Ahad, 9 Disember 2018

Tinggi Permainan Dia..!


Makin nak pijak bumi ni..! Almaklum sepandai pandai tupai melompat la katakan..!
Bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Kassim Mohamed berkata beliau tidak tahu-menahu mahupun terlibat dalam dakwaan pindaan laporan akhir audit 1MDB pada 2016.
Bagaimanapun beliau berkata "ketua audit negara" cuba memberi penerangan kepada SPRM mengenai suatu perkara yang tidak dilaporkan.
"Saya tidak terlibat langsung (dalam dakwaan pindaan). Kami cuba mendapatkan laporan audit asal.
"Tetapi saya ada bercakap dengan ketua audit negara dan mereka juga cuba menerangkan kepada kami tentang perkara yang tidak diterbitkan (dalam laporan akhir).
"Dan sebab itulah kami memulakan siasatan," katanya dalam sidang media selepas majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Antarabangsa Sheikh Tamim Bib Hamad Al-Thani 2018 di Putrajaya hari ini.
Abu Kassim tidak mengulas lanjut tentang perkara itu dan meminta sidang media fokus kepada anugerah tersebut.
Ketua audit negara yang disebutnya kemungkinan besar Ambrin Buang.
Ini kerana ketua audit negara semasa Madinah Mohamad, yang menggantikan Ambrin, hanya memegang jawatan itu bermula Februari 2017 - enam bulan selepas Abu Kassim bersara daripada SPRM.
Tidak jelas apakah hal yang tidak dilaporkan serta cubaan memberi penjelasan yang disebutnya.
Sebelum ini, Madinah berkata laporan akhir audit 1MDB dipinda antara Februari dan Mac 2016.
Antara yang terpalit dengan dakwaan itu adalah bekas perdana menteri Najib razak dan bekas presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy.
Turut hadir dalam sidang media itu adalah Peguam Negara Qatar Ali Fetais Al Marri dan anggota penasihat Rule of Law Anti-Corruption Centre Eduardo Vetere. 
Dulu masa berkuasa tegang ler..! masa berkuasa bukan main kembang..! sekarang ni makin kendur bro..! Dah kuncup..!
Tunggu ajer la..!
Lu Fikir La Sendiri..!

13 ulasan:


  1. Fahaman (impression) yang di dapati ramai rakyat ia lah Najib terlibat dalam pemindaan lapuran audit itu.

    Sebab sudah nyata dia mencuri wang rakyat RM2.6 bilion dari 1MDB yang Peguam Negara sudah tentu kemukakan bukti kukuh, termasuk dokumen2 dari bank.

    DoJ USA pun menyebut MO1 dalam kes "misappropriation of 1MDB funds and money laundering" dalam dokumen 251 mukasurat yang di kemukankan kepada mahkamah bila mensita harta Jho Taek Lo dan Riza Aziz, anak Rosmah.

    BalasPadam
    Balasan

    1. Mencuri sudah nyata. Bersalah di sisi undang2, belom. Tapi mahkamah rakyat sudah bersidang dan hukum nya: menggulingkan Najib di Pru14.

      Najib ada 38 tuduhan mahkamah, kebanyakan nya berkaitan pemindahan wang atu "money laundering". Tentu ada dokumen2 sahih di dapati dari bank bagi dll tuuhan2 itu.

      Jadi, akal biasa (common sense) pun mengata kemungkinan besar Najib, yang pegang kuasa sebagai PM di masa itu, mengarahkan laporan audit itu di tukar.

      Padam

  2. Bila lembu bunting itu sudah keluar, berat padah nya.

    Kpd si lembu dan mereka yang serupa lembu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan lah banyak pemimpin berotak lembu di negara ini.

      Yang mencuri Kleptokrat, dan berbagai lagi dah kena kerat, satu hal.

      Yang ada PhD tapi cakap pasal warna kasut sekolah pun satu hal lain.

      Dia patut fikirkan penting nya ada sekolah satu aliran sahaja atau apa yang di panggil SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA - Sekolah Kebngsaan sahaja - untuk perpaduan negara.

      Sekolah Cina/ Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar melanggar Perkara 152 Perlembagaan yang mengata bahasa negara ini ia lah Bahasa Melayu. Bahasa ibunda boleh di gunakan ha nya "selain dari untuk urusan resmi".

      Dan sekolah ada lah urusan resmi mana2 negara.

      Padam
    2. Apasal marah sangat kasut hitam...sikit punya ramai ibubapa minta masa mesyuarat pibg...alasan tak boleh sebab Surat pekeliling KPM...okey la Maszlee memudahkan orang, boleh jer tukar

      Padam
    3. Berapa ramai yang mahu begitu? Berapa banyak PIBG?

      Tak kirakan yang miskin mesti kena beli kasut baru ke?

      Padam
  3. Lembu mengandung itu amat besar perut nya, mungkin beranak 2-3.

    Lembu politik jangan lah melahir banyak anak - sekor saja pun dah cukup lah.

    Hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang buat salah berkaitan 1MDB semua nya lembu. Tak guna otak.

      Padam
  4. MALAIKAT PUN BUAT SILAP....INIKAN PULAK MAMAK MATDEY AL KUTTY.....KIHKIHKIH...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kamu tak akan buat silap. Sebab kamu hanya menjilat Najib. kukuku

      Padam

    2. Tanpa Nama 1141 jugak tanpa otak. Kalau ada otak pun, kamu otak lembu. Tak reti menilaikan sumbangan pemimpin2 negara. Mata tertutup akibat malu amat besar bos kamu Najib di dapati mencuri wang rakyat di 1MDB.

      38 tuduhan di mahkamah. Di ramalkan masuk penjara selepas selesai bicara di mahkamah.

      Tun Dr Mahathir telah terbukti lebih Melayu perasaan, pendirian dan tindakan nya dari ramai yang mengaku Melayu tulin. Termasuk bos kamu yang, bila sesuai, mengaku dia Bugis.

      Tapi takda satu yang di buat Najib boleh di anggap mirip kpd kepentingan Melayu. Akta Hasutan yang melindung Kedudukan Istimewa Melayu di Perkara 153 Perlembagaan negara pun nak di buang nya. Gunakan istilah dia kpd dia sendiri - bangang hamjadah si Najib.

      Tun Dr Mahathir giatkan Dasar Ekonomi Baru hingga mencapai 30% kekayaan korporat untuk Melayu. Najb tak berani pun kira berapa % kekayaan korporat Melayu itu di zaman pemerintahan dia. Kot susut entah berapa % tinggal nya.

      Tun Mahathir timbulkan seorang billionaire Melayu di zaman pemerintahan nya - Syed Mokhtar Al Bukhari. Najib juga timbulkan seorang billionaire Melayu - dia sendiri. Mencuri RM2.6 billion dari 1MDB. Paling kiparat punya Bugis.

      Padam
  5. Kesian TS Ambrin. Orang nya nampak baik, di peralatkan.

    Bukan dia lembu, boleh tarik di hidung. Tapi dia taat setia, ikut arahan.

    Harap dia ada arahan bertulis, di suruh pinda laporan. Kalau takda, harap dia catit arahan itu dalam memo ke ape di masa terima arahan, memo di antara setaf dia. Kalau ada, selamat lah dia.

    Boleh lah sembelih lembu itu, kendurikan.

    BalasPadam
  6. Najib mesti masuk penjara punya. Siapa mengata takda bukti, bodoh.

    SPRM / PDRM boleh paksa bank2 kasi dokumen. Tak kasi, mereka boleh dakwa bank2 di mahkamh. Kecut, mesti kasi.

    BalasPadam