Isnin, 10 Disember 2018

Deepak Kenyang ~ 'Kawan' Lama Terkangkang..!


Takde musuh sepanjang hayat, takde kawan sepanjang zaman..! 

Lebih lagi kawan yang hanya reti menggunakan kawan..! kawan yang reti dan faham kebodohan dan kegelojohan kawan..! Lagi senang dia makan..!
Dua ahli perniagaan yang menjadi perhatian ketika era pentadbiran BN hadir di majlis makan amal Pakatan Harapan (PH) malam ini.
Mereka juga mengeluarkan kira-kira setengah juta ringgit untuk membeli gambar potret pemimpin PH menerusi bidaan.
Stanley Thai membeli gambar Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dengan harga RM350,000.
Thai sebelum ini menyuarakan sokongan kepada Pakatan Rakyat pada PRU ke-13 tetapi memohon maaf kepada bekas Perdana Menteri Najib Razak sebelum PRU ke-14 berlangsung.
Sementara itu, Deepak Jaikishan membeli gambar potret Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan harga RM150,000.
Deepak sebelum ini mengaku terlibat dalam kehilangan penyiasat persendirian, mediang S Balasubramaniam selepas Balasubramaniam membuat beberapa dakwaan terhadap Najib.
Hubungannya dengan Najib dan isterinya Rosmah Mansor terputus selepas urus niaga dengan seorang pemimpin Umno tergendala.
Thai memenangi bidaan bagi gambar Mahathir selepas membuat bidaan tertinggi dan kemudian dipanggil untuk naik ke pentas bersama pengerusi Bersatu itu.
Antara PH dan BN
Sebaik sebelum PRU ke-13 lima tahun lalu, Thai secara terbuka menyokong Pakatan Rakyat - gabungan pembangkang ketika itu - dan berkata ia bagi "melindungi masa depan anak-anaknya".
BN mengekalkan kemenangannya dalam PRU itu.
Thai yang ketika itu menjadi pengarah urusan Supermax Corp Bhd Group kemudian berdepan dengan beberapa masalah.
Ia termasuklah berdepan hukuman penjara lima tahun selepas disabitkan bersalah kerana berkongsi maklumat dalaman berkaitan saham pada tahun 2014. Beliau kemudian membuat rayuan.
Sebulan sebelum PRU ke-14, Thai membuat permohonan maaf terbuka kepada Najib, mendakwa dia "dipengaruhi" pembangkang dan sebagai ahli perniagaan, tidak patut terlibat dalam politik.
BN kemudian tumbang dalam PRU 9 Mei selepas 61 tahun menjadi kerajaan.
Tiada layanan istimewa
Dalam ucapannya selepas itu, Dr Mahathir memberitahu para tetamu bahawa mereka tidak akan mendapat layanan istimewa selepas menyumbang kapada PH.
Menyatakan penghargaan kepada penyumbang, beliau berkata mereka tetap perlu melalui proses membida tender seperti biasa jika mahukan kontrak kerajaan.
"Saya ingin minta maaf kerana tiada layanan istimewa untuk anda. Jika mahu sesuatu dari kerajaan, caranya adalah bersaing menerusi tender terbuka. Jika tawaran bagus, anda mungkin mendapat (kontrak).
"Tetapi ia bukan kerana sumbangan anda malam ini. Ini kerajaan PH, kami perlu pastikan setiap yang dilakukan bersih daripada rasuah. Tiada cash is king dalam PH," katanya lagi.
Pokok dah tumbang beb, kura kura pun boleh panjat..! Lebih malang jadi tempat bebudak kencing jer..!
Lu Fikir La Sendiri..!

14 ulasan:


  1. "Tiada cash is king dalam PH"

    Kata2 itu perlu di ukir di kayu yang tahan 1000 tahun dan di letak di semua tempat yang sesuai bagi memperingatkan semua rakyat Malaysia.

    Termasuk di cell penjara yang di huni Najib dan Rosmah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kata2 sakti baru untuk Najib sekarang: Kalau lah aku tak buat itu semua ...

      Untuk Rosmah: Kesian Najib. Kalau lah aku tak ugut dia tak renti2

      Padam
    2. Najib mesti menyesal sampai mati dia beri tahu Tun Dr Mahathir perinsip "Cash Is King" dia untuk menang Pru.

      Padam
    3. M'kini laporkan Najib kata ada cara mudah selamatkan Tabung Haji yang sekarang kekurangan RM4.1 bilion.

      TH di bawah kerajaan BN telah melakukan tindakan yang kejam iaitu terlebih bayar dividen kepada pencarum selama 4 tahun berturut-turut.

      Nak terus baca laporan itu pun malas. Apa yang Najib cakap pun sekarang malas nak baca.

      Padam

  2. Gambar itu membayangkan se olah2 Rosmah tengah berkata kpd Najib, "..laka binatang tu, dulu sokong kita, sekarang beli gambar orang lain beratus ribu Ringgit pulak. Tunggu lah bila kita naik lagi di masa depan, aku ganyang korang ..".

    Najib pulak kata dengan menggaru kepala botak nya, "Tak payah cakap lah, kita kena fikirkan boleh elakkan penjara ke tak."

    BalasPadam
  3. "jadi tempat bebudak kencing jer"?

    Tidak, Bang. Bebudak tu jahat. Dia berak pun di situ.

    Tu pasal Najib dan Rosmah selalu bau busuk. Minyak wangi harga beribu Ringgit pun tak jalan. Tak boleh menghilangkan bau busuk tuh.

    BalasPadam
  4. Hahaha, tak boleh kasi kontrek ...

    Zaman Najib dia kasi projek. Lebih besar dari kontrek JKR. Projek EPU di Jabatan Perdana Menteri boleh beratus juta nilai nya, ada yang berbilion Ringgit.

    Di panggil Turn-Key apekebende nya, siap aturkan financing. Mak oi, untung nya bukan main besar. Maalom lah, tak payah tanding, tak ikut harga rendah. Main runding ajer.

    Mana tak nya, kesemua pakar teknikal depa juga sediakan. Pemunya projek adakan akitek, jurutera, juru ukur bahan, segala gala nya. Untung sini, untung sana, untung semua aspek projek ler.

    Najib, Najib.

    BalasPadam
  5. Jho low senang-lenang... UMNO terbungka dalam longkang.....Najib tidak lagi menyumbang....Lobak dilanda malang....Hehehekikikihahahakahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak menyumbang sebab tak lama lagi dia pun nak masuk kandang

      Padam
  6. Aku ingatkan hari ni dah tukar kerajaan.

    BalasPadam

  7. Kawan lama? Depa tuh mana ada "kawan", ha nya "hangers-on", lintah masyarakat, pacat yang di bawa babi hutan, hinggap kpd petani di kebun.

    Pacat yang pandai pilih "petani" yang ada otak sikit, reti mencuri, merompak dan melanun wang rakyat di 1MDB.

    BalasPadam
    Balasan

    1. Yang mencuri pulak nya bukan lah pandai. Otak lobak, kata Kerry Okspod KJ, ketua puak Double ee Azeez Raheem.

      Kalo pandai tak akan seleweng dan songlap RM2.6 bilion dari 1MDB. DoJ USA kata "misappropriation of 1MDB funds and money laundering". Tun Mahathir senang saja cakap - mencuri, merompak dan mmenyamun. Dia tahu ada bukti2 kukuh pada Peguam Negara.

      Padam

  8. Ada pendapat yang mengatakan jenis Penyangak itu "always attract their own kind". Dan bila kotor, merayap lah kutu2 datang kpd depa.

    Oleh itu, jaga lah supaya sentiasa bersih, elakkan kutu datang ke bada. Memang lah kutu bila dah cukup mencekik darah akan pergi ke tempat lain.

    Bila kotor, teruk padah nya. Ke penjara akhir nya. Kot 10-20 tahun. Silap2 sampai mati.

    BalasPadam