Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini mengecam tindakan sekumpulan ahli Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang mengadakan perhimpunan haram di hadapan universiti tersebut malam tadi.
Yang Dipertuanya, Muhammad Afiq Fikri Mislan berkata, tindakan tersebut bukan sahaja memalukan golongan mahasiswa malah mencemarkan nama baik UPSI yang berdekad lamanya melahirkan ramai negarawan dan tokoh pendidik.
Muhammad Afiq Fikri berkata, pelajar UPSI tidak sepatutnya dikaitkan dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu kerana hampir kesemua peserta perhimpunan itu disertai pelajar luar.
“Kami sama sekali tidak setuju dengan demonstrasi ini kerana ia mengganggu kehidupan pelajar. Mereka yang terlibat dalam demonstrasi ini bukan semuanya mahasiswa UPSI.
“Jika ada pun yang terlibat, mungkin seorang dua dan ia tidak langsung mewakili suara keseluruhan mahasiswa UPSI. Mereka adalah golongan minoriti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Cuma Seekor dua jer...hakikatnya majoriti mahasiswa di UPSI ada otak dan ada akal! mereka waras dan tahu bahawa tugas mereka ialah belajar dengan cemerlang ! jauh sekali nak meletakkan diri mereka hina menjadi hamba sahya, kuda suruhan yang hanya mengejar glamour dan wang ringgit yang disogok!
Mereka penyokong kedamaian! mereka penyokong Kerajaan BN sebenarnya! mereka tahu berterima kasih dan tahu bersyukur..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan