yang didapati ialah, pejabat "sementara" tersebut yang berupa "kontena" terus digunakan selama 19 tahun. MPKB-BRI dilaporkan menggadai sebidang tanah wakaf di Telipot (kontra) bernilai RM15 juta kepada kroni terbabit untuk membina prasarana sementara (kontena) yang dikhabarkan nilainya tidak sampai RM5 juta (keseluruhan projek termasuk tanah).
8. Saya tidak mahu menuduh Datuk Takiyyuddin Hassan terlibat kerana dia adalah EXCO yang menjaga MPKB-BRI. kerana dibimbangi ada orang Pas kata saya ini berniat jahat dan tidak ada adab berjemaah dalam Pas.
9. Kalau boleh ditanya, sila tanya siapa Peguam Nordin Noor di sisi Takiyyuddin dalam pemilikan beberapa harta MPKB-BRI secara penuh misteri. Kalau boleh ditanya kepada Nik Muhammad Abduh Nik Mat sekali, sebab dia ini dikenali sebagai orang bijak pandai agama di Kelantan.
KEFAHAMAN MENGASAK PERUBAHAN
Zainulfaqar Yaacob
Komen Penulis :
Bukan hal sangat apa yang diutarakan diatas kerana segala penyelewengan Kerajaan PAS Kelantan yang diterajui oleh N.Ajis selama hanpir 20 tahun memerintah amat banyak dan berjaya di dedahkan oleh ramai sahabat-sahabat bloggers. Ditambah pula dengan pendedahan kamikaze yang dilakukan oleh kambing japnapari husam kusam @ gampangman selepas dibuang oleh menantu hantu.
Persoalannya ialah kemana perginya suara 'perjuangan' UMNO Kelantan? Apakah UMNO Kelantan terus merasa 'nikmat' didalam pelukan pemerintahan ulama sesat PAS itu? UMNO Kelantan dilihat terus kebulor dengan nasi kangkang yang disuapkan oleh tok guru sesat PAS itu..
UMNO Kelantan seakan tidak puas-puas untuk terus menerus meminum air kahak mur SHIT dol am PAS itu yang jelas menghina dan menafikan keislaman mereka... UMNO Kelantan seakan-akan turut sama menumpang peluang 'syurga' tok guru sesat PAS N.Ajis kerana tidak pernah bangkit untuk memperlihatkan arah perjuangan yang kukuh, jitu dan padu untuk merampas tampuk pemerintahan kerajaan negeri.
Kalau setakat berhimpun 20-30 orang didepan bangunan SUK tempohari hanya untuk mengecam tindakan N.Ajis yang berdoa 'jahanam' kepada Najib belom dinamakan 'bekerja' dan berjuang... tindakan itu pun masih dipertikaikan kerana hanya 'respond' kepada isu yang menyentuh batang tubuh najib... mengampu jer tuh!
Kalau UMNO negeri lain bertungkus lumus untuk mempertahan dan merampas kembali kuasa sepatutnya UMNO Kelantan lebih lagi mampu untuk berusaha, ditambah pula dengan banyak nya isu yang memihak kepada mereka dek kerana kesesatan tok guru penjaga syurga yang semakin terserlah, kepincangan dalam kepimpinan kerajaan, perpecahan didalam PAS Kelantan, kemunduran, isu masjid, tokong dan kuil dan lain-lain yang
banyak untuk di jadikan 'peluru'.
Apapun kata orang kalau dah seronok dengan keadaan begitu susah la, lebih lagi kalau ada 'untung' yang datang....lebih lama, lebih seronok dan lebih untung!!!
Lu Fikir La sendiri!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam,
BalasPadamtawadduk sungguh nu...
huhu,
BalasPadamtkasih junah
...UMNO Kelantan masih wujud..cuma mereka tidak berminat untuk jadi MP atau ADUN..berapa sangat elaun MP atau ADUN..ciput je ..mereka lebih berminat untuk berperang sesama sendiri untuk merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian yang menjanjikan habuan yang sangat lumayan..lagi bagus kalau UMNO kalah disemua kerusi DUN dan Parlimen dalam kawasan mereka.. semua peruntukan wang untuk kawasan DUN dan Parlimen akan dikawal dan diurus oleh Ketua UMNO Bahagian..RM600,000.00 setahun dan pernah zaman Pak Lah dulu diberi RM 2 juta..itu tidak termasuk projek-projek mega seperti pembinaan jambatan, jalan, sekolah..pun mereka juga sapu..
BalasPadam..PAS nak tadbir negeri Kelantan sampai kiamat pun mereka tidak kisah..mereka tidak bermusuh dengan PAS, mungkin nak tumpang tiket PAS untuk ke surga..musuh yang perlu ditentang habis2an ialah orang yang bakal menjadi pencabar jawatan Ketua UMNO Bahagian...
Wak Long
salam wak long,
BalasPadamtau tak per! itu lah agenda perjuangan kebanyakkan dari mereka!
terima kasih