Siapa tak kenal dengan Ezam? dulu masa memegang jawatan Setiausaha Politik Anwar Ibrahim bukan main lagi 'timing'dia. Kita orang yang terkenal dengan penyokong kuat Dr M memang sentiasa dipandang dengan ekor mata 'sinis' oleh Supol Pak Sheikh ni..!
1 negara lebih mengenali mamat ni bila dia memberitahu bahawa beliau mempunyai rahsia besar sebanyak 6 kotak yang diantaranya boleh mengakibatkan beliau ditahan dibawah Akta Rahsia Rasmi ( OSA ) namun sehingga kini kotak tinggal kotak..kotak dah jadi tempat katak bertelur.
Aku malas nak ambik port mamat ni walaupun dia diangkat menjadi Ahli Dewan Negara. Itu rezeki dia..tentu ada sebab pihak Kerajaan melantik beliau bergelar YB Senator. Walaupun mungkin bukan tugas besar untuk dilaksana di seluruh negara, pasti ada tugas yang lebih berpusat dan fokus kepada negeri Selangor sahaja. Lagipun Ezam pun sedar diri bahawa dirinya tidak berapa laku untuk mengajar ahli dan orang UMNO/BN di negeri yang tetap utuh dan kukuh UMNO/BN berkuasa.
Tapi bila mamat ni menyentuh UMNO dengan mengatakan...-
Senator Ezam Mohd Noor mendakwa kekuatan Umno kini semakin lemah dan dapat dilihat secara jelas yang kepentingan parti teras Barisan Nasional (BN) ini boleh terancam disebabkan sikap kaum itu sendiri.
Menurut Ezam, walaupun Umno merupakan parti yang cukup lama memerintah negara ini, perpecahan kecil akan memberi impak besar.
"Apa yang saya dapat lihat, Umno sekarang semakin lemah. Perpaduan dalam parti juga semakin menurun dan ini boleh menyebabkan parti veteran negara ini berada di ambang perpecahan," katanya pada Majlis Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah bertajuk “Dakwah Menjana Kesatuan Ummah".
Menurut Ezam, walaupun Umno merupakan parti yang cukup lama memerintah negara ini, perpecahan kecil akan memberi impak besar.
"Apa yang saya dapat lihat, Umno sekarang semakin lemah. Perpaduan dalam parti juga semakin menurun dan ini boleh menyebabkan parti veteran negara ini berada di ambang perpecahan," katanya pada Majlis Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah bertajuk “Dakwah Menjana Kesatuan Ummah".
Apa hal pulak UMNO semakin lemah? UMNO dibawah kepimpinan YAB Presiden parti telah berjaya keluar dari sindrom selesa dengan transformasi yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri. UMNO parti keramat orang Melayu. UMNO tetap utuh dan kukuh! yang lemah ahli dan pemimpinnya! namun atas rasa tanggungjawab, pemimpin dan ahli UMNO bersedia menerima kenyataan dengan belajar dari kesilapan.
Bertolak dari situ maka hari ini, UMNO jauh lebih bertenaga dan lebih bersedia untuk menghadapi pilihanraya yang bakal menjelma. Seluruh ahli telah siap siaga untuk menjadi jentera bagi memenangkan parti! Semangat dan moral ahli UMNO begitu tinggi kini!
Ezam tak perlu menafikan kekuatan UMNO sebagai parti siasah tertua dalam negara yang tetap relevan perjuangannya kepada agama, bangsa dan negara. Kemasukan semula Ezam kepada UMNO itu sendiri bukti bahawa Ezam begitu memerlukannya sebagai wadah perjuangan politik kalau pun tidak sebagai 'baju' untuk beliau bergelar YB.
Buat kerja! Tolong YAB PM rampas semula Selangor! jangan terperangkap dengan 'usik usik' orang sekeliling yang beragenda! rakyat melihat dan menilai! sama seperti UMNO melihat dan menilai anda selama ini! biar masa yang mengiktiraf perjuangan kita..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Beberapa kemungkinan.
BalasPadam1. Minta UMNO tingkatkan lagi usaha menawan pengundi menjelang pilihan raya.
2. Gambaran palsu untuk Pakatan.
3. Hendak melemahkan semangat UMNO.
4. Dibayar untuk buat kenyataan ini.
5. Dah mula merepek.
Sori ye semua pembaca sbb aku SETUJU dgn dakwaan Ezam...
BalasPadamKem pakatan haram bersatu hati menyerang walaupun guna isu2 yg tiada kebenarannya. Kita boleh tgk puak2 ni ada di mana2, sentiasa konsisten menyerang kerajaan dalam facebook, twitter dan youtube.
Kem BN pulak, tak berani langsung bersuara, walaupun kebenaran ada di depan mata. Harapkan DS Najib sorg2 berpencak silat menepis fitnah & turun padang.
Kita boleh tgk berapa kerat je org UMNO yg lantang bersuara skrg ni spt KJ & Adnan Yaakob... Ahli UMNO lain dok diam menyepi... Tak tau la takut ke apa, atau cuba play safe jaga periuk nasi..
Contoh terbaik, Kak Ijat jd mangsa dlm isu NFC kerana org UMNO sendiri yg diam taknak membantu... Malah ramai orang UMNO sendiri yg percaya dgn dongeng2 NFC pakatan haram tu, kan?...
Kes2 skandal MB Selangor (pasir, bas mewah, talam corp etc) langsung tak berani diusik padahal bukti penipuan semua dah ada depan mata.
Dalam byk2 isu, harapkan blogger2 kerajaan je bertungkus lumus siang malam jadi penyerang utama padahal tu sepatutnya kerja gerak gempur ahli tertinggi UMNO.
Ucapan Ezam tu adalah realiti yg pahit utk kem UMNO telan, tapi sekurang2nya itu adalah kelemahan yg boleh diperbaiki.