Sumber dari sahabat blogger theunspinners
BTN: Salah siapa anggapan demikian terhadap KP?
Suatu masa, saya menerima komen dari seorang komentar bernama Deringe pada Ogos 2hb. Oleh kerana komennya tidak mengikut tajuk, kami tidak lepaskan. Itu polisi blog ini yang tidak akan memberi keistimewaan pada sesiapa.
Pada asasnya, Deringe marah kami menegur agensi BTN dan mempersoalkan KPnya. Dalam komennya yang kononnya mempertahankan KP atau BTN, dia cuba mengaitkan kami dengan Paneh Miang kerana menyalin semula artikel mereka mengenai BTN.
Hei beruk! Cari alasan yang lebih munasabah.
Ratusan blog kami salin tulisan di sini demi membantu blog tidak bernama menjadi terkenal dan mengembangkan mesej dalam tulisan mereka. Samada kami ada perhubungan atau tidak dengan Peneh Miang, timbulkan isu juga blog lain yang disalin.
Dalam dunia blog dan politik, jangan cepat sangat melenting dan mahu menyerang. Tidak semesti reaksi anda adalah dengan hanya pendedahan di blog. Ada kala melalui channel lain. Sebarang reaksi perlu ikut caranya dan jangan hingga menyusahkan peranan lebih penting yang kami cuba mainkan.
Dari desas desus yang kami terima, kami bengkek mendengar sikap kurang matang puak-puak tertentu yang nak ampu KP. Biar kami dedahkan sesuatu sikit untuk difahami tindakan kami.
Tak payah kami ungkit cerita lama kerana kononnya cerita lama tidak releven. Tak payah kami cerita apa yang diperkatakan oleh sahabat atau pembantu dan penyokong lama BTN.
Kami nak tanya mengenai dokumen-dokumen berikut:
Ini adalah risalah yang disebarkan oleh BTN dan disunting of Dato Sahlan Nasution, abang kepada Saifuddin Nasution yang bekerja di pejabat Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.
Kenapa kontrak percetakan diberikan kepada Ilham Baru Publication Sdn Bhd yang berkongsi alamat dan tidak tolak kemungkinan mereka adalah kumpulan sama dengan anak syarikat IKD, Institiut Kajian Dasar yang diketuai oleh Khalid Jaafar dan dibiayai Kamaruddin Jaafar?
Bukan itu saja, kalau tindakan ini satu kesilapan bagi edisi pertama kita boleh toleransi. Kenapa masih diberi juga kepada syarikat rakan IKD yang sama pada penerbitan kedua setelah disedari?
Yang ditukar hanya alamat syarikat seolah-olah cuba menutup mata orang ramai. Kalau setakat tukar alamat saja mana cukup? HUbungan dengan IKD tidak lagi terputus.
IKD adalah think tank Anwar Ibrahim. Jadi jangan marah orang anggap ada benda tak kena dengan KP BTN baru dan BTN bawah kepimpinannya. Perkara ini berlaku bawah perhatian dan pentadbirannya.
Selain itu, tak kira pendekatan baru atau lama mahu digunakan, akhirnya kenapa kampus-kampus kini menjadi kubu pensyarah-pensyarah dan penuntut-penuntut pro pembangkang? Pejabat dan pegawai kerajaan dah berani melawan political master?
BTN gagal dalam peranan mereka. Gagal tidak berjaya atau sengaja, kami tanya?
Salah sapa ramai salah anggap BTN???? Pastinya bukan salah kami kerana BTN sendiri yang menimbulkan kecurigaan.
Kalau deringe dan ramai penyokong BTN masih bersikap kebudak-budakan dalam berhadapan dengan teguran untuk ugut nak main kasar, banyak lagi kami ada ... Ingat ye, kami hanya menegur dan tidak main kasar. Kalau kami berkasar, BTN apa nak jadi? Kami banyak berfikir sebelum bertindak. Bagaimana anda?
LU FIKIR LA SENDIRI!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan