Jumaat, 7 Disember 2018

Berpeluh Nampak..!


Sikit ajer tu..! Sengal...bukan patah..!

Siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melabuhkan tirai untuk tahun ini.
Hari ini, PAC menerima keterangan saksi ketiga prosiding iaitu bekas Pengarah Sektor Audit Kerajaan, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad.
Timbalan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, berkata Saadatul Nafisah yang bertanggungjawab menyimpan laporan asal audit 1MDB, diminta menceritakan secara terperinci bagaimana pindaan melalui pengguguran beberapa perenggan itu dilakukan.
Katanya, PAC berpuas hati dengan keterangan padat Saadatul Nafisah yang membantu jawatankuasa itu untuk membuat kesimpulan sama ada laporan audit 1MDB itu diubah atau tidak.
“PAC bertanyakan situasi bagaimana pindaan ke atas laporan audit itu dijalankan dan semua keadaan melingkari senario pada waktu itu.
“Saya tidak dapat memaklumkan maklumat atau keterangan diberikan secara terperinci kerana kekangan Peraturan Mesyuarat.
“Bagaimanapun, kenyataan diberikan Saadatul Nafisah amat berguna kepada PAC dan membantu kami membuat kesimpulan,” katanya sambil menambah semua bukti dikemukakan bekas Pengarah Sektor Audit Kerajaan itu dalam bentuk keterangan lisan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan prosiding PAC mengenai dakwaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB membabitkan Saadatul Nafisah di Bangunan Parlimen, hari ini.
Sebelum ini, Saadatul Nafisah dinamakan sebagai individu bertanggungjawab menyimpan satu salinan asal laporan audit 1MDB sebagai bukti untuk mendedahkan laporan akhir yang dibentangkan di Dewan Rakyat, sudah diubah.
Saadatul Nafisah yang menjalankan audit 1MDB, dilapor diminta memusnahkan salinan itu namun membuat keputusan menyimpan dan menyerahkan kepada Pengarah Sektor Audit Tadbir Urus Jabatan Audit Negara, Nor Salwani Muhammad, selepas bersara.
PAC sebelum ini memanggil dua saksi utama iaitu bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang kelmarin, dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad semalam.
Pada 25 November lalu, Madinah dalam satu kenyataan media mendedahkan, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengarahkan pindaan dilakukan terhadap Laporan Akhir Pengauditan 1MDBmenerusi pengguguran beberapa perenggan.
Kah Woh berkata, PAC akan menyambung prosiding membabitkan laporan audit 1MDB itu pada Januari tahun depan dengan memanggil saksi lain, antaranya bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.
Kah Woh tidak menolak kemungkinan PAC memanggil Najib yang didakwa mengarahkan pengguguran beberapa perenggan dalam laporan audit 1MDB, antaranya membabitkan kehadiran ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB.

Macam ni punya cerita bukan sengal lagi tu..! Ini sudah jadi kes bangang, bengang akhirnya terkangkang..!

Siapa?

Lu Fikir La Sendiri..!


8 ulasan:


  1. Boss, dia takda masa nak kisah selain dia punya 38 tuduhan di mahkamah.

    Mungkin bertambah, Beb. Sekejap2 ke SPRM, hampir nak mastautin di sana.

    Tapi lebih penting, aku harapkan dia mastautin dalam penjara.

    10-20 tahun jadi lah.

    BalasPadam
  2. Tak berapa penting Najib dipanggil ke PAC.

    Yang penting, dia dipanggil ke SPRM.

    Lebih penting lagi, di panggil ke penjara.

    Mesti 10-20 tahun penjara, Bang, supaya yang lain tak tergamak nak buat mcm si penyangak Najib tuh.

    BalasPadam
  3. Penyangak x penyangak laa..tggu keputusan mahkamah..dituduh blom terbukti bersalah selagi belum diputuskan di mahkamah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Bukan seperti seorang bakal PM tu, yang telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana kesalahan meliwat. Itu adalah satu malapetaka yang lebih dahsyat.
      Najib tak perlu risau sangat. Sedangkan seorang peliwat boleh terus berangan nak jadi PM, masih ada harapan untuk Najib kembali. Tak tau lah kalau menyamun tu lebih teruk dari main bontot.

      Padam

    2. Di ketahui umum bahawa ada

      - mahkamah rakyat (the court of public opinion)
      - mahkamah undang2 (the court of law)

      Aku mahu kedua dua nya.

      Buat masa sekarang, mahkamah rakyat sudah dapati Najib bersalah. Hukum 15 tahun penjara.

      Aku rasa mahkamah undang2 pun begitu. Bukti2 kukuh. Dokumen2 bank dll. SPRM dan PDRM ada kuasa mengarahkan mereka beri dokumen2 itu. Cek2 yang di keluarkan. Arahan2 bertulis.

      Najib cuma cakap tak tau, tak pasti, kerabat Raja Arab kasi. Tapi tak kasi bukti.

      Padam

  4. Gila keroje. simpan wang tunai, intan berlian, beg tangan mahal2, semua nya di nilaikan lk RM1 billion di rumah anak dia.

    Si bodoh mana pun tahu dia puna pendapatan tak membolehkan nya ada itu semua.

    Pak Long di kampong pun kata dia mesti curi duit untuk dapat itu semua.

    BalasPadam
  5. "Sikit ajer tu..! Sengal...bukan patah..!"

    Politik dia tentu dah patah. Mungkin dah keok. Mana dia boleh naik lagi. Umno semua dah benci dia. Merosakkan nama Umno, menjatuhkan Umno di PRU - tak pernah berlaku dalam sejarah 72 tahun Umno.

    BalasPadam
  6. Kami sbg ahli pas yg kurng mahir dlm aspek pentadbiran, finance cuma memerhati dulu. Najib adalah seorang yg tidak bersalah sbb blum dibuktikan bersalah. Dia seorg yg jujur dn tawadhuk. Duit beratus juta yg dijumpai dirumah adlah duit parti umno. Kami berpuashati dgn pnjelasannya duit parti beratus juta tu mmg simpan kt rumah dah cukup. Kalau simpan kat bank susah nak kluarkan. Beg rega ratus ribu sebijik..emas berkilo pun parti umno punya.
    Kmi puashati. Kami tak bodoh.

    Sekian.
    Pas
    Cawangan pasir salak

    BalasPadam