Jumaat, 21 Disember 2018

Mohamad Hassan Terkepung..!


UMNO sedang dibaik pulih..! Memang akan ada yang terluka dan terasa tapi kepentingan parti lebih utama..!

Sekarang Mohamad Hassan dah memangku dan menjalankan tugas presiden sementara Ismail Sabri memangku jawatan Timbalan Presiden. Di harap tempoh tempoh bertenang dan sukar ini dapat di sahut oleh beberapa orang lagi pemimpin yang dilihat oleh akar umbi tidak lagi sesuai dengan massa.

Contoh..Setiausaha Agung Annuar Musa..! Ramai yang tidak berapa 'selesa' dengan sikap Annuar yang dikatakan sombong..! Kalau tengok cara Annuar menangani isu kepimpinan UMNO Sabah keluar UMNO tempohari pun memang agak tergesa gesa@sombong..!

Ramai yang berpendapat biar lah ada tempoh masa diberikan, bukannya sejurus PC dibuat di KK, petang tu juga KL sudah mengumumkan barisan kepimpinan UMNO negeri Sabah yang baru. Seolah olah langsung tidak mempunyai hubungan (kasih sayang) sesama mereka untuk mencari titik pertemuan semula.

Lagi pun Annuar terbukti gagal sebagai Ketua Penerangan yang lalu. Annuar sepatutnya mengambil tanggungjawab seperti mana Najib dalam menerima kekalahan. Takkan la perbelanjaan yang sebegitu banyak di 'tuang'kan kepada Penerangan UMNO Malaysia sebelum ini hanya dapat menambah majoriti undi di Ketereh? (itu pun masih ada hati nak merebut jawatan Timbalan Presiden tempohari).

UMNO kena 'senyap'kan jenis seperti Lokman Adam. Jenis pengampu@penjilat sudah tidak boleh lagi dibiarkan membusuk didalam hireki kepimpinan UMNO. 

Bayang bayang hitam sudah semakin menjauh..! Jangan dibela perkara salah..! Jangan dipikul biawak hidup..!

Ramai lagi yang layak diberikan tempat. Ramai lagi jenis yang berjaya dan rajin melaksanakan  tugas di bahagian masing masing yang perlu di ketengahkan di peringkat pusat. Ibu pejabat kena bergerak. Kena pantau sendiri. 

Mad Hassan perlu diberikan seluas luasnya ruang untuk memilih pasukan beliau. Doakan beliau dan pasukan barunya bersedia mengenal pasti semua kelemahan dan bersungguh sungguh memperbaikinya. 

Rakyat terbanyak sememangnya mahu melihat UMNO kembali kukuh dengan barisan pemimpin yang meyakinkan. 

Suburkan keyakinan ahli..! Bangkitkan keyakinan rakyat..! Kembali kepada asas perjuangan parti - 
Bersatu-Bersetia-Berkhidmat.

Pemimpin yang lain tu walau tidak menjawat jawatan di peringkat MT, turut sama jaga cawangan dan bahagian masing masing. Jaga..! bukan merosakkan..!

Faham?

Lu Fikir La Sendiri..!


10 ulasan:

  1. Semua pemimpin Umno yang tidak mahukan Zahid mesti bantu Mohamad Hassan dah Ismail Sabri mencapai segala tujuan yang di kehendakki, kalau tidak Zahid akan ambil semula tugas2 Presiden Umno itu.

    Dia dah cakap begitu bila memberi kuasa kpd Mohamad Hasan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Si katun Lokman Adam sudah terdiam? Dia mahukan Najib ambil semula tugas Presiden tapi Najib tak mau. Mana dia mau, selepas di bisingkan supaya letak jawatan di masa lalu.

      Padam

    2. Sebab lebih penting Najib tak mahu ia lah dia tahu akan masuk penjara akibat 39 tuduhan mahkamah nya.

      Tak mungkin dia di hakimkan tak bersalah di atas kesemua 39 tuduhan itu.

      Padam
  2. PI MAMPOS lu MAT HASSAN HOMO PENYAMAQ UMNO bangkai ANJING, dr. TANAH MELAYU, pusaka nenek moyang BUMIPUTERA berzaman kami ni!!TUMBANGkan habis2an, UMNO PARTI PENJAJAH/PENGGANAS buas BANGKAI BABI HOMO JIJIK Zionis FREEMASON -najib BAGI kedaulatan negara pada SINGAPORK tak pula kamu BISING MAT HASSAN ANAK haramjaddah!!!

    BalasPadam
  3. Zahid tak lama lalu kata sekarang ada 5 puak dalam Umno -

    Umno sudah berpecah lima, kata presiden | The Malaysian Insight
    https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/119646

    UMNO sudah berpecah kepada lima puak selepas kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Presiden Umno Ahmad Zahid ..
    xxx

    Bukan senang nak menyatukan nya. Ada pulak helang yang sentiasa terbang, bersedia menyambar segala peluang menonjolkan diri mereka sebagai pemimpin alternatif. Termasuk Khary Jamaluddin yang mahu jadi PM di umur 40 tahun, sekarang dah lama terlepas masa.

    BalasPadam
  4. Mengapa Mohamad Hasan senyap aje dah berapa hari di serah kuasa Presiden? Takkan tak boleh kata 1-2 pasal parti tau pasal perkembangan negara. Tak beberapa pandai ke?

    Khairy ungkit pasal dividen ASB paling rendah. Nampak dia pandai cari dan ada modal politik. Tapi Khairy kalah di pertandingan party yang lalu. Gamak nya sebab dia berpendirian liberal. Majoriti ahli Umno jenis yang conservative.

    BalasPadam
  5. Kalau nak lenyapkan org seperti Lokman ,ahli akar umbi Umno tinggal 10-20 % je,kerana masih ramai yg 'menjilat DSN'.

    BalasPadam

  6. Bila fikirkan Bersatu sudah menjelma, memimpin PH yang memerintah negara sekarang, Umno boleh terjun ke laut, tak kisah siapa memimpin, pegang kuasa sementara atau lama.

    Ha nya harapkan lebih ramai ahli2 Umno pindah ke Bersatu. Termasuk pemimpin2 nya yang berpengalaman sebagai Menteri. Sampai masa nya, boleh buang yang tak bagus saperti Maszlee, gantikan dengan yang dah berpengalaman sebagai Menteri, yang ada "the big picture of ruling the country" dan tahu priorities.

    BalasPadam
  7. Kami ahli pas brharap sgt mat hassan diturunkan digantikan dgn dato lokman. Bendahari hajah ellie. Mrk adalah aset..tolonglah

    Gemok2 lokman pun dia sgt bijak berdemo kalau nk dibandingkan dgn mat hassan.muka lokman Mirip wajahnya dgn angah maharajalawak..sudah pasti ramai yg suka dia tau

    Pas
    Bukit terkedu

    BalasPadam