Jumaat, 28 September 2012

Tunggu..!

Kerajaan Barisan Nasional sejak dari negara mencapai kemerdekaan sehingga kini sentiasa mengutamakan kesejahteraan hidup rakyat dan pembangunan serta kemajuan negara. Maka pastinya Bajet yang bakal dibentangkan petang ini juga tetap akan membuatkan setiap rakyat tersenyum...Insyaallah..! 

Sama sama kita tunggu..! Lu Fikir La Sendiri!


PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan malam ini meninjau operasi persiapan terakhir Belanjawan 2013 di Kementerian Kewangan di sini.

Ketibaan beliau yang ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor disambut oleh pegawai dan petugas kementerian yang terlibat dalam penyediaan belanjawan itu, serta turut melawat bilik-bilik operasi.

Najib turut mengadakan perjumpaan tertutup dengan pegawai-pegawai kanan kementerian.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Timbalan-timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim Siang Chai, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Najib dijadual membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat, petang esok.

Dalam entri blog 1Malaysia, Najib berkata pembentangan Belanjawan 2013 adalah dari rakyat untuk rakyat kerana ia dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat mengenainya.

Ia juga dijangka memberi impak positif kepada ekonomi negara selain membawa impak yang baik kepada masyarakat, katanya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan