Sabtu, 24 November 2012

Anwar Kena Tempeleng Lagi..!


Kan dah kena tempeleng..Anwar Aljuburi meneruskan kerja hakiki sebagai pengkhianat dan penderhaka kepada negara! Manusia bangsat yang bernama Anwar Ibrahim ini tidak akan lelap tidurnya selagi tidak menjadi munafik tegar kepada Agama, Bangsa dan Negara nya..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan Malaysia tidak memerlukan campur tangan asing dalam memantau pengurusan pilihan raya umum negara ini.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno berkata, kerajaan Malaysia tidak boleh menggunakan campur tangan pihak asing bagi menangani masalah dan isu-isu berkaitan dengan sistem pilihan raya di negara ini.

"Jangan kita, negara luar campur tangan dalam negara kita yang mempunyai masa hadapan.

"Jangan bagi malu negara kita dengan meminta campur tangan negara luar sedangkan negara kita telah diiktiraf dunia dan ramai yang merujuk Malaysia dalam masalah pendamaian dan sebagainya," kata beliau ketika berucap pada Himpunan Barisan 1 Malaysia di Pusat Perdangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Laporan media Rabu lalu menyebut permintaan bantuan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditolak oleh Australia atas alasan tidak mahu mencampuri urusan negara.

Anwar dilaporkan menulis kepada Carr untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia, yang berkemungkinan diadakan awal tahun depan, bebas daripada penipuan dan rasuah.
  
Anwar juga dilaporkan memberitahu Carr bahawa beliau menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya itu.
  
Beliau turut mempertikai kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya dan mendakwa pembangkang diketepikan oleh media.
  
Bagaimanapun, Carr berkata, pilihan raya di Malaysia merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, jika pembangkang mendapati masih terdapat isu dan masalah berkaitan dengan sistem pilihan raya, kononnya tidak bersih, ia boleh dikemukan dengan menunjukkan bukti kepada pihak berwajib.

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Komen