Isnin, 31 Disember 2018

Pecah Semakin Parah..!

Namanya tidak jauh beza - Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Warnanya juga sama iaitu merah. Sebagai parti serpihan, kebanyakan anggota Bersatu pastinya datang daripada Umno.
Pada awal perhimpunan agung tahunan Bersatu Jumaat lalu, ramai menjangka ia akan berkisar tentang cabaran itu - dalam begitu banyak persamaan, bagaimana Bersatu ingin membezakan dirinya daripada Umno.
Namun selepas tiga hari berlangsung, terlihat satu lagi cabaran yang mendepani Bersatu untuk terus bergerak ke depan, iaitu tidak menjadi Umno.
Ia dapat dilihat dalam pertembungan dua golongan dalam parti - di satu kutub, golongan 'tua' yang masih dibayangi budaya lama Umno dan di satu kutub lagi golongan 'muda' yang tidak mahu sama sekali disamakan dengan parti itu.
Ironinya kemasukan anggota baru daripada Umno dibangkang hebat oleh sebahagian dalam parti itu atas sebab tidak mahu budaya itu menyusup ke dalam Bersatu.
Pertembungan dua golongan itu dapat dilihat jelas ketika sesi penggulungan ketua pemuda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan naib presiden Ab Rashid Ab Rahman.
Syed Saddiq dilihat berang apabila ada perwakilan yang secara terbuka menggesa kontrak kerajaan diberikan kepada anggota parti.
"Tengok Umno dulu pun tak berani bincang perkara seperti ini di khalayak umum. Mana maruah kita?"
Tidak lama kemudian, Ab Rahman - tanpa menyebut Syed Saddiq secara khusus - menyifatkan bantahan terhadap gesaan perwakilan itu sebagai "pandangan bodoh".
"Dalam PRU kita kena menang by hook or by crook - dengan apa cara sekalipun - kita kena menang."
Kedua-duanya menerima sorakan dan tepukan gemuruh perwakilan.
Muda lawan tua
Pertembungan dua golongan itu juga terlihat dalam soal pengambilan pemimpin dan anggota Umno ke dalam parti itu.
Sementara perbahasan dibuat secara tertutup, isu yang dibahaskan dibangkitkan pemimpin ketika sesi penggulungan hari ini.
Kemasukan mereka dibimbangi meminggirkan pemimpin di kalangan golongan muda yang merangkumi 65 peratus keahlian parti.
Peminggiran bakat muda merupakan isu yang sering dikaitkan dengan Umno.
Pengerusinya Dr Mahathir Mohamad hari ini meluahkan kekecewaannya apabila mendapat aduan peminggiran ini telah berlaku dan berkata parti itu akan mengikut jejak langkah Umno jika ia berterusan.
Bagaimanapun kedua-dua golongan ini bersetuju dalam satu perkara - dan ia perkara yang membezakannya dengan Umno - iaitu agenda Melayu-Bumiptera perlu kekal sebagai asas perjuangan.
Namun ia bukanlah sama seperti apa yang turut dibawa Umno, sekurang-kurangnya dari segi retorik.
Tongkat yang berbeza
Jika ketika perhimpunan agung Umno retorik Ketuanan Melayu yang sering digunakan, perhimpunan Bersatu lebih menyebut kepada Melayu yang memerlukan.
Jika Umno melihat 'tongkat' sebagai pusaka yang tidak boleh dipersoal sama sekali, Bersatu melihatnya sebagai keperluan untuk membantu Melayu untuk berjalan. Apabila sudah mampu berlari, ia akhirnya tidak diperlukan lagi.
“Bagi yang lemah, tongkat boleh membantu. (Tapi) Bantuan seperti ini tidak harus dikekalkan. Apabila sahaja kekuatan kembali tongkat perlu digugur,” kata Mahathir, yang konsisten mengatakannya sejak sedekad yang lepas. 
Melihat kepada realiti politik, ia adalah pendekatan strategik.
Ia penting bagi meraih sokongan orang Melayu. Bersatu perlu memperjuangkan apa yang dikehendaki orang Melayu dan Bumiputera.
Jika tidak, sokongan Melayu akan dirampas dua parti yang kini dilihat semakin 'kanan' dalam politik Melayu iaitu Umno dan PAS.
