Selasa, 11 Disember 2018

Kontrak Sosial Dimasukkan Dalam Subjek Sejarah..!


Jangan jadi macam dalam gambar kat atas tu sudah ler..! mengaku pakar ekonomi tapi yang ditangan pakar lain beb..!

Dalam isu bahasa dan budaya bangsa dan negara ini pastinya Tan Sri Rais adalah orang yang tepat untuk berkata kata...

Kontrak sosial mesti diterangkan pada bukan Melayu - Rais


Anggota Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) perlu konsisten dalam memperjuangkan hal berkaitan Bumiputera dan Melayu, kata Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Rais Yatim.
Kata Rais, ini termasuklah memberikan kefahaman kepada masyarakat bukan Melayu mengenai kontrak sosial yang dipersetujui sejak sebelum negara merdeka.
“Jangan segan dan malu untuk memperjuangkan hal bangsa Melayu dan bumiputera seperti berkaitan dengan kuasa politik dan ekonomi.
“Kontrak sosial sebelum merdeka mesti difahami, kena terangkan (kepada kaum lain) kenapa soal dominan siasah Melayu perlu diperjuangkan dan bukan untuk menindas kaum lain,” katanya seperti dilapor Bernama.
Kontrak sosial merujuk persetujuan yang dicapai sebelum merdeka antara pemimpin Melayu, Cina dan India menerusi parti Perikatan yang memenangi pilihan raya pada 1955.
Ia merupakan persetujuan mengenai hak keistimewaan orang Melayu seperti  termaktub dalam perlembagaan sebagai timbal balik terhadap pemberian kewarganegaraan terhadap orang bukan Melayu.
Tunggu apa lagi, nasihat dan tentukan kerajaan PH hari ini gubal subjek sejarah dengan menjadikan kontrak sosial sebahagian dari kurikulum yang wajib di pelajari dan di fahami oleh para pelajar di sekolah sekolah..!
Berani?
Lu Fikir La Sendiri..!

12 ulasan:


  1. Penerangan Kontrak Sosial itu senang aje:

    1. Melayu sudah setujukan hak kerakyatan bukan Melayu di masa Merdeka.
    2. Sebagai balasan bagi nya, Penjajah Bretes masukkan ke dalam derap Perlembagaan negara semua apa yang di anggap sebagai Klausa2 / Perkara2 sensitif yang membayangkan Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan
    3. Bukan Melayu perlu hormati dan patuhi Perlembagaan negara itu.
    4. Kalau tidak, hijrah / migrate ler ke negara yang depa boleh hormati Perlembagaan nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adil kalau yang tak hormat Perlambagaan itu di minta hijrah.

      Depa senang di negara lain, kita senang tinggal di sini.

      Padam
    2. Win-win situation.

      Harap yang tak hormat Perlembagaan tu buat gitu.

      Padam

  2. Ketuanan Melayu itu bukan bermakna Melayu tuan, yang lain hamba.

    Itu ia lah apa yang di bayangkan di Perlembagaan negara seperti kedudukan, peranan dan tanggungjawab Raja2, Majlis Raja2 di mana jika tidak di perkenan mereka, tiada PM atau MB boleh di lantik, di angkat sumpah bagi menjalankan tugas dengan resmi.

    Jugak Perkara 3 Perlembagaan yang menyatakan agama negara ini ia lah Islam, Perkara 152 yang menyatakan nahasa negara ini ia lah Bahasa Melayu, Perkara 153 yang menyatakan Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

    BalasPadam

  3. Perkara2 di Perlembagaan negara yang membayangkan Ketuanan Melayu itu ada lah di lindung Akta Hasutan.

    Tak boleh di ungkit, di bincang, apa tah lagi di pinda, lebih lebih lagi di gugurkan. Bahaya besar jika berlaku. Mengungkit Kedudukan Istimewa Melayu itu akan membawa kpd ungkitan hak kerakyatan bukan Melayu. Tidak baik bagi sesiapa.

    Bila di ungkit di suatu masa dulu, telah mencetuskan pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Mesti di elakkan.

    BalasPadam
  4. Tak mahu hormat Kotrak Sosial? Hormatkan lah.

    Jangan sampai keadaan di laporkan The Mail UK -

    One in four European Jews has suffered abuse and more than a THIRD have considered emigrating, study finds amid warnings that anti-Semitism is an 'incurable disease'

    A staggering 90 per cent of those surveyed reported anti-Semitism is rising in their country; almost a third had experienced harassment and 38 per cent considered emigrating.

    BalasPadam
    Balasan
    1. anti-Semitism is an 'incurable disease'

      - Largest study of its kind finds anti-Semitism is on the rise throughout Europe

      - Ninety per cent of those surveyed said anti-Semitism was rising in their country

      - Nearly a third experienced harassment and 38 per cent considered emigrating

      - EU boss said the 20th centruy disease of anti-Semitism has 'remained incurable'

      Padam
  5. Apa yang istimewa pulau Kukup. Ia merupakan perluasan garis sempadan maritim Johor. Bila pulau Kukup dijadikan Rokan sultanete Johor land,ia bebas untuk dibangunkan atau nak buat apa. Itu tanah sultan yang punya.
    Dua tiga har lepas menteri pertahanan singapura memberi amaran akan menyerang kapal Malaysia yang beroperasi sekitar pulau Kukup. Jadinampak mengapa TMJ mahu sangat pulau Kukup.

    ADA KETAM DIBALIK BAKAU

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ampak mengapa TMJ mahu sangat pulau Kukup.

      Kalau isu pertahanan dari Spore, gomen Persekutan bole pertahankan.

      Ketam nak merengka di bakau, tak masalah. Tapi kalau di pasi puti tempat orang nak mandi, tak boleh.

      Btw, ape dia "Rokan sultanete Johor land" tu? Apa kah ada lagi konsep "Sultanate land" di abad 21 ini?

      Padam
  6. HA..HA..HA..HO..HO..HO..HI..HI..HI.....GELI HATI KAU TENGOK GAMBAR TU....

    CUBE TEKA SAPA TU.....KIHKIKIH.....

    BalasPadam
  7. Siapa yang nak cium tangan Tun Abdullah itu? TS Rais ke? Tun Abdullah pun dia nak cium tangan?

    Sopan santun, budaya tinggi. Padan lah Najib lantik dia sebagai Penasihat Budaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi pendirian dia dengan PH tak tegas. Kalau tak, dia Menteri atau Speaker Parlimen.

      Padam