Ahad, 2 Disember 2018

1MDB ~ DOJ Pun Jho Low Rasuah..!


Kalau DOJ pun dia boleh suap..! apa lagi yang di dalam negara..! Patut la muntah dedak puak ni..! 

Lagi pun.. Mat Saleh tu kan orang..! Reti lapar..! Reti jugak beli beg tangan..! Reti pakai jam tangan..! Reti jugak nak itu ini..!

Bekas pegawai DoJ mengaku bersalah dalam kes 1MDB

Seorang bekas pegawai Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) mengaku bersalah berkomplot menipu bank di AS.

George Higginbotham merupakan bekas pegawai DoJ dan dituduh melakukan dua perkara yang berbeza, tetapi berkaitan dengan 1MDB.

Ini merupakan orang kedua mengaku bersalah selepas bekas pegawai Goldman Sachs Tim Leissner, mengaku mencuri dari 1MDB.

Tuduhan pertama adalah melibatkan kesalahan beliau melobi pihak berkuasa Amerika untuk tidak meneruskan siasatan terhadap skandal 1MDB.
Tuduhan kedua adalah menipu pihak berkuasa AS dalam mengalihkan wang haram ke bank-bank Amerika dalam usaha untuk membiayai tuduhan pertama beliau.

Wang sebanyak RM300 juta (AS$73 juta) akan dirampas oleh pihak DoJ setelah DoJ mendapati akaun-akaun ini dimiliki dan dikendalikan oleh rakan subahat Jho Low.

BACA: DoJ rampas RM300 juta dari akaun milik Jho Low

Jabatan Kehakiman berkata dalam satu kenyataan bahawa 'arkitek' yang didakwa oleh skandal 1MDB itu, iaitu Jho Low, telah mengupah George Higginbotham.

Higginbotham pada waktu itu memejang jawatan Pegawai Khusus Kongressional Kanan (Senior Congressional Affairs Specialist) di Jabatan Kehakiman.

DoJ mendakwa bahawa Higginbotham telah menggunakan jawatan beliau untuk mengalihkan ratusan juta ringgit yang dicuri dari dana 1MDB untuk digunakan dalam usaha melobi pihak berkuasa AS.

Higginbotham mengaku bersalah atas tuduhan ini dan berkata beliau telah berkomplot untuk membuat kenyataan palsu kepada bank-bank Amerika tentang sumber dan tujuan dana ini, dan juga menipu bank dengan pinjaman palsu dan dokumen perundingan.

Wang yang dipindahkannya kemudiannya digunakan dalam kempen melobi untuk menyelesaikan perkara-perkara sivil dan jenayah yang berkaitan dengan penyiasatan jabatan ke dalam skandal 1MDB itu untuk menggelapkan berbilion ringgit dari 1MDB.

Higginbotham dalam siasatan 1MDB?

Menurut DoJ, Higginbotham tidak memainkan peranan dalam siasatan 1MDB dan tidak mempengaruhi sebarang aspek siasatan ke dalam skandal ini.

Unit yang sedang menyiasat skandal 1MDB dikendalikan oleh Unit Kleptokrasi DoJ, di mana Higginbotham bukan merupakan salah seorang ahli daripada unit ini.



Baca lagi...

Laporan: DOJ akan rampas RM300 juta dalam akaun Jho Low

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dilaporkan dalam usaha merampas lebih RM300 juta (AS$73 juta) yang menurut mereka diselewengkan ahli perniagaan Low Taek Jho daripada 1MDB.
Menurut Astro Awani yang memetik saman sivil DOJ di Mahkamah Daerah Columbia (DC), wang tersebut disimpan dalam empat akaun yang berkaitan secara langsung dengan Jho Low.
Akaun tersebut adalah di Morgan Stanley menggunakan nama Anicorn LLC (RM155 juta), di Wells Fargo menggunakan nama Artemus Group LLC (RM88 juta), dan dua akaun di Citibank menggunakan mana Higginbotham (masing-masing menyimpan RM105 juta dan RM46 juta).
Menurut laporan itu lagi, pengumuman rampasan dibuat Penolong Peguam Negara Amerika Brian A Benczkowski daripada DOJ, Penolong Pengarah Penjaga William Sweeney Jr daripada FBI, dan Agen Khas yang Bertugas Keith Bonanno dari Pejabat Penyiasatan Siber.
Jho Low yang kini menyembunyikan diri didakwa mengubah wang haram berkaitan 1MDB melalui sistem kewangan negara itu.
Pada 1 November lalu, dia dihadapkan pertuduhan berkonspirasi melakukan pengubahan wang haram dengan jumlah berbilion dolar daripada 1MDB dan berkomplot melanggar Akta amalan rasuah Asing (FCPA) Amerika.
Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
Bekas jurubank Goldman Sachs, Tim Leissner yang turut didakwa telah mengaku bersalah.
Menurut laporan itu lagi, aduan menyatakan kebanyakan akaun tersebut dibuka untuk menerima puluhan juta dolar dari akaun luar negara yang dikendalikan Jho Low.
Ia dilakukan oleh penyanyi rap Michel Prakazrel, atau Pras, dan bekas pegawai DOJ George Higginbotham pada 2017.
Prakazrel dan Higginbotham didakwa membuat kenyataan palsu dan mengelirukan kepada institusi kewangan negara itu, terutama dalam soal sumber dana, kata laporan itu lagi.
Menurut laporan itu lagi, wang dalam akaun itu digunakan untuk mempengaruhi penyiasatan DOJ terhadap Jho Low. 
"Michel dan Higginbotham menipu institusi kewangan Amerika Syarikat dan mencairkan jutaan dolar ke Amerika Syarikat sebagai bagian dari upaya untuk tidak mempengaruhi penyisihan jabatan ke dalam penyelewengan dan skema penyuapan besar-besaran yang melibatkan 1MDB. 
"Divisyen Jenayah dan rakan penguatkuasaan undang-undang kami akan melakukan segala yang kami dapat untuk mengesan, merampas, dan kehilangan hasil rasuah asing yang mengalir melalui sistem kewangan AS," kata Benczkowski seperti dipetik.
Teringat si Arul Kandar..! Agak agak tengah buat mangkuk sekor tu? Masih ada dalam Malaya atau dah cabut?
Berapa juta dapat dedak semasa pusing Malaya untuk menutup bangkai gajah tika berkuasa hari tu? Bila nak kena songket mamat ni?
Atau dah mam?
Bangkai walau macam mana cuba di tutup pasti tetap berbau..!
Lagi pulak bila dah bocor..! Mana mahu lari?
Lu Fikir La Sendiri..!

3 ulasan:

  1. Ini mmg. BLOGbangkai BABI, penuh dgn. PENGELAP2 JUBOQ puaka2 DAPeliwat BINATANG!!

    Semua TUDUHAN2 PALSU ke atas pemimpin2 AGUNG Bumiputera/Orang Asal kami, terutamanya dr. UMNO, iaitu, YAB DS Najib dan Isteri terCINTA, YAB DS Rosmah, YAB TS Musa Aman dan YAB DS Zahid terCINTA kami - sebenaqnya nak MENUTUP jenayah2 ROMPAKAN2/RASUAH2 oleh rejim BANGKAI2 PARASIT PENJAJAH/PENGGANAS madey anak beranak PAR*A/DAPanjing KURAP HOMO JIJIK/warisanHOMO-KULI2 puaka2 ZIONIS Freemason CIA/MOSSAD-IS(IS)rael/SOROS, terutamanya ASET2 NEGARA/BUMIPUTERA/ISLAM dr. KHAZANAH NASIONAL, PETRONAS; TANAH2 pusaka kami dr. PEMBATALAN PROJEK2 rakyat spt. ECRL, HSR dll, dan hasil MINYAK/GAS dr. SABAH, SARAWAK, KELANTAN dan TERENGGANU!!

    Yg. RASUAH2/ROMPAKAN2 ni TAK pula lu MELALAK ya, si BLOG BANGKAI ANJING oi - di

    https://www.malaysia-today.net/2017/10/13/mahathirs-rm160-billion-banking-empire/

    Mahathir’s RM160 billion banking empire

    Raja Petra Kamaruddin

    Malaysia Today
    Oct 20, 2017

    (Tok Terkedu)

    BalasPadam
  2. Sejak bila pulak ko jd blogger bongok yg makan dedak tuan baru? Putra merdeka konon. Apa merdekanya otak ko. Tuan baru ko tu dulu pernah kata "seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah sehingga mahkamah dapati dia bersalah". Itu bukan org lain kata tp tuan dedak ko skrg yg kata. Org yg ko benci skrg ni mahkamah mana yg dh jatuh hukum? Belum ada kan! Cuma mahkamah pentas je jg jatuh hukum bersalah termasuk melalui mulut tuan pendedak baru ko tu. Tuan baru ko tu melayu aku rasa sbb tu dia mudah lupa. Maksud aku lupa apa yg dia pernah kata...kikiki

    BalasPadam
  3. Kita semua akui,bahawa Najib telah menjadi mangsa penipuan ,angkara KEBODOHAN SENDIRI. Iaitu menurunkan Tanda tangan tanpa mengetahui isi kandungan dokumen. Dah lah bodoh, TAKUT BINI pula tu . Puaka betul....



    BalasPadam