Rabu, 21 September 2011

Kenapa Sanusi Tampar Koh Tsu Koon?











Dipetik dari laman blog Tan Sri Sanusi Junid... Jelas lah sukun ni dari dulu, kini dan selamanya akan membawa rebah didalam BN..bermulut manis konon... Jaga KPI orang tapi KPI sendiri jahanam!!!

30. Baru-baru ini saya terbaca di dalam akhbar beberapa desakan supaya Dr. Koh Tsu Koon meletak jawatannya dalam kabinet. Saya juga terbaca bagaimana Presiden Dewan Perniagaan China Pulau Pinang, Tan Sri Tan Kok Ping, mengutuk Dr. Koh dan menyokong Lim Guan Eng dalam satu wawancara dalam akhbar The Star. Tan Sri Tan Kok Ping, dan ahli-ahli Dewan Perniagaan China Pulau Pinang, dulunya menyokong Barisan Nasional.

31. Saya, sebagai Presiden MAYC di waktu itu, di satu masa dulu, ada satu pengalaman dengan Dr. Koh Soo Koon.

32. Pada waktu Tunku Abdullah menjadi Presiden MAYC dan Tun Dr. Mahathir menjadi Naib-Presidennya mereka telah memperolehi sebidang tanah untuk tapak hostel MAYC di Waterfall Garden, Penang. Walau pun hostel tidak dibina tetapi rumah yang ada di tapak tanah itu telah diguna untuk kegiatan MAYC Pulau Pinang.

33. Walau pun tidak ada bangunan mencakar langit atas tanah ini tetapi ia merupakan simbol kebanggaan atas kewujudan MAYC di Pulau Mutiara itu.

34. Di waktu saya menjadi Presiden MAYC dan Tun Dr. Lim Chong Eu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang 'lease' atau tempoh penggunaan tanah ini telah tamat dan kami telah meminta supaya 'lease' ini diperpanjangkan.

35. Kerajaan negeri Pulau Pinang pula mencadangkan untuk membina 'skating rink' di tempat yang sama.

36. Dalam pertemuan saya dengan Tun Dr. Lim Chong Eu beliau telah berjanji untuk memberi tanah ganti berdekatan dengan jembatan Pulau Pinang. Pada waktu itu Dr. Koh Tsu Koon adalah setiausaha Tun Dr. Lim Chong Eu. Beliau turut hadir dalam pertemuan itu. Kelihatan pada saya watak Dr. Koh agak menarik dan mungkin lebih senang saya berunding dengannya, atau melaluinya, untuk mendapatkan perpanjangan 'lease' tanah di Jalan Waterfall Gargen, selepas to'kong Hindu yang ada di sekitar kawasan itu

37. Satelah beberapa lama berlalu 'lease' tanah di Waterfall Garden telah tidak diperpanjangkan juga sementara tanah ganti dekat jambatan Pulau Pinang juga tidak diperolehi.

38. Apabila Dr. Koh Tsu Koon mengganti Tun Dr. Lim Chong Eu sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang MAYC, khususnya bahagian negeri Pulau Pinag, begitu gembira kerana merasakan perpanjangan 'lease' atau penggantian tanah akan berjaya memandang kepada watak Dr. Koh Tsu Koon yang kelihatan begitu simpati terhadap permintaan MAYC.

38. Apa yang berlaku ialah sebaliknya. Sikap Dr. Koh apabila berkuasa adalah berbeza dengan sikapnya sebagai setiausaha Tun Dr. Lim Chong Eu.

39. Beberapa minggu setelah Dr. Koh Tsu Kun menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang ibu pejabat MAYC menerima surat rasmi dari Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyatakan permohonan kami untuk memperpanjang 'lease' telah tidak berjaya tanpa menyebut sepatah pun tawaran tanah ganti di jambatan Pulau Pinang.

40. Sekitar lebih 18,000 ahli MAYC Pulau Pinang begitu marah kepada Dr. Koh Tsu Kun dan ratusan ribu ahli MAYC di seluruh negara berasa kecewa.

41. Sikap Dr. Koh jelas 'deceptive'. Manis di mulutnya tidak dapat diharapkan.

42. Beberapa waktu setelah menerima surat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, seorang dari wakil rakyat telah meninggal dunia.

43. Dalam pilihanraya kecil yang diadakan berikutan kematian itu ahli-ahli MAYC Pulau Pinang tanpa mengira parti dan kaum, telah bekerja kuat untuk memenangkan calon DAP.

44. Sebahagian yang cukup besar ahli-ahli MAYC Pulau Pinang terdiri dari kaum bukan Melayu. Oleh itu jika Dr. Koh Tsu Koon mengharapkan ahli-ahli MAYC Pulau Pinang dari kalangan Melayu akan lupa pada dosanya kepada mereka, kerana Melayu mudah lupa, ahli-ahli MAYC dari keturunan India dan China sukar melupakannya.

45. Tanah di Waterfall Garden masih terbiar hingga hari ini dan Dr. Koh Tsu Koon dikatakan adalah punca kekalahan Barisan Nasional di Pulau Pinang. Saya yakin dakwaan ini banyak benarnya. Ahli-ahli MAYC tidak faham kenapa 'lease' tanah ini tidak dapat diperpanjangkan sedangkan tanah ini terbiar begitu sahaja dan tidak dipakai sebagaimana yang maklumkan.
46. Apakah orang lain, atau badan-badan lain, juga telah kecewa dengan Dr. Koh, sebagaimana MAYC. Inilah satu contoh di mana mula-mula Barisan Nasional menghadapi masalah kecil, dengan kekalahan hanya satu kerusi, kemudiannya, kerana tidak ada analisa yang tepat dan tindakan yang tegas oleh pucuk pimpinan, masalah Barisan Nasional menjadi besar, dengan kehilangan kerajaan negeri.

47. Jika jumlah ahli MAYC di seluruh negara, yang muda dan yang veteran, adalah sekitar 500,000 orang, dan jika 100,000 dari jumlah ini telah meninggal dunia sekali pun, ada sekitar 400,000 yang pasti tidak gembira apabila melihat tokoh yang mengecewakan mereka berlagak pandai di kaca TV.

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

2 ulasan:

  1. KENAPA PAKLAH N NAJIB MASIH CAYA KAY BUAH SUKUN NI...NAJIB SELALU KATA RAKYAT DI DAHULUKAN.. MANA KPI NAJIB...DIA DA JD MCM DOLLAH..

    BalasPadam
  2. hidup pooloh, hidup poooLOH, mANISNYA MULUT SUKUN SEMASA pAK LAH BALIK KE pINANG SEMASA MULA MULA JADI pm.

    BalasPadam