Selasa, 27 Mac 2012

Tambah Subsidi Petrol..Terima Kasih PM & Kerajaan BN

Terima Kasih Kerajaan BN! Terima Kasih YAB PM! Anwar dan puak harami hanya tahu janji dan janji..! BN dah lama menjaga Kebajikan rakyat agar rakyat terus hidup selesa..

Subsidi kerajaan untuk petrol RON95 bagi bulan ini bertambah sebanyak 10 sen kepada RM1.03 seliter berikutan kenaikan harga minyak mentah global semasa bagi memastikan harga runcitnya terus kekal pada paras RM1.90 seliter.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut perlu bagi memastikan rakyat tidak dibebani kesan sampingan berikutan kenaikan harga minyak global itu.

“Kerajaan masih mengekalkan subsidi itu kerana kita tahu kalau tidak dikekalkan, harga barangan lain, termasuk yang tidak ada kaitan dengan minyak akan naik sebab apabila kos pengangkutan meningkat, ia akan dimasukkan dalam harga barangan.

“Sebab itulah kerajaan merasakan yang kos sara hidup semakinmeningkat, jadi kita kekalkan subsidi dan jika tidak, bukan hanya kos sara hidup akan terus meningkat tetapi juga inflasi,'' katanya pada sidang media selepas berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan kementeriannya di sini, hari ini. - UTUSAN


Lu FIkir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Terima kasih apa..... masa turn x turunkan... masa naik bleh plak kata tambah subsidi..... per punya orasng....

    BalasPadam
  2. KEHKEHKEH ANON 12.54 CAM X PUAS ATI JEK? AGAK2 LEPAS NI LU NAK PEGI ISI PETROL TAK KAT KENDERAAN LU. KLU LU X NK LU JLN KAKI JEK LERRR. RAMAI LAGI YG NAK PAM HUHUHUHU

    BalasPadam