Ahad, 6 April 2014

MH 370 ~ Rakyat Pertahan ATM Atau Sebaliknya..!!!


Memang benar bahawa rakyat perlu patriotik..! itu sejak sekolah rendah lagi cikgu dah ajar..! Cuma apa yang rakyat mahukan ialah penjelasan..! 

Penjelasan bagaimana tiada tindakan yang diambil oleh pihak Tentera apabila berjaya mengesan sebuah objek terbang yang tidak dikenal pasti melintasi Semenanjung Malaysia? Sedangkan di dalam masa yang sama pihak Kerajaan tahu bahawa sebuah pesawat kepunyaan MAS MH 370 telah hilang dari radar..!!!

Minggu lepas baru KD Lekiu tiba di Perth dan hari ini kita dihidangkan pula dengan khabar berita yang pesawat C-130 Hercules ke tiga baru tiba..! apa yang lambat sangat? 

Jadi kita tanya ni tak patriotik ke? 

KUALA LUMPUR 5 April - Rakyat diseru bersatu mempertahankan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menerima pelbagai tohmahan daripada pihak luar serta pimpinan pembangkang berhubung pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 29 hari lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pelbagai tuduhan yang dibuat termasuk memburuk-burukkan negara ini adalah tidak tepat malah sepatutnya perkara itu tidak timbul memandangkan fokus sekarang adalah mencari pesawat tersebut.

“Saya mahu tegaskan tuduhan-tuduhan ini tidak tepat dan pencarian MH370 sepatutnya melebihi soal politik.

“Sehubungan itu, saya menyeru setiap rakyat Malaysia untuk bersatu dan mempertahankan pasukan tentera kita yang berada ribuan kilometer dari kampung halaman dan bekerja keras dengan pasukan negara jiran tanpa mengenal erti penat untuk mencari pesawat itu," katanya dalam sidang akhbar yang turut dihadiri Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin, di sini hari ini.

Patut la negara aman dan makmur kerana rakyat rupanya perlu mempertahan ATM..!!!

PERTH: Pesawat C-130 Hercules ketiga milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Pearce pada Ahad untuk membantu operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang.

Pesawat tambahan itu adalah sebahagian daripada usaha Malaysia untuk mempertingkatkan pencarian pesawat MH370 selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rancangan untuk menghantar lebih banyak aset ketenteraan semasa lawatan dua hari beliau ke Australia pada Khamis lepas. 

Pegawai Pemerintah Skuadron Ke-20 TUDM Mejar Muhammad Jafri Suboh berkata pesawat C-130 itu tiba pada 12.30 tengah hari bersama-sama 33 pegawai dan anggota tentera. 

"Kami sudahpun mempunyai dua pesawat C-130 yang menyertai operasi pencarian sejak 29 Mac lepas dan pesawat tambahan itu akan melengkapi pasukan kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pangkalan udara Pearce pada Ahad. 

Bersyukur la kerana akhirnya aset kita bertambah jugak dalam proses SAR MH 370 ni..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Komen