Khamis, 20 September 2012

Setiausaha Politik Tok Pa Meninggal Dunia..



Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapha Mohamed, Datuk Dr Azmi Setapa,52, meninggal dunia pada pagi Khamis di Kuala Lumpur.
Beliau pernah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri, Ayer Lanas pada pilihan raya umum 2008.
Anak jati Kelantan ini pernah menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1984, sebelum melanjutkan pengajiannya ke Universiti Glasgow, Scotland (1986) dan Universiti Exeter, England (1993).
Beliau pernah menjadi pensyarah di Universiti Utara Malaysia pada 1994, seterusnya Pengarah Ekonomi di Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan (NCCIM) pada 1995 dan Pengarah Eksekutif di Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (Cawangan Kuala Lumpur) pada 1996.
Semasa bertugas sebagai Ketua Bahagian Kajian Dasar di Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) beliau dilantik oleh Mustapa yang ketika itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, untuk menjadi Perunding Kumpulan Globalisasi dan Agenda Melayu di Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada tahun 2005.
Khabarnya beliau meninggal dunia akibat serangan jantung, jenazah beliau dijadualkan dibawa balik ke Kampung beliau di Kampung Laut, Tumpat Kelantan.
Semoga Allah mencucuri roh Allahyarham...amin Alfatihah

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan