Patut ler biadap dan kurang ajar..dah dapat kunci syurga rupanya...itu sebab cina kopet ni berani sedemikan rupa! kalau tempat solat yang suci dari sebarang najis pun boleh dia orang langgar macam gambar kat atas tu..tak heran la puak haram ni mampu melangkah lebih jauh! lebih lagi kalau dah dapat naungan sesat dari tok tok garu! lagi haru..!
Memang betul! jangan dijangka ! jangan di seolah olah kan! sebab komunis kopet ni pasti! kompom! jelas anti Islam!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Subhanallah...wahai saudara2 Islam yang aku kasihi. Janganlah kita tanam perasaan benci kepada mereka2 kaum bukan Islam ini. Sudah 50 tahun kita merdeka dan menjadi pemimpin kepada semua kaum di Malaysia. Sudah tiba masanya kita bertanggungjawab untuk memberitahu kepada mereka tentang keindahan dan kebenaran Islam. Islam berkembang lebih dahulu di China berbanding kita di Malaysia. InsyaAllah dengan doa, niat yang ikhlas dan usaha bersama, mudah mudahan terbuka hati mereka kepada Islam. Sedikit pesanan saya buat saudara2 seperjuangan didalam Pas. Janganlah dibenci saudara2 kita didalam Umno. Sebaliknya tanamkan belas kasihan dan kasih sayang kita kepada mereka. Biarlah mereka membenci kita, tapi janganlah kita sekali-kali membenci mereka. Nabi junjungan kita menyebarkan Islam pada golongan kafir adalah kerana kasih sayang untuk membawa mereka ke jalan yang benar dan menyelamatkan mereka daripada dahsyatnya balasan di akhirat. Itu orang yang kafir, inikan pula saudara2 Islam kita didalam Umno. Bayangkanlah betapa bahagianya jika mereka2 ini menjadi saudara2 Islam kita. Saya doakan terbaik untuk semua saudara2 Islamku. Amin..
BalasPadamMaaf pembetulan untuk ayat terakhir dibimbangi tersalah faham. Maksud saya "Bayangkanlah betapa bahagianya jika mereka2 ini menjadi saudara2 Islam kita" ialah untuk masyarakat2 bukan Islam yang lain. Terima kasih
PadamWahai tanpa nama yang aku kasihi.. denganm kafir jangan tanam kebencian, tanamlah kebencian sesama Islam...
PadamLama dah keindahan itu cuba dibawa cuma dihalang golongan yang rasa diri mereka tertinggal
Rakan-rakan penyokong PAS perlu sedar agama kita ISLAM sudah ditegakkan di negara kita. Agama kita ISLAM sudah berjaya dijadikan agama panduan dalam pemerintahan. Islam terbukti menjadi agama mendamaikan semua agama. ISLAM juga berjaya dipertahankan di Malaysia walau berkongsi kuasa.
BalasPadamckp mcm bgus2 je saudara ye.. selama nie siape yg paling kuat benci dan hasad dengkinye melainkan penyokong dan pemimpin pas terhadap pemimpin2 dan ahli2 umno.. bukti pas mengkafirkan penyokong2 umno, yg buat sembahyang hajat dan doa bala dan pecah perut tu siapa saudara? org umno ke org pas..?
BalasPadammaaf ckp sikap pemimpin dan ahli pas dlm berpolitik amat keji dan hina....
betul3x...pas lah juga yg mula2(terutamanya n.ajis)membawa budaya mencarut, mengkafirkan org yg tak sehaluan dengan mereka, memaki hamun,mengunakan ayat quran dan hadis utk kepentingan politik mereka,menentu kan pahala syurga...mereka ini belagak seperi Allah SWT yg boleh mengetahui dosa dan pahala seseorang...hakikatnya mereka inilah golongan munafik yg dikutuk Allah SWT yg selama ini belagak mcm ulamak sebenar..ulamak pembohong akhir zaman...para syaitan yg di-rejam oleh Allah SWT.
Padamtepat sekali ,bila bukan islam menghina islam seribu alasan diberi kononnya mereka tak tahu islam,tak memahami dan mcm2 lg tapi sampai bila? dunia dah moden manusia dah makin pandai tp hal mcm ni takkan jadi makin bodoh.fikir2 kan.apa yg penting ambil tindakan yg tegas yg akan membuat org berfikir byk kali bila nak buat sesuatu..jgn setakat kita akan siasat, beri amaran, beri amaran . beri amaran dah macam jam loceng jadinya..sudahnya akn wujud generasi yg tiada perasaan hormat dan tanggungjawab.
BalasPadamAlhamdulillah...saya bersyukur kepada Allah kerana drpd komen2 yang telah saya baca diatas, ternyata wujudnya keihklasan anda semua terhadap perjuangan Islam. Itulah perkara paling asas yang ingin saya tahu. Saya akui tindakan sesetengah penyokong Pas yang mengkafirkan Umno sememangnya suatu tuduhan yang berat. Mungkin inilah sebabnya mengapa penyokong Umno berasa marah dan sedikit sebanyak menganggu juga emosi. Saya faham dan setuju tentang ini. Itulah yang sedang saya cuba sampaikan kpd penyokong Pas agar lebih berkhemah jika ikhlas hendak menegakkan Islam. Apa yang saya lihat terdapat juga dikalangan penyokong Pas (w/pun tidak semua) yang menyalah tafsir apa yang cuba disampaikan oleh pemimpin mereka. Sudahnya, wujudlah tindakan2 di luar jangkaan dengan memaki hamun, balas membalas dan akhirnya timbul dendam sesama kita. Seperti yang saya katakan tadi Nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw mengembangkan Islam dengan penuh kasih sayang. Sekiranya Nabi Muhammad saw benci kepada orang2 yang kafir itu, nescaya Islam hanya berkembang hanya dikalangan sahabat2 baginda sahaja. Dengan legasi kasih sayang dan kelembutan inilah Islam telah berkembang di Nusantara tanpa titisan darah (kisah drpd Wali Songo, klu tersilap minta dibetulkan).
BalasPadamBaiklah, disini saya ingin berkongsi sedikit tentang mengapa saya “pilih” Pas. Namun janganlah saudara2 sangka saya ingin berkempen untuk Pas. Tiada keperluan untuk saya buat begitu sebab Pas tidak pernah berjasa apa2 pun kepada saya. Dan apabila saya katakan saya pilih Pas, itu tidak bermakna saya benci Umno. Saya tetap berterima kasih kepada usaha2 yang pernah dibuat oleh Kerajaan. Ini kerana menanam kebencian terhadap saudara Islam sendiri sudah mencacatkan jiwa/hati sebenarnya. Perkara paling pokok kenapa saya “terpaksa memilih” Pas adalah kerana perbuatan beberapa pemimpin kita yang memperlekeh dan menolak Hudud Allah secara mentah2, seperti ada ungkapan pemimpin Islam kita berkata "Hudud mestilah berprinsipkan kpd realiti". Dato' S...... pula berkata hudud untuk dilaksanakan itu sesuatu yang melucukan. Dato M… kata Hudud jika dibuat kepada orang Islam sahaja akan mewujudkan suatu keadaan yang tidak adil. Dato M…. yang lain pula kata hudud akan menyebabkan ramai orang kena potong tangan dan merencatkan produktiviti negara dan ada beberapa lagi. Subhanallah...saudara2 ku, Hudud itu adalah nas2 didalam Al Quran yang wajib dilaksanakan jika pemimpin kita itu Islam, ianya tidak sama seperti Qisas. Mca dan Dap saya tak nak ulas sbb mereka golongan kufar sememangnya tidak bersetuju, dan tanggungjawab kitalah untuk menjelaskan kepada mereka tentang kebenaran Islam. Kita yang Islam ini jangan kata menolak, mempersenda sahaja sudah terbatal syahadah. Ini bukan saya cakap, tetapi memang itulah definisi Terbatal Syahadah. "...Terbatal syahadah: Terbatalnya iman seseorang muslim dan menjadi kafir. Bermaksud seseorang yang telah mengucap dua kalimah syahadah, lalu secara sengaja telah mengeluarkan kata-kata lisan atau perbuatan yang menyebabkan terbatalnya syahadah atau iman. Misalnya ia mempersendakan hukum merejam dengan batu bagi pesalah zina; enggan berhukum dengan hukum Allah (al Maidah: 44); berikrar dengan kalimah kufur; ingkar terhadap sesuatu yang sudah maklum dalam agama (misalnya enggan berpuasa kerana mendakwa melemahkan ekonomi umat Islam).." – BERSAMBUNG-
- SAMBUNGAN - Lim Guan Eng pula telah mula menyatakan fakta yang positif setelah diberi penerangan tentang Hudud dimana dia berkata "masyarakat cina haruslah menghormati hudud atau undang2 Islam sebagaimana mereka menghormati kebebasan agama kita". Yang hujung tu saya tak berapa ingat samada dia kata " menghormati kebebasan agama kita" atau "agama2 lain" Nanti saya akan cuba cari semula. Bersama samalah kita doa kepada Allah agar Lim Guan Eng malah masyarakat2 Cina akan terbuka hatinya pada syiar Islam. Wbp segala-galanya perlu bermula dengan kita tidak kira mana mana politik untuk bersama-sama cinta sepenuh hati kepada syiar Islam. Saudara2 ku, kerisauan saya bukanlah kerana parti sebab baik PM atau TG Nik Aziz tak kenal pun saya, tetapi yang saya bimbang ialah saya takut dikira subhat dihari pembalasan kelak. Kalau kita tiada pilihan, dimana kedua dua dua pemimpin tidak mahu melaksanakan, itu tidak mengapa, mudah mudahan bahagian kita akan terlepas dan kedua dua pemimpin itulah yang bertanggungjawab kelak. Hidup ini tidak lama, hanya sekelip mata jika dibandingkan kehidupan di hari pembalasan, itulah ketakutan saya yang sebenar. Itulah ketakutan yang paling agung di dalam erti segala ketakutan... Jika BN ikhlas bersetuju untuk melaksanakannya, InsyaAllah saya pun akan menyokong BN. Saya rasa Pas sendiri akan bekerjasama dengan BN. Sbb TG Nik Aziz pernah berkata, haram menyokong Pas jika Kerajaan sememangnya melaksanakan Islam. Saya tidak mahu menyentuh bab2 ketirisan atau salah guna kuasa yang berlaku. Sebab bab itu sememangnya adalah jenis2 silat didalam pentas politik. Kepada rakan2, saudara didalam Pas, walaupun kita memperjuangkan Islam melalui Pas, namun janganlah dibenci PM dan Umno. Sebaliknya tanam sifat kasih dan doakan mereka. Percayalah, katakanlah amalan anda diterima Allah dan dengan izan Allah anda ditempatkan di Syurga, pada masa itu akan akan merasa belas kepada saudara2 kita yang disiksa, sebab akhirat sifat2 keduniaan seperti tamak dengki irihati semuanya telah dibersihkan Allah.. Namun pada masa tersebut kasihan dan doa kita sudah tidak mampu mengubah apa2. Jadi, jika hendak kasih dan doa untuk mereka, doakanlah sekarang semasa kita ini masih diberikan ruang oleh Allah swt.
PadamBagaimanapun itu hanyalah pendirian saya sahaja. Walaupun anda menyokong BN, saya tetap menyayangi anda sebagai saudara saya. Wahai saudara2ku, yang terakhir saya ingin berpesan buat diri saya dan saudara2 semua, tidak kiralah siapa yang kita pilih untuk memimpin, niatlah didalam hati kerana Allah dan mudah mudahan Allah memberikan kita jalan yang benar kepada kita, Ihdinassirotulmustaqim..Jika terdapat kekurangan didalam tulisan saya ini, diharap dapatlah ditegur dengan ikhlas. Saya doakan yang terbaik untuk semua. Salam...
Kepada tanpa nama org PAS nih..
BalasPadamWalaupun saya jahil tentang hudud tp saudara juga kena betul2 faham implikasi & kesannya sistem hudud jika dijalankan di malaysia yg terdiri dr berbilang kaum ini. Dr. Asri bekas mufti Perlis & Ustaz Fathul Bari yg sekurang2nya lebih bijak & berilmu drpd kita berdua ni pun beranggapan hudud belum boleh dilaksanakan di negara ini pada masa ini. Saya juga sependapat dgn saudara dlm hal utk menyokong hudud tp satu drpd kesannya ialah ketidakadilan diantara kaum. Contohnya, Nik aziz pernah mengatakan yg hudud hanyalah utk org islam sahaja. Saudara pun tahu yg sistem Hudud adalah sistem perundangan utk kes2 jenayah spt merompak, rogol, bunuh dsb. Kalau 2 org perompak..seorang india , seorang melayu ditangkap, adakah melayu dihukum dgn sistem hudud & india dgn sistem sekular? Rasulullah mengatakan kpd org2 Nasrani & Yahudi di Madinah supaya menghukum kaum2 mereka dgn menggunakan hukum dlm agama mereka sendiri sebab apa? Sebab hukum2 Nasrani & Yahudi pd zaman Rasulullah tidak ada bezanya dgn hukum hudud dlm Islam. Kalau nak dilaksanakan hudud di Malaysia, semua kaum adalah termaktub dlm sistem Islam ini sekali. Tidak ada pilih kasih antara kaum. Tanya kaum2 lain di Malaysia dulu. Adakah mereka setuju? Keadilan adalah kunci kekuatan dlm agama Islam. Fikir2kan lah.
Ketidak adilan tlh pun brlaku di M'sia a/bila orng Islam berkhalwat dan minum arak didenda, tapi India dan China boleh terlepas. Sbb tu dah trdapat org melayu skrg yg nak tukar agama sbb boleh trlepas dan tdk dimalukan (ada satu kes tu masa pasangan Islam itu ditangkap). Mahkamah syariah sndiri pun boleh di kira mcm tak adil kpd org Islam.
PadamSalam sejahtera dan terima kasih kepada Tanpa Nama20 September 2012 5:16 PTG.
BalasPadamSemoga Allah memberi kesejahteraan kepada saudara. Saya bukan orang Pas…saudara akan faham saya jika saudara baca penulisan saya itu dengan penuh. Tapi tak mengapalah jika saudara tetap beranggapan sedemikian.
Baiklah, saya bersetuju dengan kenyataan saudara bahawa Islam mementingkan Keadilan. Alhamdulillah. Kenyataan saudara berkaitan Hudud dan keadilan adalah menyerupai seperti apa yang disampaikan oleh mantan PM kita Tun Mahathir, cuma kenyataan anda lebih lembut sedikit berbanding Tun. Pertama, Tun menyatakan Hudud tiada di dalam Al Quran, kedua Tun cakap jika Hudud dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja, akan mewujudkan suasana yang tidak adil. Namun pendapat Tun itu di tegur secara direct oleh Ustaz Fathul Bari. Ustaz Fathul Bari (UFB) ni saya memang hormat padanya. Beliau sememangnya seorang berilmu, penyabar dan suka berbaik sangka. W/p ada juga sikit2 yang agak tak selari dengan pendapat saya, kesimpulannya yang paling ultimate ialah UFB tidak menolak Hudud. UFB lebih mendebatkan kepada kaedah2 perlaksanaan. Dari segi hukum Qisas dan Ta’zir pula, UFB juga ada menyatakan kesinambungan diantara 2 hukum tersebut dan Hudud. Sememangnya untuk dasar dan perlaksanaan, kita memerlukan golongan ulama yang ahli Fiqh dan bukannya Usuluddin. Namun terdapat juga sebahagian drpd penyokokng Pas yang tidak mengikuti sepenuhnya penerangan beliau telah menyatakan ketidakpuasan hati dan kritikan. Saya doakan yang terbaik untuk UFB dan bersabarlah dengan ujian Allah ini.
Definisi Hukum Ta'zir ialah hukuman ke atas kesalahan jenayah yang tidak ditetapkan kadar seksanya oleh ALLAH. ALLAH hanya memulangkannya kepada kebijaksanaan tuan hakim untuk menetapkannya. Manakala Hudud ialah hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH dalam Al Quran dan Hadis kadar hukumannya ke atas kesalahan-kesalahan jenayah tertentu, yang TIDAK DIBOLEHKAN manusia mengubah, menokok atau mengurangkannya. Wbp mesti cukup dengan syarat, jika tidak cukup syarat, Hukum Ta’zir akan mengambil tempat. Saya nak berbicara seringkas ringkas yang boleh tentang dua perkara disini iaitu pertama kesesuaian perlaksanaan dan kedua keadilan..Baiklah, apabila kita menyatakan Hukum Hudud Allah itu tidak boleh dilaksanakan oleh sebab rakyat yang majmuk, sampai bila2/kiamatlah tidak akan terlaksana Hukum Allah itu. Ini kerana tiada tempat didunia ini yang 100% berpenduduk Islam w/pun di zaman Rasulullah. Tun menyatakan bahawa Hudud pada masa itu boleh dikecualikan sebab undang2 Nasrani dan Israel hampir serupa, SEOLAH-OLAH menunjukkan Allah telah terlepas pandang perlaksanaan Hukuman Hudud itu secara global apabila Islam hidup bersama bangsa2 lain. Kita mengikut undang2 kufar sebab terdapat kaum2 minoriti lain yang berbilang. Manakala negara2 Eropah atau kafir yang lain tidak pula mengambil kira minoriti penduduk Islam dalam membentuk garis panduan undang2 kufar mereka. Sudahnya, kita seolah-olah mengiktiraf undang2 kufar itu adalah suatu yang lebih realistik, lebih adil dan lebih bersifat universal berbanding Allah yang menciptakan segala isi alam ini. – BERSAMBUNG –
- SAMBUNGAN - Banyak yang saya nak ulas tapi cukup disini dahulu. Saya hendak berbincang sedikit pula tentang keadilan. Tun mengatakan Hudud terhadap orang Islam sahaja boleh mewujudkan suasana tidak adil kepada umat Islam. Masya-Allah….saudara2 ku yang dikasihi, Hudud itu adalah suatu bentuk hukuman yang Allah beri kepada kita untuk mengelakkan hukuman yang lebih DAHSYAT di akhirat. Ada suatu kisah dizaman Rasulullah yang ingin saya kongsi tentang Hudud ini, tetapi ruang yang terhad tidak mengizinkan, InsyaAllah di penulisan yang lain. Sebagai Umat Islam, janganlah kita sewenang-wenangnya menyatakan hukuman Allah itu akan menjadi tidak adil kepada kita. Kita terlalu kerdil untuk berbicara tentang maksud perkataan ADIL itu dengan Allah. Janganlah ADIL itu di tafsirkan dengan keupayaan akal semata-mata. Ini kerana jika ADIL ditafsir mengikut hukum akal, kita boleh tersimpang jauh. Sebagai contoh jika ikut hukum akal, saya tanya kepada Saudara2 ku, Allah meletakkan kita didalam perut ibu yang dilahirkan Islam, sedangkan jiran sebelah kita ialah orang bukan Islam, yang baik hati tetapi lahir didalam keadaan kafir, adilkah itu? Kalau ikut hukum akal adilkah itu? Itu baru saya bertanya perkara yang paling asas. Saya tidak mahu bertanya lain2 yang lebih dalam untuk difikirkan. Jika kita mengikut hukum akal, hukuman zina diakhirat nanti yang berpuluh puluh malah beribu tahun didalam api neraka, pun boleh dikira tidak adil jika ikut hukum akal. Sedangkan tujuan manusia diwujudkan pun kita tidak tahu, malah malaikat sendiri pun tidak tahu, bagaimana kita hendak berbicara tentang ADIL terhadap jalan yang telah diberikan Allah.
BalasPadamKesimpulannya, di akhir zaman ini cabaran umat Islam amatlah banyak. Yang paling merbahaya sepertimana dikatakan oleh Ustaz Rasul Dahri, musuh yang paling bahaya ialah musuh didalam kubu yang cuba menyesatkan fikiran kita dengan kaedah berada dan melalui landasan yang sama seperti Syiah, Wahabi, Ulamak2 Orientalis dll. yang semua gerakannya berpunca dari yahudi. Jika Ulama2 orientalis ini diberi ruang untuk bercakap tentang Hudud Allah samada ianya perlu di laksana atau tidak, saya berpendirian mereka akan lebih mencari ruang2 hujah agar ianya tidak terlaksana. Kalau hendak Tanya mengapa? Tidak tertulis untuk saya menerangkan disini. Bagaimana jatuhnya Kerajaan Turki Usmaniah adalah antara yang saya ingin ulas sebenarnya tetapi ruang tidak mengizinkan.
Bagaimanapun kepada saudara yang menegur diatas, kalau teguran anda ihklas untuk jalan kebenaran, saya terima dengan hati yang terbuka. Ini kerana, niat teguran adalah untuk jalan pembaikan dan niat suci anda itulah yang saya ambil dengan hati yang gembira. Saya tidak ada kemampuan untuk menyalahkan saudara, jika saudara yakin dengan pendirian saudara. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kiranya anda yakin dengan pendapat anda bahawa pendirian BN terhadap hudud itu betul, maka peganglah, tapi biarlah pegangan itu KERANA ALLAH. Saya hanya menyampaikan apa yang perlu saya sampaikan. Saya doakan yang terbaik untuk saudara2 ku yang dikasihi. Amin…