Isnin, 19 Mac 2012

Orang Suruh jadi Pandai..Bukan Memandai Mandai..!













Orang hantar belajar supaya jadi pandai! bukan memandai mandai! Ini semua menyusahkan mak bapak! ramai lagi yang mahukan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran! jenis PAS tak reti bersyukur la ni..!

Kerajaan Negeri membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) kepada enam pelajar lelaki setelah didapati bersalah terlibat dalam demostrasi di Mesir baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, keputusan untuk menarik balik tajaan ke atas pelajar berkenaan diteliti selepas mengambil kira kesahihan penglibatan mereka yang secara jelas telah melanggar peraturan.

“Kita hantar mereka (pelajar) ke Mesir untuk menuntut ilmu tetapi apa yang mereka lakukan adalah pergi berdemostrasi, berpolitik dan situasi ini tidak seharusnya berlaku.

“Malah, daripada surat rayuan yang dihantar kepada kita (Kerajaan Negeri) jelas jawapan yang mereka berikan tidak meyakinkan kerana kita telah kenal pasti melalui blog-blog dan Internet jelas muka mereka yang terpampang dengan memakai baju bersih dan membawa bendera Terengganu,” katanya.

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. syabas di ucapkan kepada kerajaan trengganu kerana berani mengambil tindakan yang tegas setelah mendapat bukti yang kukuh....
    sudah pasti lebih ramai lagi anak2 negeri yang bersungguh2 hendak melanjutkan pelajaran tetapi tidak berkemampuan yang boleh ditaja...
    semoga ianya menjadi pengajaran kepada lain2 pelajar yang mendapat tajaan dari kerajaan negeri..
    juga berharap lain2 kerajaan negeri mengawasi tindak-tanduk pelajar tajaan masing2 yang lebih berminat untuk berpolitik dari menuntut ilmu dan seterusnya menghentam kerajaan yang telah banyak membantu....

    BalasPadam