Khamis, 28 Mac 2013

TERKINI...Wan Azizah Bertanding DUN...!


Nampaknya setelah Anwar mengumumkan lari meninggalkan Permatang Pauh dan dijangka lari ke Gopeng Perak, Nurul Izzah yang berice cream akan cuba menentang Raja Nong Chik di Lembah Pantai, Nuruk Nuha dikatakan bakal dijadikan kambing hitam untuk kekal mempertahankan nama busuk Anwar di Permatang Pauh kini... Wan Azizah pula bercadang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor di Sementa mahu pun di dalam Parlimen Shah Alam.

Laki, bini, dan anak anak..! parti PKR ( parti keluar ramai ramai ) jer yang mampu buat macam ni..! Itu yang azmin ice cream dan Saipudin Nasution tak boleh tahan...kena buat sesuatu..!!!

Tak gitu?

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Khamis membayangkan kemungkinan akan bertanding di kerusi dewan undangan negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 ini.
"Saya memang layak untuk bertanding di DUN, tapi perkara ini masih dalam perbincangan tidak formal," katanya kepada pemberita, di sini.
Dr Wan Azizah yang ditemui selepas penyampaian sumbangan kepada balu dan keluarga wira negara yang terkorban di Lahad Datu, ditanya mengenai desas-desus beliau akan bertanding di DUN pada pilihan raya umum kali ini.
Beliau yang dikaitkan dengan DUN Sementa dan satu kerusi DUN di Shah Alam juga hanya tersenyum ketika ditanya mengenai perkara itu.
Pada pilihan raya umum 2008, Dr Wan Azizah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti 13,388 undi, mengatasi calon Barisan Nasional Datuk Pirdaus Ismail.
Beliau bagaimanapun meletak jawatan pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding pada pilihan raya kecil kawasan itu. BERNAMA
LU FIKIR LA SENDIRI!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan