Inilah pertanyaan kebanyakkan orang mengenai foto tersebut. Sesetengah orang menganggap bahawa kalau nak bagi nampak genius, maka Einstein harus mengeluarkan lidah dengan gaya rambut yang macam tu. Hmm…itu semua hanya mitos sahaja..
Sebenarnya pada masa itu, Albert Einstein dan Aydelotte baru saja pulang daripada acara penghargaan kepada Einstein. Meskipun Einstein sudah duduk di kerusi belakang kereta, masih terdapat para wartawan dan jurugambar yang mengejar nya. Para wartawan ini berusaha untuk menahan Einstein, dan Einstein berteriak : “Ini cukup. Ini cukup!”.
Tapi, faham-faham la dasar wartawan, tetap nak mengajukan pertanyaan dan para juru gambar tetap mengambil gambarnya bersama rakan-rakannya. Ketika wartawan meminta supaya Einstein bersedia untuk mengabadikan foto ulang tahunnya, dengan keadaan letih dan kesal, lalu Einstein pun menjelirkan lidahnya, dengan nada mengejek. Pada masa itulah, Arthur Sasse sempat mengabadikan foto Einstein tersebut.
Mengejutkan! Einstein sendiri suka dengan foto tersebut. Dia memotong foto tersebut, sehingga hanya nampak diri dia sendiri (tidak berserta Aydelotte dan isterinya). Einstein pun memperbanyakkan foto tersebut dan dikirim kepada rakan-rakannya yang lain..
So, sekarang macam mana? Dah faham kan kenapa Einstein dok jelir lidah dalam gambar tu..Hehehehe..
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan