Selasa, 20 September 2011

Tan Sri Zarinah SC Akan Diceraikan?









KUALA LUMPUR 19 Sept. - Ahli korporat, Datuk Azizan Abd. Rahman perlu melepaskan kedudukannya dalam semua syarikat senaraian awam bagi mengelakkan timbulnya konflik kepentingan.

Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia), Datuk Salleh Majid berkata, tindakan itu wajar dilakukan oleh Azizan sebagai menghormati etika memandangkan isterinya, Tan Sri Zarinah Anwar adalah Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Menurut beliau, Azizan sepatutnya sudah mengetahui perkara itu lebih awal, walaupun mungkin tidak ada peruntukan dan peraturan tertentu untuk menyekat pembabitan beliau dalam korporat.

''Pandangan ini adalah dari segi etika. Zarinah adalah Pengerusi SC, satu jawatan penting dalam badan pengawas selia kewangan yang penting.

''Pelantikan Azizan dalam mana-mana syarikat korporat pasti menimbulkan konflik,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Salleh berkata, perkara itu perlu diberi perhatian utama untuk mengelakkan peranan SC sebagai satu badan pengawas selia utama negara terjejas.

Beliau berkata, ini kerana dalam institusi perbankan, Bank Negara Malaysia (BNM) sentiasa memastikan individu yang memegang jawatan tertinggi dalam bank-bank tidak mempunyai hubungan keluarga dengan Lembaga Pengarah untuk memastikan operasi telus dan mematuhi standard tadbir urus korporat yang tinggi.

''Perkara ini adalah penting dan serius dan ia perlu dikawal secara ketat,'' jelasnya.

Azizan menjadi tumpuan berikutan transaksi pembelian saham Eastern & Oriental Bhd. (E&O) oleh Sime Darby Bhd. (Sime Darby), baru-baru ini.

Sime Darby telah mengambil alih kepentingan sebanyak 30 peratus dalam E&O pada harga RM2.30 sesaham atau RM766 juta.

Penguasaan itu menjadikan Sime Darby sebagai pemegang saham terbesar dalam syarikat hartanah yang memiliki Hotel E&O di Pulau Pinang.

Isu membabitkan Azizan timbul selepas beliau yang juga Pengerusi E&O didakwa telah membeli kira-kira 450,000 saham syarikat daripada pasaran terbuka membabitkan lima transaksi berasingan sejak April dan Ogos tahun ini.

Tiga daripada transaksi dibuat antara Julai dan Ogos dan transaksi terakhir membabitkan pembelian 100,000 saham pada 12 Ogos lalu.

Inilah masaalah apabila ada conflict of interest... tengok sahaja kes nik najis dengan menantu hantu arif fahmi, hampir tertanggal serban murSHITdol hamPAS tuh..!

Inikan pulak teman seranjang..pasti banyak sok sek sok sek yang berkumandang. Zarinah pasti mahu mengekalkan status sebagai wanita yang berjaya dalam kerjaya, begitu juga Azizan yang bakal menambah kekayaan hasil urusan tersebut...

Sebagai seorang lelaki yang kaya tentu tidak sukar bagi Azizan untuk memetik jari...mungkin sekali petik 100 datang...begitu juga Zarinah, mungkin sekali petik kalau tak 100 pun 10 datang kot..! itu pun kalau kuat petik lagi laa...!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. lepas bersama, bercakap pasal wang dan cara-cara nak kebas. memang ada konflik. tapi najib kata ok, boleh teruskan , mu rakyat nak cakap apa. aku pm yang berkuasa 1mesia. dengar dan ikut sudah la. banyak cakap la pulak.

    BalasPadam