Di saat Umno dan PAS memberi tumpuan kepada sokongan - atau dengan kata lain, undi - Melayu, Bersatu faham hakikat kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU lalu adalah hasil sokongan pelbagai kaum dan kedudukannya dalam gabungan tidak sama seperti Umno dalam BN.
Maka parti itu sentiasa berhati-hati untuk tidak menyinggung kaum lain dalam retorik Melayunya.
Ia realiti yang perlu didepani Bersatu, di tengah-tengah parti komponen dan penyokong PH dan cabaran yang dikemuka Umno dan PAS.
Laporan ini disediakan oleh M Fakhrull Halim
Hujung hujung cerita menyamun jugak ler..!
Di dalam PKR pun nampaknya Azmin sudah tidak mampu menyembunyikan ketegangan hubungan dengan ANwar.
Anwar semakin tertunjal dah sekarang ni.
Dulu, masa Anwar di dalam penjara, mereka sanggup membakar lilin meraung diluar dinding penjara menggunakan nama Anwar dan keluarga.
Sekarang, Anwar dah keluar penjara, dah jadi MP PD, dah jadi Presiden parti malah dah dinamakan sebagai PM in waiting...
Anwar disepak terajang, dijentik ditunjal..!
Politik beb..Itu hebatnya Malaysia ni.
Seorang kawan saya berbangsa Cina, suatu hari bertanya kepada saya berkenaan Azmin Ali. Saya menyatakan, andai kamu orang Cina berbangga dengan kehebatan Sun Tzu dalam seni perang, kami dari kalangan orang Melayu ada Azmin Ali.
Antara hujah saya, Sun Tzu pernah mengeluarkan teori menarik dalam perang, iaitu kemampuan membunuh musuh politiknya menggunakan pisau musuh. Demikian juga kelebihan pada politik Azmin.
Semasa Khalid Ibrahim menjadi menteri besar, orang yang mula-mula bangkit keraguan terhadap pengurusan kewangan kerajaan Selangor adalah Azmin.
Tetapi, pada masa itu, orang tidak ambil peduli sangat. Akhirnya, yang berkempen untuk jatuhkan Khalid adalah Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution.
Lebih menarik, walaupun nak dicadangkan nama lain sebagai menteri besar Selangor selepas kejatuhan Khalid, tetapi yang jadi menteri besar adalah Azmin. 
Rafizi dan Saifuddin pula terpalit dengan "kotoran" serangan terhadap Khalid.
'Kebijaksanaan Azmin'
Kebijaksanaan politik cara Azmin lebih terserlah, apabila beliau pandai memposisikan diri dan pandai mengambil peluang untuk keuntungan politik beliau, selain bijak memanfaatkan testimonial untuk kelangsungan politik beliau.
Kalau kita mahu melariskan barang jualan kita, antara mekanismanya adalah testimonial. Iaitu, barangan kita dipegang oleh seorang artis terkenal. Demikian juga, kebijaksanaan Azmin dalam testimonial politik, iaitu beliau selalu mengungkapkan bahawa beliau adalah orang yang paling setia dengan Anwar.
Dengan ungkapan itu, beliau semakin berjaya membina keyakinan ahli PKR terhadap karakter dirinya.
Bukan sekadar dalaman PKR, malahan setelah beliau menjadi menteri hal ehwal ekonomi, beliau cuba buktikan kepada awam bahawa beliau ada kelebihan berbanding Anwar. 
Itu dapat dilihat dalam ucapan beliau dalam parlimen dan sebarang ucapan beliau yang dihadiri Anwar sama.
Kebijaksanaan Azmin dalam politik juga dapat dilihat, apabila beliau amat pandai untuk menentukan masa bila nak bercakap, dan masa bila dia perlu berdiam diri. Ini berbeza dengan Anwar dan Rafizi.
Sebab itu, semasa pemilihan sedang berlaku - Rafizi melawan Azmin - beliau banyak diam. Apabila Rafizi banyak sangat bercakap menyebabkan lahir persepsi bahawa Rafizi kelihatan seperti meroyan. 
Dari satu sisi, beliau berjaya mencipta imej buruk pada musuh politik beliau.
'Anak Ibrahim seterusnya'
Selepas beliau diumumkan menang jawatan Timbalan Presiden PKR, ucapan beliau nampak macam sindir Rafizi, tetapi sebenarnya beliau sindir Anwar. Kita dapat dengar, apabila nada suara beliau agak lain sikit ketika sebut pada nama "Ibrahim".
Yang lawan beliau dalaman parti yang kalah, semuanya berbinkan Ibrahim - Khalid Ibrahim dan Zaid Ibrahim. Bermakna, yang bakal kalah lepas ini adalah Anwar Ibrahim. Tetapi, dia sebut nama Rafizi kerana dia amat halus dalam menyindir.
Azmin tak akan mahu musuh beliau dari kalangan orang yang banyak mulut. Maka dengan sebab itu, semalam beliau nyatakan yang beliau tak setuju Rafizi berada dalam jawatankuasa tertinggi PKR. 
Mungkin kita kata beliau tak suka berdebat, tetapi sebenarnya, beliau tak mahu masa beliau terbuang dalam agenda melaksanakan apa yang beliau mahu.
Semasa pemilihan PKR berlaku, beliau kata beliau tak ada masalah bekerjasama dengan Rafizi. Itu ucapan politik beliau sahaja. Sepertimana ucapan politik beliau yang beratus kali beliau kata, beliau setia dengan Anwar.
Dalam jangka masa yang begitu lama, beliau sudah berjaya membina pengaruh dalaman PKR. Lebih menarik, apabila beliau berjaya mengurangkan rasa hormat dan pengaruh Anwar dalam PKR. 
Dia berjaya menampilkan beberapa sikap Anwar yang akhirnya, kelemahan Anwar dilihat ramai. Kejayaan itu amat terserlah, apabila sudah ada serangan terbuka yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PKR terhadap Anwar. 
Dengan bantahan beliau semalam, itu lambang beliau dah bersedia untuk menunjukkan perlawanan beliau terhadap Anwar.
Anwar kena ingat bahawa dia bakal dihabiskan oleh Azmin. Dua anak Ibrahim (Khalid Ibrahim dan Zaid Ibrahim) telah dia muziumkan. Kini tinggal satu lagi anak Ibrahim yang perlu dia muziumkan, iaitu Anwar.
Di atas kertas, calon perdana menteri adalah Anwar. Tetapi dari sudut perancangan tersusun, Azmin adalah perdana menteri Malaysia selepas Mahathir.
Sebelum ini, perdana menteri yang paling lama adalah Mahathir, iaitu semasa menjadi perdana menteri keempat.. Selepas ini, PM yang paling lama adalah Azmin. Kalau Anwar nak selamat, dia lawan Azmin itu sendiri memberi bahaya pada masa depan politik Anwar. 
Seperkara lagi, takkan mereka nak benarkan kaki jub dan kaki china doll yang satu dunia dah nampak punai bengkoknya jadi pieemmm..!
Siapa?
Lu Fikir La Sendiri..!

2 ulasan:

  1. Baru Madey cakap masuk politik bukan kerana kontrak & pangkat..

    VP pulak tak masyuk jeles tengok lain2 yg berduit..terus Cakap Lain pulak..

    Lain kali PPBM kena lantik manusia korporat yg Hidupnya tak perlu kontrak Gomen

    BalasPadam
  2. Sedutan cerita lama :

    "Semalam berlangsung perkahwinan anak Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali, Farah bersama pasangannya Syaqib. Jika dilihat dari hiasan bunganya, mengalahkan bunga-bunga di taman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Adakah macai-macai pembangkang tidak bising?

    Adakah mereka tidak membuat tuduhan yang sama Menteri Besar Selangor membazir dan menggunakan wang Rakyat? Artis jemputan pula bukan calang-calang orang iaitu Dato Siti Norhaliza. Bukan sedikit bayaran untul membawa artis berkenaan menyerikan majlis semalam."

    Skrg Azmin bawa satu keluarga bercuti di luar negara pula. Citarasa amat tinggi, sudah tentu belanja pun amat tinggi. Atau ada sponsor? Boleh percaya ka org mcm ni nak jd PM? Takut jd mcm Najib bila dah jd PM. Nauzubillah

    BalasPadam