Jumaat, 21 Disember 2018

Kisah 2 Menteri KERAjaan..!


Lagi sakit sebenarnya kenyataan ni..! Itu pun kalau faham..! kalau bukan akai mangkuk la..!

Khairy minta PM jangan pecat Waytha, Maszlee.

Jangan terkejut - di saat ratusan ribu orang menandatangani petisyen mendesak supaya Dr Mahathir Mohamad memecat P Waythamoorthy, seorang bekas pemimpin kanan Umno tampil 'membela' senator terbabit.
Hanya menggunakan ciapan di Twitter, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tanpa bersembunyi lagi meminta perdana menteri mengekalkan Waythamoorthy.
Turut diselitkan dalam ciapan bekas menteri belia dan sukan itu ialah Dr Maszlee Malik, iaitu menteri pendidikan Pakatan Harapan (PH).
Cuma, permintaan Khairy itu perlu difahami dengan betul. Kenyataan tersebut sebenarnya berlapis maksud.
"Harap @chedetofficial tidak memecat Waythamoorthy dan @maszlee. Mereka ini aset bagi pembangkang," kata Khairy petang ini.
Waythamoorthy dianggap bertanggungjawab menyebabkan meningkatnya ketegangan dalam isu pertikaian tapak kuil Sri Maha Mariamman akhir Nov lalu.
Untuk rekod Waythamoorthy ialah pemimpin Parti Hindraf Malaysia yang dibawa menganggotai kerajaan melalui lantikan sebagai senator.
Apa Waytha boleh buat
Waythamoorthy, 52, diberi tanggungjawab sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengelolakan hal-ehwal perpaduan.
Untuk rekod sebelum ini beliau juga pernah menjadi sebahagian daripada kerajaan melalui pelantikan oleh Najib Razak. Waythamoorthy kemudian meletak jawatan.
Ketegangan di kuil di Subang Jaya itu mencapai kemuncaknya apabila salah seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terbunuh pada 17 Dis lalu.
Waythamoorthy dianggap bertanggungjawab atas kematian Muhammad Adib Mohd Kassim tersebut.
Terdahulu melalui ciapan lebih awal Khairy berkata Waythamoorthy diberi jawatan menjaga portfolio perpaduan, tetapi sekarang dia mencetuskan kemarahan orang ramai.
Dalam keadaan begitu kata anggota parlimen Rembau itu, bagaimana pula Waythamoorthy dapat memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini.
"Apa yang dia boleh buat untuk menyatukan rakyat? 
"Oh, rakyat sudah bersatu dalam menolak beliau," ciapnya secara sinis.
Untuk rekod Maszlee ialah seorang lagi menteri yang selalu menjadi perhatian ramai sejak dilantik menyertai kabinet PH.
Antara isu yang diingati ramai berkaitan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu ialah mengenai peraturan kasut sekolah hitam dan pembelajaran renang dalam kalangan pelajar.
Luncai terjun dengan labu labunya..!
Biarkan..!
Lu Fikir La Sendiri..!

12 ulasan:


  1. Setuju dan sokong pendapat bahawa Waythamoorthy dan Maszlee perlu di pecat. Mereka tidak akan meletak jawatan dengan sendiri nya. hnaya pecat jawapan nya.

    Tapi Tun Dr Mahathir tidak mahu nampak Kerajaan nya lemah. Memecat membayangkan Kerajaan nya lemah. Apa hal pun, baru 7 bulan Kabiet di tubuhkan.

    Sayang nya, tiap bulan tunggu, tiap bulan populariti nya dan populariti Kerajaan PH akan mendap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rafizi melompat lah dengan mana2 pendapat mengatakan populariti Tun Mahathir menurun. Dia dah kata begitu, pendapat Invoke ke hape, ada pungutan suara cara betul ke, tak tau ler.

      Padam
    2. Rafizi tentu lah nak promosikan Anwar, idola dia. Bagi dia, tiap satu point turun bagi Tun Mahathir, satu point naik bagi Anwar.

      Tapi aku mau Tun Mahathir pegang jawatan PM selama yang kesihatan nya membenarkan nya. Sori lah, tak minat dengan Bang Non peliwat.

      Padam
  2. Kita kena simpati dengan Tun Dr Mahathir. Menang Pru14 dengan ragtag coalition.

    Terpaksa bekerjasama dengan siapa saja yang musuh Najib dan yang mahu gulingkan dia dan Umno. Ramai yang tak sangka boleh menang Pru14.

    PPBM parti baru, menang ha nya 13 kerusi parlimen. Terpaksa lah beri parti2 lain dalam PH perwakilan di dalam Jemaah Menteri.

    Yang menang banyak seperti PKR dan DAP dapat lah lebih banyak kerusi. Tambah pulak nak tunjuk kaum India di beri seorang wakil - ketua Hindraf, Waythamoorthy, bagus tak bagus belakang kira.

    Soal nya: dah sampai belakang ke belom?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebut saja belakang, timbul lah Bang Non. Macam cerita Speedy Gonzales. Tapi cite tu lucah, tak sesuai di sini.

      Padam

  3. KJ pandai politik ke tidak tak tau lah. Dia kata jangan pecat 2 Menteri itu tapi kasi sebab depa asset kpd Pembangkang.

    Kalo tak sebut sebab, kot nasihat dia di ambil, 2 menteri itu tinggal dalam kabinet selama lama nya, dapat Pembangkang hentam PH berterusan.

    Sekarang tentu ada penyokong PH yang ugut gomen supaya pecat 2 ekoq tuh dengan alasan Pembangkang gunakan depa sebagai peluru menembak PH.

    BalasPadam
  4. Waitamuti saham tinggi. Najib jadikan dia Menteri, dia letak jawatan, nunjukkan dia tak kisahkan jawatan Menteri.

    Bila MIC/Bn KO di Pru14, dia punya saham lagi naik. Kaum India mesti ada wakil, dia di jadikan Menteri lagi. Naik kepala lah dia.

    Tun M pulak kata dia OK dengan prestasi Waitha. Lagi besar kepala lah Keling ini. Apa dia peduli jeritan supaya dia letakkan jawatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju dengan pendapat tak salah gunakan istilah Keling. Istilah itu dah di gunakan beratus tahun sejak ada nya tempat berkelah di Melaka bernama Tanjung Keling.

      Padam
  5. Aku tak faham mengapa Tun Mahathir tak singkir Maszlee. Tapi terbaca laporan The Third Force -

    Tun told a press conference on the final day of the Asean summit here -

    “.. we are only a six-month old Cabinet. It’s difficult to assess the performance (of ministers) within such a short time.

    “I don’t want to be changing (ministers) freely because it can lead to a lack of confidence.”

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biarkan menteri yang banyak kena komplen tidak "lead to a lack of confidence” ke?

      Rasa nya sudah beratus ribu orang sign petition mintak moorthy di keluarkan dari kabinet.

      Padam
  6. gua sokong limkitsiangdap.kita mau malaysia balu = icerd . tatak kalu, kita dap keluar x mau sama itu maha.. thier lagi.lu asyik malayu,malayu,malayu..ini apa. x mau bumiputla2...sjkc musti mau...

    BalasPadam
  7. M'kini laporkan:

    Hanipa sindir KJ

    Minta orang tidak dipecat, bila dia sendiri pun orang parti sendiri tidak pilih, kata menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin.

    Mereka ini tidak faham kah maksud Khairy bila mengata jangan pecat sebab "Mereka ini aset bagi pembangkang"?

    BalasPadam