Ahad, 13 April 2014

Jangan Makan Daging Lembu..!


Kan ke senang kalau KPDNKK cakap ajer JANGAN MAKAN DAGING..! macam mana yang pernah dituturkan oleh Menteri nya dulu..! Kita pun makin tak faham apa sebenarnya kuasa yang ada dan peranan yang boleh dimainkan oleh KPDNKK..!

Dalam kita sebok menjelaskan akan kebaikan GST terutama didalam mesyuarat cawangan yang sedang berlangsung kini tetiba muncul kenyataan sebagaimana dibawah ni..! nak meyakinkan orang UMNO pun Ahmad Maslan gagal macam mana nak menyuburkan keyakinan kepada rakyat..! lagi pula ditambah dengan kenyataan sebegini…!!!

ALOR SETAR: KPDNKK mengakui kemungkinan berlaku kenaikan harga daging, namun akan pastikan ia tidak membebankan pengguna terutama pada musim perayaan nanti. 

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata ini kerana daging segar berada senarai barangan kawalan dan pihak kementerian akan memastikan kenaikan yang berlaku dipantau untuk mengelak ia melebihi paras siling ditetapkan. 

'Kita akan adakan perbincangan dengan MOA ( Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) termasuk penternak untuk mengenal pasti bekalan daging di pasaran mencukupi dan jika perlu ada kenaikan, ia tidak melambung terlalu tinggi. 

"Kita akan pastikan harga tidak membebankan bukan saja pengguna, tetapi juga penternak... maksudnya ada situasi 'win-win' (menang-menang) kepada semua pihak," katanya, di sini, hari ini.

Sepatutnya Kementerian perlu lebih cerdik dalam membuat kenyataan dengan menekankan usaha agar kenaikan harga daging dapat dibendung didalam pasaran terutama dalam menghadapi musim perayaan yangbakal tiba..! bukannya membuka jalan kepada peniaga untuk menaikkan harga apabila tiba musim perayaan nanti..!

Akai ada ke..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Menteri dan TM tak serik2 lagi nak keluarkan kenyataan yg sedemikian rupa.
    Masih tak ambil ikhtibar yg kenyataan2 tersebut menempelak kepincangan diri sendiri.

    BalasPadam
  2. Kalau Macam tu apa kata jangan jadi Menteri kalau tak tau selesaikan masalah. Senang cerita.

    BalasPadam