Rabu, 23 Disember 2009
UMNO Berubah???
Betul ke UMNO dah berubah? UMNO sudah mengatur gerak dan langkah untuk kembali diterima oleh rakyat? Apakah benar bahawa pemimpin dan ahli UMNO telah benar-benar menginsafi bahawa kepahitan atas kekalahan besar dalam PRU 12 yang lalu tidak akan berulang malah akan bangkit merampas semula kerusi yang hilang?
Ketepikan dulu pandangan kepada parti komponen yang lain, kerana melihat parti-parti komponen seperti MCA, Gerakan, MIC, PPP pasti UMNO akan mudah untuk menuding jari dan mencampakkan beban kekalahan kepada mereka. Dari satu sudut memang ada kebenaran bahawa parti-parti komponen jelas lemah, berpecah malah ditolak oleh majoriti kaum yang mereka perjuangkan. Malah ada juga parti komponen yang biadap bersuara seakan-akan parti pembangkang didalam komponen apabila membicarakan isu ketuanan melayu.
Tapi apa yang nak diketengahkan disini ialah ahli dan pemimpin UMNO itu sendiri, apakah UMNO sudah benar-benar melakukan transformasi politik dalaman seperti yang disebut oleh Presidennya DS Najib. Kalau dilihat kepada perkembangan politik semasa UMNO masih belum sepenuhnya pulih dari 'kecederaan' yang dialaminya.
Hakikat bahawa UMNO masih tidak berpadu, tidak didalam 1pasukan, senang cakap berpecah, walaupun tidak dilihat dimata kasar tetapi pengamatan dan pergaulan penulis sepanjang ini terutama sejak dari PAU UMNO bulan Mac yang lalu dibawa kepada pembentukan kabinet hinggalah ke hari ini jelas bahawa rupanya suasana pertandingan dan pemilihan parti telah meninggalkan parut kepada pemimpin dan ahli parti yang cukup berjasa kepada bangsa ini.
UMNO negeri-negeri terutama di negeri yang diperintah oleh pembangkang masih senyap dan sunyi, lesu dengan aktiviti, UMNO PP bukan berdepan dengan DAPig semata-mata tetapi ditikam pula oleh Sukun dan Gerakan, Di Selangor cukup dengan menamakan Najib sebagai Pengerusi Perhubungan dan Noh sebagai Timbalan sementara yang lain sebok dengan 'dunia' masing-masing. Di Wilayah Muhyiddin masih tidak mendapat 'respect' sebagai Pengerusi dan tak nampak usaha UMNO Wilayah mengatur gerakan untuk menawan hati rakyat, sedangkan di Wilayah lah 'pusat' untuk menegmbalikan keyakinan rakyat kepada UMNO tapi timbul pulak masaalah KB merangkap Supol tempohari.
Di Terengganu Pengerusinya dengan bangga menjelaskan kepada rakyat bahawa masaalah 10 budak hitam telah selesai dengan kembalinya mereka hadir di dalam persidangan DUN yang lepas tapi dalam DUN yang berakhir tadi lain pula ceritanya, Setakat ni Pengerusi merangkap Menteri Amaran belom lagi mengeluarkan 'perutusan baru' kerana mungkin sedang bercuti kot...
UMNO Kelantan seluruh alam dah maklum bahawa nikmat duduk dibawah kelengkang tok guru sesat, UMNO Kedah dengan nakhoda masing-masing, sehingga hari ini penerimaan mereka kepada Shafie Apdhal masih sinis kerana Shafie hanya menjadi orang Kedah bila malam jer kerana bini nya orang Kedah. Shahidan di Perlis, Mohd Hassan di Negeri Sembilan, Ghani dengan Zapinnya di Johor, ini belum lagi kita melihat sayap Pemuda yang tetap berpuak KJ dan Mukhriz, Wanita dengan halnya begitu juga Puteri.
UMPG ( UMNO Members Parlimen Group ) dilihat tidak berfungsi apabila gagal menyelaras kehadiran ahlinya didalam sidang Parlimen 14 hb yang lalu, diberitakan bahawa ada setengahnya yang masih terus bercuti dan dilaporkan 14 orang anggota kabinet kerajaan (BN) Menteri dan Timbalan sedang bercuti hingga 4 hb Januari depan.
Budaya bercuti ini sama ada UMNO atau yang lain-lain perlulah dihentikan! Dalam Persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara, PM perlu tegas untuk membekukan cuti kepada siapa jua, adalah tidak bertanggungjawab kepada siapa jua yang bergelar Ahli Parlimen sama ada berjawatan atau tidak untuk bercuti dimasa Dewan sedang bersidang.
Bangunlah pemimpin dan ahli UMNO! Pemimpin UMNO mesti terlebih dahulu bertindak dan mengatur gerak, bukan membiarkan ahli dan anak buah tertunggu-tunggu rentak dan tindakan seterusnya kerana ahli memerluakn bahan dan penerangan untuk berdepan dengan rakyat di pasar-pasar, warung-warung, masjid dan surau, balai raya, kenduri kendara, kampung-kampung dan pekan-pekan.
Kerana dalam pengalaman penulis yang sedang mengatur ceramah pemimpin UMNO di seluruh bahagian, masih banyak jawapan dan rungutan oleh Setiausaha bahagian, AJK dan kepimpinan di peringkat Bahagian yang mahukan ceramah dibuat tapi terpaksa ditunda atau menunggu 'pelepasan' kerana Ketua Bahagian tiada didalam negara atau pun sedang bercuti!!! cuti lagi!!!
Sendiri Mau Ingat!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
SLM BRO..BG NEGERI YG BERNASIB BAIK X DI PERINTAH OLEH PUAK GROMBOLAN FUCKATAN TU KENA LA BERJAGA2. BKN SENANG NAK DPT BALIK BILA DH TERLEPAS. BILA BTUL2 DH TERLEPAS, ANUWAR AKAN KATA "BRG YG LEPAS JGN DI KENANG..KLU DI KNANG MEROSAK BADAN!"..BYGKAN MCM MANA UMNO DGR MASA TU!..TAK SAKIT KE HATI DIORANG NANTI??..
BalasPadamsalam bro,
BalasPadamkerana kelemahan UMNO lah selama ini yang menyebabkan pembangkang menjadi kuat walhal, itu sebab pemimpin dan ahli parti perlu dibangkitkan dari lena dan selesa dengan apa yang berlaku kini. menjadi tugas bloggers untuk membangunkan mereka, lagi pun bukan semua yang tidur!!!
terima kasih bro