Jumaat, 22 Mac 2013

Kejadian Tembak Menembak Berlaku Malam Tadi Serta Anwar Memalukan Suku Sulu...!

Kejadian tembak menembak diantara pengganas dan pasukan keselamatan dilaporkan berlaku di Kampung Embara Sakti kira kira jam 11 malam tadi.

Astro Awani difahamkan, usaha mengepung saki baki pengganas itu telah dilakukan sejak jam 9 malam lagi. Difahamkan juga, usaha memindahkan penduduk kawasan berkenaan sedang dijalankan kerana kawasan itu bukan kawasan zon merah atau kawasan larangan.

Kampung Embara Sakti terletak kira kira 40 kilometer dari Felda Sahabat 17, lokasi utama penggeledahan dan pembersihan sedang giat dijalankan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika ditemui enggan memberi sebarang ulasan mengenai insiden itu.

Katanya, sidang media mengenai kejadian itu akan dilakukan pada pagi Jumaat.


Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan bahawa kes lapan rakyat Filipina yang didakwa di Mahkamah Tawau hari ini bukan persoalan kaum tetapi soal aktiviti pengganas. Beliau berkata dalam soal undang-undang, bukan suku kaum yang dilihat, sebaliknya kesalahan individu atau kumpulan terbabit sama ada menyalahi undang-undang ataupun tidak. 


"Bagi saya, ini bukanlah persoalan kaum, sebaliknya ini adalah persoalan pengganas. Jangan lupa, orang kita (Melayu) pun ada. Contohnya Yazid Sufaat yang didakwa terhadap pertuduhan menggalakkan keganasan bagi mengugut orang awam di Syria. 



"Dalam undang-undang kita tidak tengok dari segi itu (suku kaum). Saya tidak terkejut jika orang lain (suku lain) pun ada masuk (kumpulan pengganas)," katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau di sini hari ini apabila diajukan soalan sama ada kelapan-lapan tertuduh dalam insiden pencerobohan Sabah itu daripada kaum Suluk atau sebaliknya. 


Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Ketua Siasatan Jenayah Sabah Senior Asisten Komisioner Omar Mamah, timbalannya Asisten Komisioner Mohd Shariff Wahid dan Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah. 


Abdul Gani berkata setiap orang mahukan keadilan dan sesiapa yang patut dihukum perlu dihukum. Selain itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak mahkamah kerana memahami kepentingan kes pendakwaan ke atas lapan tertuduh Filipina dengan mempercepatkan pendengaran kes. 

Beliau juga memuji anggota keselamatan yang sentiasa bersedia dan prihatin dalam soal keselamatan.  

"Kalau kita lihat (masa) kita nak tuduh pun begitu ramai polis berkawal. Kita juga hendak anggota polis ini menjaga keamanan. Jadi kita perlu perkara ini dipercepatkan," katanya. - BERNAMA


LU FIKIR LA SENDIRI..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan