Rabu, 27 Mac 2013

Bubar? Masih Didalam Kesamaran...


Tarikh pilihan raya terus jadi teka teki

Jurufoto media tempatan menunggu kehadiran perdana menteri di Istana Negara sejak pukul 7 pagi di Jalan Duta, hari ini.

KUALA LUMPUR 27 Mac - Sekumpulan wartawan dan jurufoto media tempatan terus hampa selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak kelihatan hadir ke Istana Negara hari ini.

Seperti biasa sebelum mesyuarat Kabinet setiap hari Rabu, Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Sebelum ini tiada tumpuan media ketika Najib seperti biasa memasuki istana kira-kira pukul 7.50 pagi setiap Rabu dan menghabiskan masa sehingga satu jam, namun disebabkan tarikh pembubaran Parlimen semakin hampir, rutin tersebut menarik perhatian para media.

Hari ni, ada dalam kalangan media yang hadir sudah berada di Istana Negara sejak pukul 7 pagi lagi.
Difahamkan Tuanku Abdul Halim berada di Langkawi untuk melawat Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013. - UTUSAN


LU FIKIR LA SENDIRI!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan