Zahid kena berani mengambil tindakan..!
Wakil rakyat Umno yang keluar parti hari ini mendesak Presiden Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan segera atau berdepan “gelombang ketiga” anggota parlimennya keluar parti.
Anggota parlimen Larut Hamzah Zainuddin yang mewakili mereka menyalahkan Zahid gagal memikul tanggungjawab sebagai presiden ketika Umno sedang berdepan krisis kepercayaan anggotanya.
Hamzah berkata, jika Zahid enggan berundur, akan berlaku gelombang ketiga untuk ahli parlimen keluar parti.
“Kami berpendapat Ahmad Zahid gagal menetapkan hala tuju parti dalam keadaan sekarang dan wajar bagi beliau melepaskan jawatan,” beliau dipetik sebagai berkata dalam pertemuan eksklusif bersama NSTP di Kuala Lumpur.
“Ia juga berkaitan dengan kes mahkamah yang sedang dihadapi oleh Ahmad Zahid menyebabkan ahli dan rakyat khususnya Melayu tidak yakin dengan kepemimpinan beliau untuk membawa Umno menghadapi pilihan raya umum akan datang.”
Ditanya mengenai gelombang ketiga itu, beliau difahamkan seramai sepuluh lagi anggota parlimen akan berbuat demikian jika Ahmad Zahid terus kekal sebagai presiden dalam tempoh sepuluh hari akan datang.
Selain Hamzah, anggota Dewan Rakyat lain yang keluar parti hari ini ialah Rosol Wahid ( Hulu Terengganu), Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).
Empat orang ahli parlimen dari Sabah berbuat demikian dua hari lalu.
Kehilangan banyak anggota parlimennya itu kini menyebabkan penguasaan Umno dalam Dewan Rakyat kini di belakang PKR dan DAP.
Lagi..!
Anggota Parlimen Larut Hamzah Zainuddin yang merupakan salah seorang daripada enam wakil rakyat Umno yang keluar parti hari ini berkata, 10 anggota parlimen rakyat yang lain akan mengikut jejak mereka sekiranya Ahmad Zahid Hamidi kekal sebagai presiden.
Jelas Hamzah, yang merupakan bekas menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) 10 anggota parlimen itu akan berbuat demikian dalam tempoh 10 hari sekiranya Ahmad Zahid enggan meletakkan jawatan.
Bercakap mewakili lima rakannya yang lain, Berita Harian memetik Hamzah sebagai menyifatkan Ahmad Zahid gagal memikul tanggungjawab sebagai presiden parti.
“Kami berpendapat Ahmad Zahid gagal menetapkan hala tuju parti dalam keadaan sekarang dan wajar bagi beliau melepaskan jawatan.
“Ia juga berkaitan dengan kes mahkamah yang sedang dihadapi oleh Ahmad Zahid menyebabkan ahli dan rakyat khususnya Melayu tidak yakin dengan kepemimpinan beliau untuk membawa Umno menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya dipetik sebagai berkata.
Selain Hamzah, lima anggota parlimen Umno yang hari ini mengumumkan meninggalkan parti. Mereka ialah Anggota Parlimen Hulu Terengganu Rosol Wahid; Anggota Parlimen Mersing Dr Abdul Latiff Ahmad; Anggota Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya; Anggota Parlimen Sabak Bernam Mohamad Fasiah Mohd Fakeh dan Anggota Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz
Jelas Hamzah lagi, tindakan enam wakil rakyat berkenaan, termasuk dirinya menyatakan sokongan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad adalah untuk "kepentingan negara dan rakyat".
Hamzah bagaimanapun berkata mereka belum membuat keputusan sama ada akan menyertai mana-mana parti politik lain termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Katanya, buat masa ini mereka hanya mahu Ahmad Zahid melepaskan jawatan dan Umno boleh mengadakan Perhimpunan Agung Khas untuk memilih presiden dan barisan kepimpinan yang baru.
36 orang tu..! Ramai sehh...!
Seramai 36 anggota parlimen BN telah menandatangani surat sebagai tanda sokongan kepada perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad sejak sebulan lalu, kata anggota parlimen Larut, Hamzah Zainuddin.
Hamzah dalam satu temubual ekslusif dengan NSTP hari ini berkata langkah itu tidak dibuat tergopoh-gopoh.
Sebaliknya, beliau yang turut berbuat demikian menegaskan keputusan itu dibuat bersama anggota Parlimen BN yang lain dan mengambil masa hampir sebulan.
Menurut Hamzah, seramai 33 anggota parlimen Umno, seorang dari Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan dua dari MIC menandatangani sokongan tersebut.
"Keputusan ini bukan buat sehari dua, tetapi sudah hampir sebulan yang lalu.
“Kumpulan yang tandatangan ini ikhlas mahu pastikan kestabilan kerajaan sekarang dalam memastikan tidak ada pihak gunakan parlimen untuk jatuhkan PM sebab kita ada dengar ura-ura.
“Kita beri sokongan kepada PM untuk memastikan kestabilan politik. Kita tidak mahu ada unsur-unsur perpecahan sehingga rakyat keliru, inikan pula pelabur luar kerana bila pelabur lihat politik tidak stabil, mereka tidak mahu melabur dalam negara ini," katanya.
Menurut Hamzah politik yang tidak stabil akan memberikan kesan lebih besar terutama kepada rakyat.
"Itu sebab kita mahu bagi kestabilan dan kita menyokong PM untuk meneruskan kepemimpinannya. Semua ini demi kepentingan negara, rakyat supaya kita dilihat sebagai sebuah negara yang ada masa depan,” katanya.
Beliau juga memberi jaminan akan menyokong Dr Mahathir jika Perdana Menteri menerima desakan daripada mana-mana pihak.
Ditanya adakah Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tahu bahawa mereka beralih sokongan kepada Dr Mahathir, Hamzah memberitahu bekas ‘bos’ tidak tahu.
Katanya, beliau ‘bersepakat’ bersama yang lain untuk tidak memaklumkan perkara itu kepada Ahmad Zahid.
Beliau juga menegaskan, tiada syarat yang dikenakan dalam proses pengalihan sokongan daripada Ahmad Zahid kepada Dr Mahathir.
Yang jelas diatas ni semua kenyang..! yang susah dan melopong tetap ahli UMNO yang setia..!
Lu Fikir La Sendiri..!
PI MAMPOS LU zahid homo pkr HOMO,UMNO taik najib sial!
BalasPadamBERAMBOSLAH ...ADA AKU KISAH!!!
BalasPadamhamzah pundek..bini kena raba pon tak boleh dfend,....nie nak defend melayu...pergi mampus la kau wahai hamzah!!!
BalasPadamBerambos semua pengkhianat bangsa melayu..tak guna punya peminpm tak blh susah cilaka.. Tak kira la sapa pun peminpin dlm umno kalau ada niat nk bersama dap dan parti sekutunya sila berambos tinggal kan perjuangan.. Korang mmg bangsat
BalasPadam