Inilah masaalahnya kalau jadi kuda belang hamPAS! Hidup apabila ada krisis...hidup menangguk di air keroh! Lagi best kalau hidup dengan menadah tabung! Baca laporan akhbar Jabatan penjara dibawah, sebelum tu cuba kita tengok pembohongan bini Hoslan ni. Dilaporkan bahawa bini hoslan - banduan pembaling kasut ni berkata..-
Walaupun sedang menjalani hukuman penjara setahun kerana membaling kasut ke arah hakim, Imam Hoslan Hussein meneruskan tanggungjawab dakwah apabila dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama dalam penjara.
Harakahdaily memetik isteri Hoslan - Noorliza Mohd Isa - sebagai berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.
"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya dalam laporan Harakahdaily itu.
Dah lah laki buat kerja tak senonoh! bini pun 2x5... menipu...jer kerja nya! cuba duduk diam diam jaga anak anak yang ramai tu kan elok! kurang kurang ramai orang akan simpati dan sedia nak menolong! tapi kalau merelakan diri dikudakan oleh hamPAS!...alamat pendek rezeki la..
2 orang dia islam kan? Menurut sumber... Orang asli tu dah sedia menganut Islam sejak dari penjara Tapah lagi..sementara cina tu baru berjinak jinak dengan Islam! Mana datang si baling kasut ni mengislamkan orang dalam penjara?
Takde banduan yang dibenarkan menjadi imam di masjid atau surau Penjara! Imam dan bilal serta khatib yang membaca khutbah Jumaat semuanya terdiri dikalangan anggota dan pegawai Penjara serta pihak luar yang dijemput. Setakat menjadi imam sesama sendiri didalam sel apa yang nak kecoh? Apa pahala jadi imam sebagai banduan lebih banyak ke dari menjadi imam kepada isteri dan anak anak dirumah?
Baca dengan teliti kenyataan Akhbar dari Jabatan penjara ni...faham kan betul betul..la weii! jangan biarkan diri dibelenggu oleh puak puak hamPAS yang konon bersimpati dengan anda dan anak anak anda sedangkan mereka hanya memperkudakan anda selagi Hoslan belum keluar untuk mengudakan anda semula..!!!faham?
Lu Fikir La Sendiri!!!
KENYATAANAKHBAR JABATAN PENJARA MALAYSIA
BERHUBUNGLAPORAN MEDIA
’ ISLAMKAN 2 BANDUAN DALAM PENJARA’
1. Laporan oleh beberapa mediaonline berhubung Hoslan bin Husin dikatakan telah menjadi imam di dalam penjaraserta telah mengislamkan 2 orang banduan adalah dirujuk. Adalah disahkan Hoslanbin Husin mula menjalani hukuman di penjara pada 8 Mac 2012.
2. Ibu Pejabat Penjara telahmenghantar pegawai untuk menyiasat laporan oleh media berkenaan keranamendapati ianya bertentangan dengan tatacara dan prosedur Jabatan Penjara.Hasil siasatan mendapati laporan di atas di atas tidak tepat dan bolehmengelirukan orang ramai.
3. Dimaklumkan berasaskanprosedur yang digunapakai oleh Jabatan Penjara, urusan pengislaman seseorangbanduan di dalam penjara dilaksanakan secara teratur dan melalui Jabatan AgamaIslam dan bukannya oleh banduan lain.Sebaik sahaja seseorang banduan menyatakan hasrat untuk memeluk agama Islamproses pengislaman akan dilaksanakan dengan kehadiran pegawai dari JabatanAgama Islam, pegawai agama Jabatan Penjara serta saksi-saksi yang diperlukan.Ia bagi memastikan pengislaman tersebut dilaksanakan dilaksanakan secarateratur. Salah seorang yang dilaporkan diislamkan oleh penama di atassebenarnya telah memeluk agama Islam pada 2009 iaitu sebelum dia dipenjarakan.Manakala seorang lagi banduan sebenarnya dalam proses memeluk agama Islam yangmana akan diuruskan oleh Jabatan Agama Islam dalam masa terdekat.
4. Dimaklumkan juga pegawaiagama atau pembantu pegawai agama yang menjadi imam kepada banduan disurau-surau di dalam penjara dan bukannya banduan. Semua program keagamaan Jabatan Penjara akandikendalikan oleh penceramah bertauliah atau pegawai agama penjara. Kemungkinanpenama di atas hanya menjadi imam di sel di mana dia di ditempatkan bersamabeberapa banduan lain semasa mengerjakan sembahyang pada malam hari. Bagitujuan keselamatan banduan tidak akan dikeluarkan dari sel mereka pada waktumalam. Oleh itu pada kebiasaannya semasa mengerjakan sembahyang berjemaah di dalamsel pada waktu tersebut banduan akanbergilir-gilir menjadi imam sesama mereka.
Sekian,terima kasih
yg nak marah2 sangat dengan Imam dan Bini Imam tu apa masaalah kau pulak??? Dosa kering la yg kau dapat,
BalasPadamkesiann la awak ni..
BalasPadamlaki dia dok penjara pon dpt kutip banyak pahala
awak pulak dapat dosa kering je mengata dia..
tersengih aku baca penulisan ko ni
nampak sangat membohong. ingat masuk penjara tu mcm masuk hotel ke. org yg baru masuk penjara, kurang2 3 bulan trauma tak berani pergi ke bilik mandi takut kene liwat dgn banduan2 otai.
BalasPadamni siap islamkan org lain....hahaha...
kalau diluar penjara pun tak pernah islamkan org, ni pulak dlm penjara boleh islamkan org. puak2 pas ni mmg mudah kene tipu, dgn org betina pun kene tipu.
patut la dap sukan kan pas sbb mudah sgnt kene klentong...
Dua2 Anon kat atas ni faham ke tak apa yg nak disampaikan blogger???
BalasPadamkeywordnya adalah "MENIPU".....tak paham lagi???...."BERBOHONG"....tak paham lagi???.....lu pikirlah sendiri....hehehe
kalo dah puak2 hamPAS, begitulah yang ada dalam kepala hotaknya...dia aje yang betul, takde yang salah....sampai kelubang kubur pon nanti, akan bangun menyatakan imam salah membaca talkin... Allahuakbar 3X.
BalasPadamMemang dia bolih imam dalam penjara. memang dia bolih islamkan puak2 penjara. Apa salahnya. Dia layak sebab dia sejenis dengan puak2 dalam tu. Bini dia pun kelentong sebab laki dia kaki penipu juga. Bini dia di tok gurukan laki penipu. Memang sesuai dia ni dok dalam penjara. Serasi sekali. Hoslan, kau duduk je dalam tu buat selamanya kan bagus, kau memang di terima olih puak2 dlm. Tambah pula, bila si Anu dtg join, kau pun islamkan dia.
BalasPadamni dinamakan spisis kaki putar belit.. dah jadi darah daging.. apa nak buat. puak2 macam ni disanjung org paih.. aje giler.. kalau kata dia jadi otromen pun tak pasti orang mesti percaya kot... huh
BalasPadamLaki bini penipu..ngam la tu
BalasPadamtanpa nama yang atas orang yang kurang cerdik kerana tidak faham Bahasa Melayu..kena bagi ambil UPSR dan ambil paper Bahasa Melayu Pemahaman.bagi dapat A dulu..sekian
BalasPadamTanpa nama yang atas sekali taw
BalasPadam