Cukup cukuplah kena bodoh dalam hidup nih! duit yang Kerajaan beri tu untuk isteri dan anak anak! untuk keluarga! bukan untuk perjuangan sesat lagi sia sia..!!!
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menyifatkan tindakan Pas meminta ahlinya menyerahkan sebanyak 10 peratus daripada wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima, sebagai perbuatan yang sangat tidak wajar.
Menurut beliau, sebagai sebuah parti yang melaung-laungkan prinsip negara berkebajikan, Pas sepatutnya menasihatkan golongan miskin menggunakan wang bantuan secara berhemah dan untuk tujuan kebaikan.
“Pas tidak patut memaksa mereka menyerahkan bantuan yang diterima untuk kepentingan parti pula. Buatlah cara lain, kasihanilah rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Rali Malaysia (MRC) 2012 pada Majlis Perbandaran Manjung di sini hari ini.
Beliau mengulas entri blog Taiping Central kelmarin yang mendedahkan surat pekeliling Setiausaha Pas Kawasan Taiping, Razali Ab. Razak mengenai kutipan derma daripada ahli-ahli Pas yang mendapat bantuan BR1M untuk dimasukkan ke dalam tabung pilihan raya.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Pengikut pas totok ni bukan bodoh tapi betol bendol. Dia org ingat sumbangan tu macam kita sedekah pada tabung masjid, dapat pahala. Malangnya pas guna duit tu utk kepentingan pemimpin dia org. Kesian. 10% tu RM50, boleh beli beras, susu, milo utk anak2...apalah pas ni buat aniaya pada ahli-ahli yang taksub ni..
BalasPadam