Khamis, 28 Mac 2013

Jangan Buat Kerja Orang Boleh Tak?


Puak pembangkang seakan ceret beret bila YAB PM masih belum lagi membubarkan Dewan Rakyat. Tuduhan demi tuduhan diungkapkan seakan mereka sahaja la yang betul dan tahu memerintah negara. Mereka la yang bijak dalam menentukan masa yang sesuai untuk membubarkan Dewan. 

Jelas la puak pakatan haram ni tak reti dalam menilai bidang kuasa yang ada kepada seorang Perdana Menteri. Itu hak mutlak seorang Perdana Menteri. Apa yang korang sebok?

Ada pulak yang kata dah lambat...bila masa pulak lambat pun kita tak tahu sifir mana dia orang pakai? Kalau semua nak buat kerja Perdana Menteri bermakna kerja puak pakatan ni tak pernah selesai dan tertunai ler...sama macam manifesto dia orang ler tu. Sedar diri ler..! buat kerja sendiri, jangan buat kerja orang lain..!!!

Sistem pentadbiran dan pilihan raya negara ini menyaksikan satu lagi detik bersejarah apabila Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri hari ini.
Mandat semasa kerajaan Negeri Sembilan berakhir tengah malam tadi, membolehkan pilihan raya diadakan dalam tempoh 60 hari.
Ini kali pertama Dun sebuah kerajaan negeri terbubar dengan sendiri - berbeza dengan apa yang disaksikan sepanjang 12 pililihan raya umum lalu.
Ketika ditemui wartawan semalam, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Adun negeri itu perlu terus berkhidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing walaupun tidak lagi bergelar 'Yang Berhormat' selepas pembubaran Dun secara automatik.
Kata beliau, biarpun mandat rakyat selepas dipilih pada Pilihan Raya 2008 lalu tamat, mereka masih boleh menabur bakti sebagai anggota atau pemimpin dalam parti politik masing-masing.
Beliau yang juga Adun Rantau berkata, semua Adun terutama daripada Barisan Nasional (BN) perlu memainkan peranan itu bagi memastikan masalah rakyat dapat diselesaikan dan meningkatkan sokongan mereka terhadap BN.
Parlimen penggal ke-12 akan terbubar secara automatik pada 30 April ini dan Dun Negeri Sembilan pula merupakan Dewan pertama yang terbubar sendiri iaitu tengah malam tadi.
Mohamad berkata, beliau telah menghadap Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini bagi memaklumkan Dun akan terbubar secara sendiri dan memberi taklimat kepada baginda mengenai fungsi kerajaan sementara untuk menguruskan negeri.
Katanya, kerajaan sementara itu tidak akan membuat keputusan besar dan hanya meneruskan apa yang telah dilaksanakan sebelum ini selain mengurus soal kebajikan rakyat dan penjawat awam.
ADA YANG MUNTAH DARAH KER?
LU FIKIR LA SENDIRI!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan