Selasa, 11 Disember 2018

Penyamun Di Dakwa..!


Haiwan haram ni beb, kalau dipakai pun dengan emas dan permata ianya tetap haiwan haram..!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bekas Perdana Menteri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekuitf 1MDB Arul Kanda Kandasamy akan didakwa esok berhubung dakwaan meminda laporan akhir audit 1MDB.

"SPRM telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Najib dan Arul Kanda di mahkamah esok.
"Kedua-dua mereka bakal menghadapi pertuduhan bersama berhubung kes pindaan laporan akhir audit 1MDB," kata SPRM dalam kenyataan.
Semalam, SPRM menahan Najib ketika memberi keterangan berhubung kes itu. Arul Kanda pula ditahan sebentar tadi.
Berita tadi pagi juga menyatakan...

SPRM dilaporkan menangkap Arul Kanda Kandasamy tidak berapa lama selepas dia hadir ke ibu pejabat badan antirasuah itu di Putrajaya kira-kira jam 9.45 pagi ini.
“Kami boleh sahkan Arul Kanda telah ditangkap oleh SPRM. 
“Mereka akan membawanya ke mahkamah esok pagi untuk didakwa bersama (bekas perdana menteri) Najib (Razak),” peguamnya N Sivananthan dilapor memberitahu pemberita di luar bangunan SPRM.
Sivananthan berkata bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB itu ditangkap pada jam 10.35 pagi, lapor Malay Mail.
Katanya, Arul Akan bermalam di lokap SPRM hari ini.
Harami pun sekarang ni dah banyak yang bertie berkot bro..!
Lu Fikir La Sendiri..!

15 ulasan:

  1. "You can't get rich in politics uness you are a crook" - HS Truman cakap .

    "Di Malaysia, kalau nak kaya, masuk politik" - Aku cakap.

    BalasPadam
    Balasan

    1. Masuk politik, kena pandai ler baru boleh kaya.

      Bukan saja pandai angkat beg boos, jugak bila mahu bukak dan tutup mulut.

      Dahtu tunjuk muka masa yang penting. Macam Ketua Pemuda KJ masa dengan Najib bila keputusn menang Pru13 diumumkan, dia signal2 geng dia datang sama baris dengan Najib, dia dll.

      Double ee Azeez Raheem pun join ler baris itu. Hah, dapat jawatan Pengerusi Tabung Haji. Berjuta wang tunai di simpan di rumah nya. Rebeh Tabung Haji di buat nya. Pakai baju oren di heret ke mahkamah di buat SPRM.

      Padam
    2. Tak pandai kalau simpan wang tunai hingga sejuta Ringgit di rumah.

      Begitu Najib dan Rosmah juga yang simpan beratus juta di rumah anak nya.

      Padam

  2. Tak tau lah, tapi Arul Kanda tu nampak macam orang baik.

    Taat setia, ikut saja apa dalang Najib suruh buat.

    Atau, bila tak di suruh, buat saja apa dia anggap Najib Al Jibo mahukan dia buat..

    BalasPadam

  3. Gamak nya Arul Kanda ingat ada peluang nak "berkhidmat untuk negara", pegang jawatan Ketua Eksekutif 1MDB.

    Dia bet the wrong horse.

    Taat setia ke, nak pertahankan apa yang dia buat sejak pegang jawatan Ketua Eksekutif, Arul Kanda kempen, macam orang politikus, di kempen Pru14.

    Dah tentu lah, bila mengatakan Najib dan 1MDB tak bersalah, dia menutup lobang yang Najib dah korek.

    Kot di situ dia kena balon dek SPRM.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Arul pun tak sangka BN boleh kalah Pru14.

      Najib dann seluruh Umno pun tak sangka.

      Padam

  4. Mungkin ada orang yang ragukan kesalahan Arul Kanda.

    Najib? Takda langsung. Dia di ketahui sebagai pencuri, perompak dan pelanun, kata Tun Mahathir.

    Rakyat yang kena tipu saja ler yang ragu dia bersalah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Arul Kanda sekurang kurang nya bersalah sebab bersubahat dengan Najib.

      Padam
  5. Arul adakah Nabi kpd kaum Khawarij Tafiri Ass-O-Biayah PisPus.
    Pope Eddy Brahmim Wak Porno dan Lobailobak Pedokleptos semua sgt beriman kpd penjelasan Nabi Arul.

    Nasiblah mereka dalam UmPas bukan Melayu, mereka Maa Laa Uun spt deskripsi Ostuck Lobai Longgar Gila bergigi jongang tu.
    Alumni Zombie Icuri berbas2 dari serambu serambi Isley pun sekapal lah mereka tu.
    Kalau tidak malu juga kita semua umat Islam dan Bangsa Melayu majority sebenar ni,kan? Alhamdulillah Umpas tumbang dan tumbang lagi

    BalasPadam
  6. TAK pula MELALAK si kit siang JILAKA tu psl. parti PENGGANAS/PENJAJAH DAPbangkai ANJING yg. dpt. RASUAH $1.2 BILLION dr. rejim puaka ZIONIS IS(IS)rael aaahhh?! Kalau TAK betul, kenapa si DAPeliwat HOMO JIJIK Zionis Freemason ni TAK juga SAMAN Razali tu - dasar si PENIPU/PENAKUT nak MAMPOS!! Lagipun, kan DAPbangkai BABI tu penuh PEGUAM2 JAMBAN HANYIR, terutamanya si PENDATANG2 PAR*A rayer-gobind BANGKAI BABI tu!

    Mana juga si PENIPU2 terBANGSAT-no 1 DUNIA, syukriHOMO (yg. dah mengANJINGkan SP*M tu) /madey PAR*A/guan eng-kit siang BANGKAI2 BABI tu ooi?!!

    Di - http://www.therakyatpost.com/news/2015/12/30/dap-offered-rm1-2-billion-to-win-ge13-build-israeli-military-camp-as-reward-claims-pas-research-director/

    DAP offerred RM1.2 billion to win GE13, build Israeli military camp as reward, claims PAS research director

    The Rakyat Post
    KUALA LUMPUR, Dec 30, 2015

    (Tok Terkedu)

    BalasPadam
  7. Alo Tok Terkedu,

    Lama tak jumpa.

    Apa khabar?

    Harap baik semua.

    BalasPadam

  8. Ini contoh apa yang Harry Truman bekas Presiden Amerika kata "Tak boleh jadi kaya dalam politik melainkan anda penjahat (crook)" -

    Azees Rahim, puak Khary Jamaluddin, yang dapat jadi Pengrusi Tabung Haji di zaman Najib, nak jahanam TH di buat nya. Dia sudah kaya, SPRM serbu rumah dia dan dapati berjuta wang tunai simpan di rumah. Kekayaan lain tentu akan keluar di bicara kes dia di mahkamah.

    Wang simpanan orang ramai di katakan berkurangan RM4.1 bilion. Dia nak tunjuk penabung dia pandai niagakan wang simpanan, konon nya ada banyak untung, kasi dividen kpd penabung tiap tahun. Rupa2 nya dia gunakan wang penyimpan2 TH untuk bayar dividen, bukan wang untung dari niagakan wang TH.

    Dah tu, berteraburan panggil syarikat audit buat kenyataan konon nya betul akaun TH di bawah nya. Lihat lah penafian satu syarikat audit di bawah ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ernst & Young nafi jadi juruaudit Tabung Haji

      Firma Ernst & Young (EY) menjelaskan bahawa mereka bukanlah juruaudit Lembaga Tabung Haji (TH) dan tidak mengeluarkan sebarang laporan audit berhubung penyata kewangan TH.

      Dalam satu kenyataan, EY berkata, ia tidak menyemak penyata pendapatan TH dan tidak terlibat dalam penilaian aset dan liabiliti TH dan aset anak-anak syarikatnya.

      Sebaliknya, seperti yang dinyatakan dalam laporan EY kepada lembaga pengarah TH, EY menyatakan bahawa ia telah ditugaskan lembaga pengarah badan itu untuk melaporkan sama ada kunci kira-kira pro forma pada 31 Dis 2015, 31 Dis 2016 dan 31 Disember 2017 telah disediakan dengan sempurna berdasarkan kriteria yang boleh digunakan atau tidak.

      "Lembaga Pengarah TH menyediakan kunci kira-kira imbangan pro forma pada 31 Dis 2015, 31 Dis 2016 dan 31 Dis 2017 semata-mata untuk menggambarkan kesan pelaporan pelaburan TH dalam ekuiti, sekuriti dan hartanah pada nilai aset yang dapat direalisasikan dan bukannya kos asal pada kunci kira-kira TH.

      "EY tidak melakukan pengauditan maklumat kewangan yang digunakan untuk menyusun kunci kira-kira pro forma," kata kenyataan itu.

      "Laporan EY tidak boleh disandarkan untuk tujuan pengisytiharan dividen oleh TH pada 4 Feb 2016, 3 Feb 2017 dan 7 Feb 2018 masing-masing untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis 2015, 2016 dan 2017 kerana laporan EY untuk tahun-tahun yang berkaitan hanya dikeluarkan selepas tarikh pengisytiharan dividen.

      Padam
  9. "Tak boleh jadi kaya dalam politik melainkan anda penjahat (crook)" -

    Ramai crooks di antara politikus di Malaysia. Dan kroni2 depa. Contoh nya ia lah Jamaluddin Jarjis yang mati kemalangan helikopter di Pekan, Pahang.

    Rakyat dapat tahu dia kaya raya, aset berbilion Ringgit, ha nya bila bini dan emak dia bertelingkah di mahkamah menuntut harta.

    Tuhan tu kaya. Harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan tahi di mahkamah. Termasuk Mister Cash Is King - gamak nya dia akan mati di penjara, 10-20 tahun hukuman.

    Busuk hati? Tak. Ha nya meninggalkan pendapat, hehe.

    BalasPadam
  10. Rakyat selalu kena tipu orang2 politik. Macam2 kes makan duit rakyat.

    Politik ini kotor, sejak beribu tahun dulu. Ada yang yang bunuh membunuh. Hingga punjangga Inggeris William Shakespeare menulis pasal Cassius tikam mati Julius Caesar di sejarah Empayar Roma beribu tahun dulu.

    Di Malaysia ada bekas Menteri Umno tembak mati pesaing nya masa merebut jawatan Ketua Bahagian Gemenceh ke, Gemas ke, banyak tahun dulu.

    BalasPadam