Ahad, 16 Disember 2018

Zahid Perlu Berdamai Dengan Diri Sendiri..!


Ahli UMNO dah semakin muak sebenarnya..! Ahli UMNO yang taat dan setia kepada perjuangan parti memberitahu bahawa mereka sudah jelak dengan pemimpin yang menggunakan parti untuk kepentingan diri..! Cukup lah..!

Zahid patut mengotakan kata katanya yang akan sehidup dan semati bersama Najib..! Itu lah kata kata awal Zahid apabila diangkat oleh Najib sebagai TPM dan Timbalan Presiden dahulu. 

Sekarang Najib pun dah blah..! maka tuntutan untuk Zahid pula meletakkan perjuangan parti lebih utama dari perjuangan peribadi..!


Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi perlu mendengar suara akar umbi yang mahu beliau berundur daripada jawatannya bagi membolehkan pemulihan parti berlangsung, kata pemimpin veteran parti itu.
Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Abdul Aziz Abdul Rahman berkata kepimpinan parti mengabaikan masalah pemimpin Umno kontroversi yang menjejaskan imej parti, sehingga menjadi punca ramai anggota keluar parti tersebut.
"Tidak ada suatu pembersihan secara menyeluruh. Saya rasa dah terlambat. Umno perlu buat muhasabah. 
"Kalau kepimpinan tak secocok dengan perjuangan, mereka mesti undur diri. Dan diganti dengan orang yang tak terpalit langsung," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Beliau berkata mereka yang keluar Umno sedar suara mereka tidak didengar kerana berada di dalam parti yang berhadapan dengan masalah keyakinan orang ramai.
Abdul Aziz juga percaya terdapat pihak yang menangguk di air keruh menarik ahli Umno menyertai PH.
"Ada yang menangguk di air keruh. 
"Ada tarikan tertentu - the invincible hands (tangan ghaib) - yang memainkan peranan," katanya.
Jelasnya lagi, kemasukan bekas ahli Umno ini bagi menjamin kekuatan Bersatu.
"Tun Mahathir pun tak boleh bertahan sebagai presiden dan PM sekiranya kekuatan parti dia sendiri tidak dominan. Jadi seolah-olah ada perebutan untuk tarik MP-MP Umno nak masuk PH," katanya.
Seorang lagi pemimpin veteran Umno, Mat Yasir Ikhsan turut bersetuju Zahid patut berehat tetapi Umno perlu menangani hal ini secara berhemah sebelum mengadakan mesyuarat agung tergempar (EGM).
"EGM ni satu keperluan tapi lepas perbincangan secara berhemah. Kita secara berhemah cakap dengan Zahid. 
"Sekarang ni, macam kamu paksa into a corner. Manusia ni kalau tekan, dia akan lawan. Tak usahlah. 
"Macam KJ (Khairy Jamaluddin) tu, jumpalah (Zahid) dengan rendah diri. Help him. Tell him nicely to undur. Janganlah diterjah.
"Akar umbi nak Zahid turun. Persepsi kita adalah Zahid kena rehat.
KJ pun jangan berasa yang dia paling layak untuk menjadi Presiden. Eloknya biarlah orang yang digemari dan disukai oleh semua lapisan..! Personaliti yang tidak mempunyai isu dan skandal..! Tiada kes rasuah..! 
Biarlah orang yang boleh menjadi pengaman sementara ahli UMNO bekerja dalam pasukan untuk menguatkan parti dan mengambil hati, keyakinan dan sokongan rakyat..!
Itu yang penting..!
Siapa?
Lu Fikir La Sendiri..!

16 ulasan:


  1. Zahid mesti tak mahu tinggalkan jawatan Presiden sebab dia takda apa benda lagi nak berpaut. Najib dah takda apa benda jugak lagi.

    Gamak nya dia fikir kalau masih pegang jawatan Presiden Umno, ada peluang tak masuk penjara atas 45 tuduhan mahkamah dia, Beb.

    Apa? Pikiran cetek? Siapa cakap Zahiid fikiran nya dalam?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pecahlah Umno akibat Zahid tak mahu lepaskan jawatan. Beberapa pemimpin Umno dah kata mereka keluar Umno sebab pendirian Zahid.

      Hairan sungguh mcm mana dia boleh fikir boleh lepas dari 45 tuduhan mahkamah tanpa di penjara.

      Mesti begitu ramai ahli Umno yang memaki dia merosakkan parti sebab nak bergayut kpd pelampong yang pecah bila2 masa.

      Padam

  2. KJ tiada rasuah?

    Masa dia di biarkan Pak mertua dia, Tun Dol, berleluasa di Tingkat 4, Jabatan Perdana Menteri, besar betul kuasa dia.

    Pegawai2 gomen pun takut kat dia. Macam Putera Harry England kata, apa bini dia nak, bini dia dapat.

    Tun Tol tak kata gitu, tapi aku nak kata apa KJ nak, dia dapat.

    Bukti? Siapa cakap pasal bukti bila mencaci Tun Mahathir dll orang PH.

    BalasPadam
  3. Setakat inikah kemampuan pemimpin parti mencari solusi dalam mengatasi sesuatu kemelut atau hanya melepas pucuk masing masing atau barangkali ujud agenda tersembunyi disebalik desakan undur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. KJ mahu Zahid letak jawatan supaya ada peluang dia jadi Presiden.

      Padam
  4. ""Kalau kepimpinan tak secocok dengan perjuangan, mereka mesti undur diri." -

    Siapa peduli? Dah penuh korapsi sesangat. Politik wang melanda landa.

    Mr Cash Is King ada RM2.6 billion. Wak Jahid ada RM160 juta di zaman Tun Mmhathir merintah 22 tahun dulu pun.

    Ramai sangat dah makan rasuah dalam parti, rasa terhutang budi, mana nak gulingkan pemimpin yang tak mahu undur?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan tak secocok.. nak kena cocok...kurang ego ..... kurang naik angin

      Padam
  5. Betul, "Ahli UMNO dah semakin muak sebenarnya." Tapi ahli biasa yang muak. Ahli yang tiada undi di masa mengundi pemimpin2 parti.

    Aaargh ... mengoogle berkali kali "umno ahli biasa ada undi dalam pemilihan parti?" link berikut tak keluar - Error 524:

    Guna kuasa undi perwakilan, jangan ikut 'cai' - Khairy - Politik - Utusan ...
    www.utusan.com.my/.../guna-kuasa-undi-perwakilan-jangan-ikut-8...
    Jun 28, 2018 - Ketua bahagian seorang sahaja, perwakilan ada 1,000 orang, 600 orang, 500 orang. “Mengapa kita tidak percaya kepada ahli biasa kali ini. ... Kita hendak supaya kali ini keputusan dalam pemilihan UMNO mencerminkan ... ini bukan untuk ahli parti itu semata-mata tetapi sebenarnya isyarat besar kepada ...

    BalasPadam
  6. Zahid Perlu Berdamai Dengan Diri Sendiri?

    Kalau diri tak tenteram, tabiat pada masa2 nya nak bertumbuk, mana nak berdamai.

    BalasPadam

  7. Pemimpin veteran Mat Yasir kata "KJ tu, jumpalah Zahid dengan rendah diri. Help him. Tell him nicely to undur. Janganlah diterjah."

    KJ orang lulus Okspod Unibasiti mana nak rendah diri, hehe. Wak Jahit ada PhD tapi tak pasti lulus camna, kot melalui Internet. Ada yang pakai 2 PhD yang dapat dengan tak payah pergi unibasiti. Macam Yap Tien Sin, bekas Pengerusi Huang Dong, Persatuan yang menguruskan sekolah2 Cina di negara ini.

    Tapi aku rasa dah ramai yang jumpa Wak Jahit nasihatkan dia undur. Dia jenis pemanas, di laporkan pernah bertumbuk atau nak tumbuk orang nak mengurat anak nya ke. Orang macam itu tak mungkin nak undur.

    BalasPadam

  8. Kalau Umno lingkup, berkecai, mati - kesian, sayang. Sebab dah 70 tahun umur. Patut mangkin tua, mangkin bijak, waras pemikiran, penuh kebijaksanaan.

    Tapi dalam sejarah manusia, seluruh bangsa pun pernah ranap, hilang dari muka bumi, takda lagi bangsa itu. Contoh nya: bangsa Aztek, bangsa Maya di Amerika Selatan), bangsa Mon Khmer (di Cambodia yang satu masa dulu gemilang, Angkor Wat kebangaan depa).

    Kot Umno akan hilang di dunia Malaysia. Takpa lah. Aku sokong Bersatau, PPBM.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lingkup duit punya pasal...rasuah sangat...padan muka

      Padam

  9. Mana Tok Kudu tak keluor?

    Orang Umno takut masuk blog ini. Gamak nya takut kena balun dengan fakta2 dan hujah2 munasabah.

