Rabu, 9 April 2014

MH 370 ~ Harapan Cerah..!


Harapan cerah secerah suasana pagi ini..!


Isyarat panjang yang dikesan di Lautan Hindi tengah malam Sabtu dan awal pagi Ahad lalu memberi sedikit kelegaan kerana ia konsisten dengan perakam data kotak hitam dan perakam kokpit dalam pesawat.

Ia adalah petunjuk paling kukuh dikesan di kawasan di mana MH370 dilaporkan berakhir, sekali gus diharap dapat menjawab misteri kehilangan pesawat itu sejak 31 hari lalu. 


Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang menyelaras usaha mencari MH370 itu juga menyifatkan penemuan itu sebagai ‘yang paling kukuh dan terbaik yang kita dapat dalam tempoh 31 hari’. 


“Saya ingin melaporkan satu perkembangan amat menggalakkan yang berlaku dalam tempoh 24 jam lalu. Ocean Shield telah mengesan dua isyarat yang konsisten dengan kotak hitam.

“Dengan perkembangan terbaru ini, kita yakin berada berdekatan dengan di mana kita mahu berada. Kita ada suara audio seperti isyarat kotak hitam,” kata Ketuanya, Angus Houston pada sidang media semalam.

Isyarat itu dikesan oleh kapal Ocean Shield yang membawa peralatan mengesan kotak hitam dan merakam dua isyarat panjang sejak tengah malam kelmarin.

TPL rakam dua isyarat 
Kedua-dua isyarat dirakam menerusi Towed Pinger Locator (TPL - alat pengesan ping) dalam tempoh kurang 24 jam pada jarak kurang dua kilometer, di lokasi kira-kira 1,650 kilometer ke barat laut Perth.

Isyarat pertama dikesan berlarutan selama dua jam 20 minit sebelum hilang dan diterima semula beberapa jam kemudian apabila Ocean Shield berpatah balik ke kawasan sama. Isyarat kedua dirakam selama 13 minit.

Frekuensi yang direkodkan adalah 33.3 kHz dan berulang setiap saat serta konsisten dengan bateri kotak hitam yang semakin lemah. Frekuensi biasa kotak hitam ialah 37.5 kHz.

Houston berkata, lokasi isyarat itu dikesan mempunyai kedalaman 4.5 kilometer dan Ocean Shield diarahkan terus membuat rondaan untuk mendapat hubungan semula dengan isyarat itu. 

“Jika dapat disahkan, kapal itu akan menanda kawasan berkenaan sebelum menghantar Bluefin-2 Autonomous Underwater Vehicle (AUV - kapal selam mini tanpa pemandu) untuk membuat pemetaan lokasi dan mencari objek yang ada kaitan dengan MH370 di dasar laut,” katanya.

Perlukan beberapa hari

Bagaimanapun, beliau mengingatkan pasukannya memerlukan beberapa hari atau minggu sebelum dapat mengesahkan isyarat itu daripada kotak hitam MH370.

Katanya, lokasi isyarat dikesan Ocean Shield dan kapal China, Haixun 01, Jumaat lalu berada dalam kawasan carian yang ditetapkan pasukan penyiasat di Kuala Lumpur walaupun perbezaan jarak kira-kira 600 kilometer.

“Bagaimanapun, kawasan harapan kita sekarang ialah pada kedudukan Ocean Shield, iaitu di bahagian utara kawasan carian," katanya.

Ditanya sama ada beliau optimis dengan perkembangan terbaru itu, bekas Panglima Angkatan Tentera Australia itu berkata:

“Saya lebih optimistik kali ini berbanding minggu lalu”.

Sementara itu, Komander Pasukan Petugas Khas Misi Mencari MH370, Komodor Peter Leavy, berkata isyarat akustik dikesan ketika TPL diturunkan sehingga tiga kilometer di bawah permukaan air.

Ocean Shield kini bergerak dalam formasi empat segi dan sudah melakukan lima pusingan di kawasan sama. Lokasi tumpuannya 7.2 kilometer persegi dan setiap pusingan dijangka mengambil masa tujuh hingga lapan jam.

Lu FIkir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan