Sabtu, 10 Disember 2011

Pengarah Besar Felda Di CUTI Kan 8 Bulan..


KUALA LUMPUR, 10 Dis – Felda yang menjadi perhatian sejak beberapa bulan lalu disebabkan isu kepimpinan dan penyenaraian, dijangka berhadapan dengan kontroversi baru ekoran arahan agar Pengarah Besarnya Datuk Dzulkifli Abd Wahab bercuti selama lapan bulan.

Dzulkifli menerima surat berkenaan keputusan itu petang semalam.

Bagaimanapun Dzulkifli yang dihubungi pagi ini enggan mengulas mengenai perkara itu.

“Tiada komen,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Beliau memberi jawapan yang sama apabila ditanya mengenai tindakan susulannya ekoran perkembangan tersebut.

“Saya tidak mahu komen,” katanya lagi.

Dzulkifli yang telah 30 tahun berkhidmat di Felda sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah Besar (Perusahaan Perladangan dan Pembangunan Kebun) agensi pusat itu.

Sumber juga memberitahu, Isa yang mengetuai Felda sejak awal tahun ini telah meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar campur tangan dalam ‘kontroversi’ semasa agensi berkenaan dan permintaan itu telah diluluskan.

“Maklumat yang saya terima menunjukkan surat mengenai arahan bercuti dikeluarkan menerusi setiausaha sulit kanan perdana menteri, sebab Felda terletak di bawah penyeliaan Jabatan Perdana Menteri,” kata sumber itu dan menambah bahawa surat arahan itu walaupun dikeluarkan semalam tetapi bertarikh 21 November lalu.

Lu Fikir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. agaknya dia memberontak macam nuar tak ???

    BalasPadam
  2. jawapannya dia tak setuju dgn pengurusan baru bekas MB N9.....atau mungkin dia bersekongkol dgn pembangkang mana tahu....bnyk rahsia felda telah jatuh ke tangan pembangkang ,kebarang kalian.....lepas tu esuk msk pembangkang.....eluk le.....

    BalasPadam
  3. mungkin nama dia telah disenaraikan utk calon pakatan haramjadah pd pru13 nanti, mana tau!

    BalasPadam
  4. setahu aku dati dzul ni jenis yes man je...pelik ni

    BalasPadam
  5. tak tahu cerita jgn main tuduh je..penjawat awam boleh buat apa?..sekali jentik...hilang semuanya..tp datuk zul takkan beralih arah..percaya la..tgk la..

    BalasPadam
  6. nampak sgt pengurusan PENGERUSI baru ni x betul....sebelum ni x de pun..Amik kesempatan bila pegang jwtan Chairman...

    BalasPadam