Jumaat, 2 Mac 2012

Kemelut PAS Kedah Semakin Berselut..!















Mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bermesyuarat hampir empat jam gagal mencari jalan penyelesaian berhubung kemelut yang melanda pentadbiran PAS Kedah.

Sehubungan itu satu lagi mesyuarat khas yang akan dipengerusikan sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bakal diadakan di Alor Setar pada Sabtu ini.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata kepimpinan tertinggi PAS akan bertemu dengan kedua-dua pihak iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi bagi menyelesaikan kemelut yang semakin berlarutan itu.

"Kami akan mengadakan perjumpaan mahabbah di antara kedua-dua pihak iaitu Menteri Besar dan Datuk Phahrolrazi untuk kita selesaikan maslah ini.

"Kita bersetuju supaya apa pun perkara yang perlu diselesaikan, insyaAllah kita akan bincangkan pada hari Sabtu nnati," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat PAS di sini, Jumaat.

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan