Jumaat, 8 Julai 2011

Menjelang 9 Julai...Jangan Salahkan Polis!!!


















Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis terpaksa mengambil langkah mengetatkan kawalan untuk menentukan keselamatan orang ramai dan ketenteraman awam terus dikekalkan.

"Sekatan-sekatan jalan raya di tempat-tempat tertentu terpaksa diadakan untuk mengelakkan kumpulan-kumpulan pengacau daripada memasuki ke bandar raya," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata tindakan itu adalah juga kerana penemuan senjata sebelum ini yang meningkatkan kebimbangan bahawa ada pihak yang berniat untuk menimbulkan huru-hara.

"Maklumat juga menunjukkan mereka merancang untuk berdemostrasi dan berarak di beberapa lokasi di dalam bandar raya ini," katanya.

Ismail mendedahkan kumpulan-kumpulan ini turut merancang akan menggunakan masjid-masjid tertentu di sekitar bandar raya untuk berhimpun.

"Mereka telah bergerak masuk ke KL (Kuala Lumpur) secara persendirian dan kumpulan kecil untuk mengelak dikesan dan ditahan polis," katanya.

Ismail turut menegaskan perintah larangan yang dikeluarkan terhadap 91 orang untuk tidak dibenarkan berada dan berhimpun di beberapa tempat KL, bukan sahaja untuk mereka sahaja tetapi juga kesemua penyokong mereka.

-- BERNAMA

SENDIRI MAU INGAT!!! LU FIKIR LA SENDIRI!!!

2 ulasan:

  1. harap pihak polis bagi sesuatu yang boleh menyegarkan ingatan kekal mereka yang akan berdemo haram esok untuk bertaubat nasuha untuk berdemo haram lagi di masa hadapan.

    BalasPadam
  2. kerajaan sejak era dollah da lemahkan PDRM...itulah silap paklah yg paling besar.. dia dipergunakan oleh kaki liwat..semalaysia..caya sgt akhirnya paklah terpaksa turun dari tampuk kuasa...

    BalasPadam