Ahad, 27 Mac 2011

Nik Najis Munafik..! 300 Peniaga Diarah Pindah..


KOTA BARU: Seorang usahawan menawarkan sebanyak RM5 juta untuk membeli Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) bagi menyelesaikan kemelut kira-kira 300 peniaga yang diarah berpindah ke tempat baru.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata usahawan itu, Sheikh Ahmad Rozi Sheikh Ahmad yang juga Bendahari Umno Kota Baharu, sanggup membelinya daripada sebuah syarikat yang dilaporkan telah membayar RM3.8 juta kepada kerajaan negeri untuk bangunan pasar lama tersebut.

"Sheikh Ahmad Rozi telah menghubungi saya untuk menawarkan membeli bangunan itu semata-mata mahu menyelesaikan masalah peniaga yang telah diarah berpindah segera pada 30 Mac ini oleh syarikat terbabit.

"Saya harap syarikat terbabit setuju untuk menjual kepada beliau kerana ini bukan sahaja menyelesaikan masalah peniaga, tetapi syarikat itu juga akan mendapat keuntungan sebanyak RM1.2 juta," katanya pada sidang akhbar, Ahad.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB Ab Salim Ahmad, seorang peguam Norazli Ahmad dan Ketua Pemuda Umno Kota Baharu Rosmadi Ismail.

Mohd Fatmi, yang juga Ketua Umno Kota Baharu, berkata jika syarikat itu menjual bangunan tersebut kepada Sheikh Ahmad Rozi, peniaga akan dibenarkan berniaga seperti biasa sementara menunggu ditempatkan di bangunan lain.

"Dengan ini, mereka tidak lagi perlu berpindah di Bazar Tok Guru, yang mencetuskan kontroversi, dan jika dijual kepada usahawan ini, peniaga akan terus berniaga sementara menunggu bangunan baru yang lain, dan lebih selesa daripada Bazar Tok Guru ini," katanya.

Beliau berkata semua peniaga itu menerima notis untuk mengosongkan premis daripada Blue Lang Management beberapa hari lepas.

"Ini satu penipuan oleh kerajaan negeri kerana Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berjanji peniaga itu dibenarkan berniaga sehingga 30 Mei depan, tetapi tiba-tiba syarikat terbabit telah mengeluarkan notis agar (peniaga) berpindah lebih awal," katanya.

Sementara itu, Ab Salim berkata semua peniaga bertekad untuk tidak keluar daripada premis yang mereka duduki hampir 30 tahun.

"Ini tempat kami mencari rezeki. Kenapa kami dihalau sebegini rupa dan di mana janji Menteri Besar untuk kami terus berniaga kira-kira untuk dua bulan lagi," katanya.- BERNAMA

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. TU PSL WALLY SLIPOR MAKIN BENGAP SBB TERLAMPAU BYK SGT BUAT FATWA MERAPU SAMPAI OTAK BEKU TAK BLEH NAK BANTU RAKYAT KEHKEHKEH

    BalasPadam
  2. subhanallah...

    BalasPadam
  3. Ya Allah... Ampun la dosa2 mereka...

    BalasPadam