Rabu, 5 Disember 2018

Tokoh Dah Ada Tu..!


Sekejap hari tu isu ikan kembong..! sekarang  isu barang popular..! 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melakukan perbincangan dengan pengusaha pasar raya agar tidak menaikkan harga barangan popular pengguna.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perbincangan telah diadakan dan ini adalah antara usaha kerajaan untuk terus memastikan kos sara hidup rakyat terjamin.

"Dalam menyentuh tentang isu kos sara hidup, perbelanjaan makanan adalah yang paling tinggi ia mencecah hampir 30 peratus berbanding dengan perumahan dan utiliti sekitar 21 peratus.

"Maka tiga segmen ini menyumbang hampir 70 peratus kepada kenaikan kos sara hidup dan baki 30 peratus adalah kesihatan dan pendidikan.

"Oleh kerana segmen makanan menyumbang terbesar  maka kalau nanti perlaksanaan subsidi bersasar yang bakal dinikmati B40 maka perbelanjaan isi rumah di luar lingkungan B40 dijangka akan meningkat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri program Bicara Makan Tengah Hari - ‘Media dan Kepenggunaan: Perspektif Negara’ di Dewan Serbaguna KPDNHEP hari ini.

Hakikatnya harga barang memuncak..! tukaran ringgit yang semakin menjurang berbanding dollar menyebabkan harga barang di pasaran meningkat naik..! 

Realitinya Menteri ni cakap ialah harga barang lain naik dan tidak dapat dibendung dan mengharapkan ihsan agar barang yang menjadi keperluan harian rakyat tidak ikut naik sama..!

Jelasnya harga barang naik..! tindakan ini hanya tindakan populis untuk seorang Menteri yang menjaga keperluan rakyat..! 

Cuba tanya Menteri, setakat ini berapa banyak saman yang di kenakan ke atas peniaga yang menaikkan harga barang? berapa banyak yang telah dan akan di dakwa di bawah Akta Pencatutan? Apakah tindakan kerajaan dalam mempastikan budaya kenaikan harga barang ini dapat dibendung?

Ada? atau nak cakap sekadar macam Menteri dulu tu???

Menteri ayam..! Ketokohan dah ada tu..!

Lu Fikir La Sendiri..!


2 ulasan:

  1. Saifuddin dn maszlee..eloklahh tun bakulsampahkn mereka..masa belom jadi kerajaan mcm2 janji dbuat..bila dh jadi menteri lebih teruk dari menteri bn..

    BalasPadam
  2. Yang ini saya angkat ibu Hari kanan kpd Ted manoff....

    BalasPadam