Ahad, 23 September 2012

Panas..! Ngeh & Nga Kena Tampar..!

Itu sebab orang tua tua kata..telajak perahu boleh diundur..telajak kata..badan binasa!

ngeh, nga dan ngok!
BERUAS: Seramai 20 anggota DAP di Taman Bintang, Pantai Remis di sini, Sabtu mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).
Mereka berkata langkah menyokong BN itu dibuat apabila DAP tidak mengotakan segala janji yang ditabur selama ini.
Seorang daripada mereka yang keluar parti, S. Ravee, 39, berkata beliau mengambil keputusan untuk keluar DAP kerana parti itu tidak menunaikan segala janji untuk membantu penduduk di kawasan itu. "Mereka juga janji untuk bagi kami satu ekar (0.4 hektar) tanah untuk kami bina rumah atau untuk buat projek tanaman selepas kami isi borang berharga RM60 tapi sampai sekarang janji itu tidak ditunaikan," katanya pada sidang akhbar pada Sabtu.
Pada majlis itu, anggota DAP yang keluar parti bertindak memotong kad keahlian parti itu sebagai simbolik tindakan mereka menyertai BN.
Sementara itu, Timbalan Ketua Umno Bahagian Beruas Datuk Azhar Ahmad berkata rakyat di kawasan itu mula sedar akan kesungguhan BN dalam membantu rakyat.
Beliau juga yakin BN dapat menawan semula Parlimen Beruas pada pilihan raya umum ke-13. Pada pilihan raya umum lepas kawasan Parlimen itu dimenangi Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham manakala kawasan Dewan Undangan Negeri Pantai Remis dimenangi Setiausaha DAP negeri Nga Kor Ming.-BERNAMA
Kan..penyokong dah lari..! kan dah dapat tamparan dari penyokong sendiri! nasib baik tak kena tampar!
Lu Fikir La Sendiri!!!

    2 ulasan:

    1. PE'EL KEPALE2 GENGSTER DEEAYYPIG MAKIN BESAR..AHLI PUN DAH TAK BLEY TAHAN..DON WORI BROO..ADA LG YG NAK KUAR..TGH TUNGGU MASE JEK HUHUHUHU

      BalasPadam
    2. dlm gambar kt atas nama yg aku nk gelak adalah ngok! memang padan la dgn org dan parti yg dipimpinnya!

      BalasPadam