    BalasPadam
  10. Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa wujud gerakan untuk membeli anggota parlimen dan Adun supaya berpaling tadah untuk menjatuhkan kerajaan negeri Pahang. - M'kini

    Betul ke? Siapa yang banyak duit? Umno dah takda duit lagi ke untuk counter-offer? Akaun bank dah semua kena beku ke?

    Gejala katak lompat melalui wang masih berterusan ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dakwaan Zahid sogok pemilihan Umno dilapor ke SPRM
      16 Dis 2018, 8:02 malam (Dikemaskini 17 Dis 2018, 1:43 pagi)

      A A
      Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan menerima laporan dakwaan rasuah terhadap Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi sewaktu pemilihan parti itu, Julai lepas.

      Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Azam Baki berkata laporan tersebut telah dibuat pada Jumaat lalu.

      Padam
  11. Ni dia, M'kini kasi panduan untuk keluarkan Zahid -

    Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata hari ini beliau hanya akan turun dari jawatannya jika perhimpunan agung luar biasa (EGM) dipanggil dan dua per tiga daripada perwakilan menggesanya meletak jawatan.

    Walau bagaimanapun, Sinar Harian memetik Zahid sebagai berkata hal ini tidak mudah dicapai kerana terdapat perwakilan "146,000".

    Dalam edisi Panduan Kini, Malaysiakini meneroka proses yang diperlukan sekiranya Umno memilih untuk memecat presidennya.

    Bolehkah seorang presiden Umno dipecat?

    Ya, boleh. Menurut Fasal 19.12 Perlembagaan Umno, ahli majlis tertinggi - termasuk presiden dan timbalan presiden - boleh dipecat dengan sokongan dua pertiga perwakilan dalam EGM.

    Secara alternatif, dua pertiga perwakilan di EGM juga boleh membubarkan seluruh majlis tertinggi.

    Perkara 9.11 menyatakan bahawa jika keseluruhan majlis tertinggi meletak jawatan pada masa yang sama, maka pengerusi tetap atau timbalannya mesti memanggil EGM dalam tempoh 60 hari untuk memperbaharui majlis tertinggi.

    Ini mungkin akan melibatkan pemilihan semula, walaupun tiada peruntukan khusus mengenai pemilihan semula dalam perlembagaan Umno.

    Bagaimana EGM dipanggil?

    Umno boleh mengadakan EGM melalui tiga cara, mengikut Fasal 8.5 perlembagaan parti.

    Ia boleh dipanggil oleh presiden, atau dengan permintaan bertulis dua pertiga anggota majlis tertinggi Umno.

    Sebagai alternatif, EGM boleh diadakan atas permintaan separuh daripada 191 bahagian Umno, jika bahagian tersebut telah mengadakan EGM untuk membincangkan perkara itu.

    Sekiranya bahagian meminta EGM diadakan, maka setiausaha agung Umno mesti memanggil EGM dalam masa 14 hari.


    Pengerusi Tetap Umno atau timbalannya boleh memanggil EGM dalam masa 28 hari, sekiranya setiausaha agung tidak mematuhi permintaan bahagian untuk mengadakan mesyuarat agung tergempar itu.

    Jika gagal kedua-dua pilihan ini, maka bahagian boleh mengadakan EGM sendiri.

    Betulkah perlu 146,000 perwakilan untuk mengadakan EGM?

    Ada tafsiran berbeza berkenaan perkara ini.

    Ada pihak mengatakan Perkara 9.12 perlu dibaca bersama pindaan terhadap proses pemilihan parti, yang meluaskan bilangan anggota yang boleh mengundi kepada lebih 146,000.

    Bagaimanapun, tidak disebut dengan jelas berhubung perbezaan perwakilan di EGM dengan pewakilan untuk perhimpunan agung tahunan.

    Pada 2017 dan 2018, hanya 5,739 perwakilan menghadiri perhimpunan agung Umno.

    Pada tahun ini, 2,760 perwakilan merupakan anggota badan utama; manakala 993 lagi dari Wanita, 997 dari Pemuda dan 989 dari Puteri.

    Apa akan jadi jika presiden dipecat?

    Sekiranya kerusi presiden Umno dikosongkan, maka Perkara 9.9 perlembagaan parti menyatakan bahawa jawatan itu akan diisi oleh timbalan presiden sehinggalah pemilihan parti yang akan datang.

    Sekiranya pemangku presiden bertindak meletak jawatan, maka majlis tertinggi mesti melantik salah seorang naib presiden untuk memegang jawatan tersebut.

    BalasPadam